5 Hadis Qudsi Tentang Ibadah Puasa dan Solat

Apa itu Hadis Qudsi? Hadis Qudsi merupakan salah satu cabang daripada kumpulan hadis Rasulullah SAW.

Ia adalah firman Allah SWT yang disabdakan oleh Baginda SAW.Ulama menyatakan bahawa lafaz hadis qudsi adalah daripada Nabi SAW yang dinisbahkan kepada Allah SWT dan maknanya adalah daripada Allah SWT.

Hadis Qudsi Tentang Ibadah Puasa dan Solat

5 Hadis Qudsi Tentang Ibadah Puasa dan Solat

#1 Ganjaran Orang Berpuasa

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah, ertinya:”Daripada Nabi yang Baginda riwayatkan daripada Tuhan kalian, Dia berfirman,”Setiap amalan adalah kifarah (dosa), sedangkan puasa adalah bagi-Ku dan Aku membalasnya. Bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada haruman kasturi” – Hadis Riwayat al-Bukhari

Baca: Koleksi Doa Selepas Solat / Harian

5 Hadis Qudsi Tentang Ibadah Puasa dan Solat

#2 Doa Orang Berpuasa Tidak Ditolak

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah, beliau berkata ertinya: Rasulullah bersabda,”Tiga golongan yang tidak akan ditolak doa mereka: Orang yang berpuasa sehingga di berbuka, pemimpin (ketua) yang adil, dan doa orang yang dizalimi. Allah mengangkat kesemuanya melepasi awan, dibukakan pintu-pintu langit baginya dan Tuhan berfirman, “Demi keagungan-Ku, pasti akan membantumu walaupun selepas suatu tempoh yang lama”. – Hadis Riwayat al-Tirmidzi dan Ibnu Majah

5 Hadis Qudsi Tentang Ibadah Puasa dan Solat

Baca: Quotes Bahagia dan Hidup Tenang Yang Indah

#3 Segera Untuk Berbuka Puasa

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah, beliau berkata ertinya: Rasulullah bersabda,”Allah Taala Berfirman,”Para hamba-Ku yang paling aku kasihi ialah mereka yang paling bersegera berbuka puasa (setelah yakin maghrib).”” – Hadis Riwyaat al-Tirmidzi dan Ibnu Hibban

#4 Ganjaran orang yang Solat 5 Waktu

Diriwayatkan daripada Anas bin Malik, beliau berkata, ertinya: Difardukan ke atas Nabi SAW pada malam Baginda diisrakkan sebanyak 50 waktu solat, kemudian dikurangkan sehingga menjadi 5 waktu sahaja. Selepas itu, Baginda diseru, “Wahai Muhammad, sesungguhnya perintah tersebut tidak akan diubah di sisi-Ku, dan sesungguhnya 50 waktu solat adalah sama dengan 5 waktu solat ini bagimu.” – Hadis Riwayat al-Tirmidzi.

5 Hadis Qudsi Tentang Ibadah Puasa dan Solat

#5 Memperbaiki Solat

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah, beliau berkata, ertinya: rasulullah bersabda,”Sesungguhnya apabila seorang hamba mendirikan solat dalam keadaan terang-terangan serta mengelokkannya, dan dia juga mendirikan solat dalam keadaan sembunyi serta turut mengelokkannya, nescaya Allah SWT berfirman, “Inilah hamba-Ku yang sebenar-benanrnya.”” – Hadis Riwayat Ibnu Majah

Carian Berkaitan: Hadis Qudsi Tentang Ibadah Puasa dan Solat