10 Hadis Sedekah Amal Jariah (Hadis Sahih)

#1 Setiap Kebaikan adalah Sedekah

Diriwayatkan daripada Jabir bin Abdullah daripada Nabi SAW, Baginda bersabda, “Setiap kebaikan ialah sedekah.” – Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim

10 Hadis Sedekah Amal Jariah (Hadis Sahih)

#2 Pemberi Sedekah Didoakan oleh Malaikat

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Nabi SAW bersabda,” Tidaklah pada setiap waktu pagi itu melainkan dua malaikat turun kepada seorang hamba lalu salah satu malaikat itu berkata, “Ya Allah, kurniakanlah suatu gantian (balasan) bagi orang yang mengeluarkan nafkah.”. Kemudian, berkata malaikat yang lain pula, “Ya Allah, berilah kebinasaan bagi orang yang menahan diri daripada mengeluarkan nafkah.” – Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim.

10 Hadis Sedekah Amal Jariah (Hadis Sahih)

#3 Menyembunyikan Sedekah

Diriwayatkan daripada Abu Sa’id al-Khudri, daripada Nabi SAW, Baginda bersabda, “Bersedekah secara sembunyi dapat ‘memadamkan’ kemarahan Tuhan.” – Hadis Riwayat al-Baihaqi dalam Kitab Syuub al-Iman.

10 Hadis Sedekah Amal Jariah (Hadis Sahih)

#4 Sedekah Yang Baik

Diriwayatkan daripada Abu Hirairah, daripada Nabi SAW, Baginda bersabda, “Sedekah terbaik adalah yang melebihi keperluan serta dimulakan dengan orang yang berada di bawah tanggunganmu.” – Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Baca: Quotes Sedih Tentang Hidup – Luahan Isi Hati Cinta

10 Hadis Sedekah Amal Jariah (Hadis Sahih)

#5 Ganjaran Untuk Sedekah

Diriwayatkan daripada al-Rabab daripada bapa saudaranya, Salman bin Amir berkata, Nabi SAW bersabda, “Sedekah kepada golongan miskin ganjarannya hanya sekadar pahala sedekah, sedangkan sedekah kepada mereka yang mempunyai hubungan silaturahim terdapat dua ganjaran, iaitu pahala sedekah dan pahala menjalinkan hubungan silaturahim.” – Hadis Riwayat al-Tirmidzi.

#6 Menolong Golongan Yang Memerlukan

Diriwyatakan daripada Abu Hurairah yang berkata, Nabi SAW bersabda, “Orang yang berusaha menanggung keperluan janda dan golongan miskin adalah seperti orang yang berjihad di jalan Allah atau orang yang bangun malam dan berpuasa pada waktu siang.” – Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim

Baca: Koleksi Ucapan Takziah 2021

#7 Lakukanlah Kebaikan Walaupun Sedikit

Diriwayatkan daripada Abu Dzar yang berkata, Nabi bersabda kepadaku, “Janganlah kamu menghina kebaikan walau sedikitpun, meskipun kamu bertemu dengan saudara kamu dengan wajah yang ceria.” – Hadis Riwyaat Muslim.

#8 Memberi Bantuan Walaupun Kecil Nilainya

Diriwayatkan daripada Abdul Rahman bin Bujaid, daripada neneknya, Ummu Bujahid berkata, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya orang miskin sering datang ke pintu rumahku, tetapi aku tidak mempunyai sesuatu yang dapat diberikan kepadanya.” Maka, Rasulullah SAW bersabda,”Sekiranya engkau tidak mempunyai sesuatu untuk diberikan kepadanya melainkan kuku kuda yang terbakar sekalipun, maka hulurkanlah ke tangannya.” – Hadis Riwayat Abu Daud dan al-Nasa’i

#9 Memberi Lebih Baik Daripada Menerima

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah yang berkata, Rasulullah bersabda,”Sebaik-baik sedekah adalah yang melebihi keperluan serta dimulakan dengan mereka yang berada di bawah tanggunganmu. Sesungguhnya tangan yang di atas (tangan yang memberi) adalah lebih baik daripada tangan yang di bawah (tangan yang menerima).” – Hadis Riwayat Ahmad

#10 Pintu Kebaikan Sedekah

Diriwayatkan daripada Muadz bin Jabal, daripada Nabi SAW, Baginda bersabda, ” Tidakkah kalian mahu aku tunjukkan pintu-pintu kebaikan kepada kalian, puasa ialah pelindung, sedekah memadamkan kesilapan seperti air memadamkan api dan seorang insan yang solat pada penghujung malam.” – Hadis Riwayat al-Tirmidzi.