Pantun Raya 4 Kerat – Pantun merupakan salah satu bentuk puisi tradisional khazanah alam Melayu. Ia bukan sahaja kaya akan nilai estetika, tetapi juga sarat dengan pesanan moral sanaada secara tersurat mahupun tersirat.
Dalam menyemarakkan lagi suasana hari raya, pantun menjadi salah satu cara unik untuk menyampaikan ucapan selamat hari raya aidilfitri, rasa syukur, serta merajut keakraban sesama kita.
Artikal ini menyajikan jambatan yang menghubungkan tradisi masa lalu dengan kehidupan kontemporari semasa. Jom kita nikmati keindahan kata dan kehangatan pesan yang terkandung dalam setiap bait pantun.
Melalui pantun juga, kita dapat mengungkapkan perasaan, harapan, dan doa kita untuk orang-orang tersayang dengan cara yang lebih kreatif.
Pantun Raya 4 Kerat – Minal Aidil Walfaizin
Baca: 20 Pantun – Kad Ucapan Hari Raya 2022 Terbaik
Sayup terdengar takbir raya,
Mata berkaca syukur meraikan,
Hari raya Aidilfitri disambut gembira
Bersama tersayang dan rakan taulan.
Di pagi hari berkabut perang,
anak bentara seberang tanjung;
Aidilfitri disambut girang,
sanak saudara datang berkunjung.
Beduk Berbunyi Sayup Terdengar,
Juadah Berbuka Sedia Dijamah;
Rebutlah Malam Lailatul Qadar,
Ibadah Puasa Beroleh Berkah.
Indah sawah disinar mentari,
hijau sekata dipandang mata;
jalinkan ukhuwah di Aidilfitri,
maaf dipinta sesama kita.
Gendang dipalu pemegangnya kayu,
Pelbagai irama pukulan jejaka,
Ramadan berlalu terasa sayu,
Syawal menjelma pengubat duka
Menari pelita indah sentiasa
Ketupat dianyam terasa girang,
Takbir bergema berakhir puasa,
Gembira raya menyinar terang
Pergi ke pahang bertemu mata,
Sambil mencari si ikan patin;
Merai syawal santuni tercinta,
Mohon maaf zahir dan batin.
Baca: Ucapan – 17 Pantun Raya Kreatif Terbaik
Makan ketupat dlm pinggan,
Minum air dlm gelas,
Selamat Hari Raya saya ucapkan,
Maaf di pinta sambut tangan di balas.
Sulaman bertingkah jalinan puteri,
Ketupat anyaman berdaun palas,
Syawal berkah nikmat disyukuri ,
Pohon kemaafan setulus ikhlas.
Ramadan kareem kian dimamah,
Syawal pula sedia menanti,
Pandulah bersama jiwa berhemah,
Agar tibanya penuh bererti.
Bulan Ramadhan kita berpuasa sebulan;
Bulan Syawal disambut riang bersama;
Salam Aidilfitri kepada rakan dan taulan;
Ampun maaf juga buat sanak saudara
Lemah lembut langkah diatur
Cantik busana indah dihiaskan
Aidilfitri disambut penuh syukur
Ceria suasana kemenangan diraikan
Malam raya pasang pelita,
Pelita dipasang di atas para;
Ampun maaf sesama kita,
Hulurkan tangan berjabat mesra.
Zaman kad raya jadi kenangan
Menunggu encik posmen sudahla tentu.
Bergembira kita sambut kemenangan
Bersyukur semua masih bersatu.
Terang sungguh cahaya pelita,
Anak kecil berlari-lari,
Salam dihulur ampun dipinta,
Gembira bersama di Aidilfitri
Mekar mawar di laman seni,
Harum baunya meriakan hati;
Ramadan mendidik hawa insani,
Syawal mengeratkan ukhuwah sejati.
Sebulan sudah kita berpuasa,
Menahan lapar juga dahaga,
Debaran Syawal makin terasa,
Pasti disambut seisi keluarga.
Kayu dipahat wangi setanggi
Harumlah sudah istana lama
Sayu melihat Ramadan pergi
Syawal nan indah azan bergema
Merah merah si bunga raya,
Pokok bidara dihujung tanjung,
Sungguh meriah behari raya
Sanak saudara datang berkunjung,
Bersalam salam di pagi raya
Ampun maaf di pinta
Terkenang Ayah dan Bonda
Mengalir air mata d pusara
Terang cahaya arah dermaga,
Nampak ketara orang bersampan;
Sambut raya bersama keluarga,
Jamu selera saling bermaafan.
Salam dihulur menjalin ikatan,
Ukhwah Madani di hari raya,
Bersama kita menadah tangan,
Aidilfitri meriah hidup sentosa.
