
Surah Sajdah merupakan surah ke-32 dalam al-Quran, kitab suci agama Islam. Diturunkan di Mekah selepas surah Al-Mukminun. Surah ini mengandungi 30 ayat dan terdapat ayat sajdah (sujud) iaitu ayat ke-15.
Pertama: Membezakan Antara Manusia dan Syaitan
Dari Abu Hurairah R.A., nabi Muhammad S.A.W. telah bersabda, bermaksud : “Apabila anak Adam membaca ayat Sajadah, lalu dia bersujud; maka syaitan jatuh sambil menangis. Katanya, Celaka aku! Anak Adam disuruh sujud, dia sujud, lalu mendapat syurga. Aku disuruh sujud tetapi aku menolak maka neraka untukku.” – Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim
- Bergambar: 140 Contoh Kata Kata Hikmah Untuk Pelajar Cemerlang
- 108 Himpunan Kata Kata Hikmah Islam – Maksud & Tentang Kehidupan
- 100 Kata Kata Hikmah Motivasi Tentang Kejayaan Dalam Islam
- 150 Islamic Quotes About Life, Heart Touching, Love from Quran
- 140 Islamic Quotes – Short, Heart Touching, Quran, Life and Love
Kedua: Mendapat Perlindungan dan Dikurniakan Kebajikan oleh Allah SWT
Jabir R.A. mengatakan bahawa Rasulullah S.A.W. pernah bersabda yang bermaksud : “Nabi Muhammad S.A.W. tidak akan tidur sehingga dia membaca surah As-Sajdah dan surah al-Mulk.” – Hadis Riwayat at-Tirmizi

Ketiga: Menguatkan Iman Dalam Diri
Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud : “Orang yang beriman dengan ayat-ayat Kami, hanyalah orang yang apabila diperingatkan dengan (ayat-ayat Kami), mereka bersyukur sujud dan bertasbih serta memuji Tuhannya dan mereka tidak menyombongkan diri.” – surah As-Sajdah, ayat ke-15
Salah satu tanda bagi orang yang beriman dengan ayat-ayat Allah adalah mereka yang bersujud apabila diperingatkan dengan ayat-ayatNya. Dalam ayat ini terdapat tanda sajdah dan kita disunatkan mengerjakan sujud Tilawah apabila membaca atau mendengarnya.
Baca: Koleksi Hadis Nabi Tentang Hati Yang Tenang, Lemah Lembut dan Sabar
Keempat: Peringatan Tentang Sakaratul Maut
Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud : “Katakanlah (wahai Muhammad) : Malaikat maut yang ditugaskan untuk (mencabut nyawa)mu akan mematikan kamu. Kemudian kepada Tuhanmu, kamu akan dikembalikan.” – surah As-Sajdah, ayat ke-11
Kelima: Pertolongan Pada Hari Kiamat
Nabi SAW bersabda, maksudnya: “Alif Lam miim As Sajadah datang di hari Kiamat dengan mempunyai dua sayap yang menaungi pembacanya, seraya berkata: Tak ada jalan bagi orang lain atas engkau, tak ada jalan bagi orang lain atas engkau.” – Hadis Riwayat Abu ‘Ubaid
Baca: Penenang Hati – Zikir Hari Selasa – Beserta Rumi.
Keenam: Surah Kegemaran Nabi Muhammad SAW. Baginda selalu membacanya dalam rakaat pertama pada solat Subuh hari Jumaat
Ibnu Abbas ra. Berkata, “Bahawa Rasulullah saw., biasa membaca dalam solat Subuh hari Jumaat pada rakaat pertama sesudah al Fatihah adalah surat Alif laam mim Assajadah. Dan pada rakaat kedua sesudah Fatihah adalah surat Hal Ataa alal insaan.” – Hadis Riwayat Muslim
“Sesungguhnya pada solat Subuh hari Jumaat, Rasulullah membaca surah al-Sajadah (Alif Lam Mim, Tanzil) dan surah al-Insan (Hal Ata ‘alal insan). – Hadis Riwayat al-Bukhari


Kelebihan Surah Sajdah Kelebihan Surah Sajdah