10 Koleksi Hadis Nabi Tentang Wanita

Janganlah seorang lelaki berdua-duaan bersama seorang wanita kerana orang ketiga yang menyertai mereka adalah syaitan – Hadis Riwayat Tirmidzi dan Ahmad

Hadis Nabi Tentang Wanita

Abu Hurairah berkata, Rasulullah bersabda: ” Berilah nasihat kepada kaum wanita dengan sebaik-baiknya. Wanita itu dicipta daripada tulang rusuk. Tulang rusuk yang paling bengkok adalah bahagian paling atas. Sekiranya kamu cuba meluruskannya, ia patah. Sebaliknya, sekiranya kamu membiarkannya, ia terus bengkok sselama-lamanya. Oleh sebab itu, berilah nasihat dengan sebaik-baiknya kepada kaum wanita itu.” – Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim

Thariq bin Syihab berkata, Nabi Muhammad SAW bersabda: “Solat Jumaat adalah kewajiban yang harus dikerjakan oleh setiap orang muslim secara berjemaah, kecuali empat golongan; hamba sahaya, wanita, anak kecil dan orang sakit.” – Hadis Riwayat Abu Daud.

10 Koleksi Hadis Nabi Tentang Wanita

Dari Aisyah ra katanya: “Pada suatu ketika, Rasulullah SAW menyuruhku mengambilkan sejadah dari dalam masjid.” Lalu kujawab, “Aku sedang haid, ya Rasulullah!” Sabda beliau, “Haidmu bukankah tidak di tanganmu?” – Hadis Riwayat Muslim

Baca: Ringkas – Hadis Tentang Hutang Piutang

Abu Hurairah ra berkata, Rasulullah bersaba: ” Jangnlah seorang lelaki beriman membenci seorang wanita yang beriman. Ini kerana, sekiranya lelaki itu tidak suka kepada sikap wanita itu, mungkin sebenarnya ada pula sikap wanita itu yang disukainya selain daripada sikap yang dibenci itu.” – Hadis Riwayat Muslim

Hari Abu Hurairah ra, katanya:”Ketika Rasulullah SAW sedang berada dalam masjid, beliau pernah menyuruh Aisyah “Hai Aisyah! Ambilkan bajuku!” Jawab Aisyah, “Aku sedang haid ya Rasulullah!” Sabda beliau, “Bukankah haidmu itu tidak di tanganmu?” Kerana itu Aisyah mengambilkannya. – Hadis Riwayat Muslim

Baca: 50 Kata Kata Sedih Kehidupan Keluarga

Abu Hurairah ra berkata, Nabi Muhammad SSAW bersabda: “Orang beriman yang paling sempurna imannya adalah orang yang paling baik budi pekertinya. Orang yang terbaik dalam kalangan saudara adalah orang yang paling baik kepada isterinya.” – Hadis Riwayat at-Tirmidzi.

Dari Aisyah ra, katanya: “Rasulullah SAW duduk menyandar kepadaku, lalu dia membaca quran, padahal aku sedang haid.” – Hadis Riwayat Muslim

Abdullah bin Amru bin al-As berkata, Nabi Muhammad SAW bersabda: “Dunia ini adalah perhiasa. Dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita yang baik.” – Hadis Riwayat Muslim

Dari Ummu Salamah ra, katanya dia bertanya kepada Rasulullah SAW: “Ya Rasulullah! Aku seorang perempuan yang suka menggulung (menyanggul) rambut supaya rapi. Apakah harus kulepas sanggulku setiap kali mandi junub?” Jawab Rasulullah SAW. “Tidak perlu! Cukuplah anda tuangkan air di kepala anda tiga kali sauk.” – Hadis Riwayat Muslim

Carian Berkaitan:  Hadis Nabi Tentang WanitaÂ