14 Hadis Sahih Nabi Tentang Puasa di Bulan Ramadan (Bergambar)

14 Hadis Sahih Nabi Tentang Puasa di Bulan Ramadan (Bergambar)

Abu Hurairah berkata, Rasulullah saw bersabda: “Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan dengan meyakini kelebihannya dan mengharapkan keredhaan Allah, diampunkan semua dosanya yang lalu. ” – Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

Abu Said al-Khudri melaporkan, Rasulullah saw bersabda: “Sesiapa yang berpuasa walau sehari semata-mata kerana Allah, dijauhkan neraka daripadanya sejauh perjalanan 70 tahun.” – Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

Abu Hurairah berkata, Nabi SAW bersabda: “Berpuasalah apabila saudara melihat anak bulan Ramadan. Dan berhentilah puasa apabila saudara melihat anak bulan Syawal. Sekiranya anak bulan Ramadan tidak kelihatan, cukupkanlah bilangan 30 hari untuk bulan Syaaban. ” – Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

Abdulullah bin Abas berkata: “Rasulullah adalah manusia yang paling dermawan. Sifat itu menjadi lebih hebat apabila tibanya bulan Ramadan. Ketika itu jugabaginda dikunjungi oleh malaikat Jibril. Jibril menemui Rasulullah pada setiap malam Ramadan dan mereka membaca al Quran bersama-sama secara bergilir-gilir. Ketika itu Rasulullah lebih kerap menderma, bahkan lebih kerap daripada tiupan angin.” – Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

14 Hadis Sahih Nabi Tentang Puasa di Bulan Ramadan (Bergambar)

Saidatina Aisyah ra berkata: “Apabila tiba 10 malam terakhir Ramadan, Rasulullah menghidupkan malam dengan memperbanyakan ibadah. Baginda mengejutkan isterinya bagi diajak sama beribadah dan baginda tidak tidur bersama-sama dengan para isterinya.” – Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

Abu Hurairah berkata, Rasulullah bersabda: “Janganlah saudara mendahului puasa Ramadan dengan puasa sunat sehari ataupun 2 hari sebelumnya. Kecuali sekiranya seseorang itu sudah menjadikan itu sebagai satu kebiasaan, bolehlah beliau berpuasa pada hari berkenaan.” – Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

Abu Hurairah berkata, Rasulullah bersabda: “Apabila sudah tiba 15 haribulan Syaaban, janganlah saudara berpuasa sunat lagi.” – Hadis Riwayat at Tirmidzi

Baca: Rukun Umrah 1: Niat Ihram & Senarai Larangan Sewaktu Ihram (Lelaki & Perempuan)

Hadis Nabi Tentang Doa Ketika Melihat Anak Bulan

Talhah bin Ubaidullah berkata: “Apabila Rasulullah melihat anak bulan, baginda mengucapkan doa yang bermaksud,”Ya Allah, terbitkanlah anak bulan itu bersama-sama dengan keamanan, keimanan, keselamatan dan keislaman untuk kami. Tuhanku dan Tuhanmu adalah Allah. Inilah anak bulan yang memberi petunjuk dan kebaikan.” – Hadis Riwayat at Tirmidzi

14 Hadis Sahih Nabi Tentang Puasa di Bulan Ramadan (Bergambar)

Hadis Nabi Tentang Berbuka Puasa

Salman bin Amir ad-Dobbi berkata, Rasulullah bersabda: “Sekiranya saudara semua hendak berbuka puasa, mulakanlah dengan memakan kurma. Sekiranya tidak ada, minumlah air. Ini kerana air itu menyucikan.” – Hadis Riwayat Abu Daud dan at Tirmidzi

Anas ra berkata:” Rasulullah berbuka dahulu, kemudian barulah bersembahyang Maghrib. Baginda berbuka dengan buah kurma basah. Sekiranya tiada barulah baginda makan buah kurma biasa. Sekiranya tiada juga, baginda hanya meminum beberapa teguk air.” – Hadis Riwayat Abu Daud dan at Tirmidzi

Umar bin Khattab berkata, Rasulullah bersabda: “Apabila tibanya waktu malam, iaitu gelap di arah timur dan siang berlalu ke sebelah barat, matahari pula terbena, itulah masanya untuk kamu berbuka puasa.” – Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

Baca: Himpunan Ucapan Perpisahan

Abu Hurairah berkata, Rasulullah bersabda: “Apabila saudara berpuasa, janganlah bercakap perkara-perkara kotor ataupun bergaduh. Apabila dimaki ataupun diajak bergaduh, katakanlah, ‘Sebenarnya saya sedang berpuasa.'” – Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

Abu Hurairah berkata, Rasulullah bersabda: “Sesiapa yang tidak meninggalkan sifat suka menipu dan perilaku yang menyebabkan dia menipu, tidak ada maknanya dia berpuasa dengan meninggalkan makan dan minum.” – Hadis Riwayat Bukhari

Abu Hurairah berkata, Rasulullah bersabda: “Apabila saudara terlupa saudara sedang berpuasa sehingga menyebabkan saudara termakan ataupun terminum, hendaklah saudara meneruskan puasa itu. Perkara ini tidak membatalkan puasa. Sesungguhnya Allah-lah yang memberi saudara makan dan minum itu.” – Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim