Di dalam Ayatul Kursi atau Ayat Kursi, terkumpul sifat-sifat utama Allah SWT iaitu ketuhanan, keesaan, hidup, pelilik kerajaan, ilmu pengetahuan, kehendak serta kekuasaan. Dia-lah Tuhan yang Tunggal bagi sekalian makhluk. Oleh itu, segala apa yang ada disekalian alam ini adalah hamba dan milik-Nya.
Baca: Ayat Kursi Rumi – Terjemahan Bahasa Melayu

Sabda Nabi Muhammad SAW ketika ditanya oleh Abu Zar: “Ayat manakah yang diturunkan kepadamu yang paling agung?” Jawab Baginda: “Ia adalah Ayat Kursi.” – Hadis Riwayat Ahmad, Al-Nasai, Al-Hakim dan Al-Baihaqi.
Kelebihan Ayatul Kursi
Sesiapa yang membaca ayat Kursi selepas setiap solat Fardhu, Allah akan memberikannya hati orang yang bersyukur, amalan yorang yang membenarkan Allah, pahala nabi-nabi, melimpahkan rahmat-Nya dan tidak menghalangnya dari masuk syurga melainkan kematian yang akan memasukkannya.” – Hadis Riwayat Al-Nasai.
Seorang sahabat Nabi SAW ada menghuraikan bahawa dia pernah bertemu dengan jin dan bertanya kepadanya, apakah bacaan yang dapat menjauhkan manusia daripada gangguan jin, jawab jin, “Ayat Kursi”. Ketika keterangan itu disampaikan Ubai kepada Rasulullah, baginda SAW menjawab, ” Benar (maklumat) si jahat itu.” – Hadis Riwayat Al-Hakim.

Ayat Kursi juga dikenali sebagai ayatul hifz (ayat pemeliharaan) kerana pembaca yang menghayati maknanya akan dapat memperoleh perlindungan daripada Allah SWT. Insyaallah.
- Bergambar: 140 Contoh Kata Kata Hikmah Untuk Pelajar Cemerlang
- 108 Himpunan Kata Kata Hikmah Islam – Maksud & Tentang Kehidupan
- 100 Kata Kata Hikmah Motivasi Tentang Kejayaan Dalam Islam
- 150 Islamic Quotes About Life, Heart Touching, Love from Quran
- 140 Islamic Quotes – Short, Heart Touching, Quran, Life and Love

Terjemahan / Maksud Ayat Kursi Dalam Bahasa Melayu
Allah, tidak ada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia yang Maha Hidup Kekal, (Tuhan( yang terus menerus mengurus (makhluk-Nya). Dia tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi; Tiada yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin-Nya. Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui sesuatu daripada ilmu Allah, melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi (pengetahuan / kekuasaan-Nya) meliputi langit dan bumi. Allah tidak merasa berat memelihara keduanya dan Allah Maha tinggi lagi Maha Besar.
Baca: Cara-Cara dan Niat Qada Solat – Bergambar