Purnama meniti manzilah tua
Berkat Ramadhan penuh kurnia
Sucikan hati murnilah jiwa
Rai lebaran Syawal mulia
Seusai Ramadan Syawal menjelma,
Dirai bersama tanda kesyukuran,
Kunjung-mengunjung bermaafan sesama,
Syawal Madani indahnya lebaran.
Pohon jambu pohon mengkudu,
Dahan dipotong dibuat ampaian,
Ramadan berlalu terasa rindu,
Syawal dirai penuh kesyukuran.
Sudah jauh teruna berdagang,
Terkenang bonda lama menanti;
Walau tubuh di rantau orang,
Takbir desa bergetar di hati.
Naik teksi ka Sura baya .
Setengah jalan rasa selesa .
Selamat menyambut aidilfitri yg mulia.
Semuga dirahmati Allah yg maha esa
Indah nian alunan irama
Syahdunya Takbir di pagi hari
Salam dihulur bermaafan sesama
Anugerah Ilahi Aidilfitri disyukuri
Harum semerbak pepohon gambir,
Bersantap kurma sebagai halwa;
Hati sebak mendengar takbir,
Aidilfitri menjelma gempita jiwa.
Ibu ayah sangat sangat gembira
Menyambut anak cucu pulang beraya
Berlabuh tirai Ramadhan mulia
Satu syawal disambut gembira
Pasang pelita di halaman rumah,
Rumah di hias begitu indah,
Aidilfitri di sambut meriah,
Sanak saudara jalinkan ukhuwah.
Ketupat palas penuh berinti,
Buat hidangan di pagi raya,
Kemaafan dipohon seikhlas hati,
Syawal disambut riang dan ria.
Manis si dara berkebaya merah
Menghidang juadah dipangkin lama
Aidilfitri disambut penuh meriah
Tanda kesyukuran dirai bersama
Kampung halaman jauh di sana ,
Bonda menanti belum berkhabar ,
Menung menahan keluh merana ,
Reda meniti senyum bersabar.
Jauh perjalanan indah laksana,
Ilmu pelengkap jiwa nan mewah,
Barakah dikongsi penuh makna,
Syawal ditatang eratkan ukhwah.
Kunjung mengunjung bersama jiran,
Susah dan senang tetap bersama,
Miskin dan kaya bukannya ukuran,
Yang penting gembira itulah harta utama.
Di malam raya himpun pelita,
Nyala selajur menyinar kelam;
Bersulam ceria ampun dipinta,
Segala terlanjur dibiar silam.
Bunga melati berbau harum,
Dipetik pendakwah untuk isteri;
Hari Raya dirai berbilang kaum,
Menjalin ukhuwah masyarakat madani.
Jika tinggi gunalah tangga,
Dapat capai rasa berjaya,
Lekaslah berkemas bersiap siaga,
Tidak Jumaat Sabtu jua beraya.
Manis anak dara berkerudung unggu,
Pelepah kelapa lurut lurutkan,
Semangat beraya lagi seminggu,
Jaga kesihatan kawal lah makan.
Sembah salam ayahanda bonda,
Mohon kemaafahan zahir dan batin;
Tautan kemesraan buat semua,
Minal aidin wal faizin.
Malaysia Madani laungan gempita,
Bergema nyata hingga ke maya,
Maaf Zahir dan Batin jujur dipinta,
Selamat Hari Raya ikhlas dari saya.
Di pinggir paya bergayut jambu,
Tupai meredah gugur merata;
Di pagi raya memeluk ibu,
Kenangan indah bermain di mata.
Sungguh Kenari riuh menciap,
Intai Serigala meliarkan mata;
Rendahkan diri bermohon maaf,
Lupa segala bentuk sengketa,
Menahan lapar hanyalah cubaan,
Menunggu berbuka di Kedai Londah,
Sebulan berpuasa penuh dugaan,
Tiba pula Aidilfitri nan indah.
Jauh merantau ke Negeri Orang
Rindukan pula Negeri Sendiri
Syawal disambut bersama tersayang
Ukhuwah bersemi terpahat di hati.
Merak mengirai hati terpikat,
Hinggap merpati di pohon cemara,
Syawal dirai membawa berkat,
Aidilfitri dinanti semua gembira.
Pohon rumbia pohon berangan,
Tegak berdiri si pohon ara,
Hari raya tanda kemenangan,
Raikan semua dengan gembira.
Menyinar kejora terang bercahaya
Awan terapong di balik sinarnya
Rasa teruja menanti hari raya
Balik Kampong terasa meriahnya
Terang malam disinar pelita,
Indahnya laman tempat liburan,
Hulurkan salam leraikan sengketa,
Raikan kemenangan dengan kesyukuran.
Pantun Raya 4 Kerat – Minal Aidil Walfaizin