Terdapat banyak lagi kelebihan dan manfaat jika kita membaca serta mengamalkan surah al-Baqarah.
Selain kelebihan yang banyak, terdapat banyak ayat-ayat daripada surah al Baqarah yang digalakkan untuk diamalkan oleh para ulama’ berdasarkan hadis-hadis Nabi SAW.
Bersama ini disertakan Kelebihan Surah Al Baqarah Berdasarkan Hadis Nabi untuk panduan bersama.
Semoga Allah SWT memberi kita taufiq dan hidayah dalam beramal serta menerima segala amalan yang kita lakukan. Amin.
Kelebihan Surah Al Baqarah
Pertama: Rumah Tidak Dimasuki Syaitan
Dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: “Janganlah kamu menjadikan rumah kamu sebagai kubur, sesungguhnya rumah yang dibacakan Surah al-Baqarah tidak akan dimasuki syaitan.” – Hadis Riwayat At Tirmidzi
Dari Abdullah bin Mas’ud, ia berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda : “Semoga aku tidak mendapatkan salah seorang daripada kamu meletakkan salah satu kakinya diatas kaki yang lain sambil menyanyi dan meninggalkan surah Al Baqarah tanpa membacanya, sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan surah Al Baqarah. Sesungguhnya rumah yang paling kosong adalah rumah yang kosong dari kitab Allah (Al Quran)”.
- Panduan Lengkap Solat Sunat Ihram: Persediaan Ibadah Umrah dan Haji
- Ucapan & Pantun Hari Raya Aidiladha 2024
- Hari Wukuf: Doa Pada Hari Arafah JAKIM
- Doa Untuk Orang Berangkat Haji Sesuai Sunnah: Mabrur
- Ucapan Haji Mabrur: Doa & Harapan Jemaah Haji Malaysia
Kedua: Kelebihan 4 ayat awal surah al-Baqarah, ayat al-Kursi, 2 ayat selepasnya dan 3 ayat terakhir surah al-Baqarah
Daripada Abdullah bin Mas’ud RA berkata, maksudnya: “Barangsiapa membaca sepuluh ayat daripada surah al-Baqarah pada satu malam maka rumah tersebut tidak akan dimasuki syaitan pada malam tersebut sehingga pagi iaitu empat ayat awal surah al-Baqarah, ayat al-Kursi, dua ayat selepasnya dan tiga ayat terakhir di dalam surah al-Baqarah”. – Hadis Riwayat Imam al-Darimi
Ketiga: Diberikan Kecukupan Dalam Diri
Daripada Abu Mas’ud RA bahawa Nabi SAW bersabda, maksudnya: “Barangsiapa yang membaca dua ayat terakhir dari surah al-Baqarah pada waktu malam telah cukup baginya dengan keduanya.” – Hadis Riwayat al-Bukhari
Baca: Koleksi Ayat al Quran dan Hadis Sahih Tentang Merendah Diri dan Takbur
Keempat: Kelebihan Ayat Kursi
Daripada Abi Umamah RA bahawa Nabi SAW bersabda, maksudnya: “Barangsiapa yang membaca ayat al-Kursi setiap kali selepas solat fardhu, tidak akan terhalang baginya untuk memasuki syurga melainkan mati”. – Hadis Riwayat al-Thabarani dan Al Nasa’ie
Imam al-San’ani menyatakan: Maksudnya: “Kelebihan ayat Kursi ini adalah disebabkan padanya terhimpun segala usul nama-nama dan sifat-sifat Allah seperti Wahdaniyyah (Maha Esa), al-Hayah (Maha Hidup), al-Qayyumiyyah (Maha Kekal), al-‘Ilm (Maha Mengetahui), al-Mulk (Maha Menguasai), al-Qudrah (Maha Berkuasa) dan juga al-Iradah (Maha Berkehendak)”. – Subul al-Salam
Kelima: Perlindungan Dari Segala Kejahatan
Dari Abu Mas’ud Albadri r.a berkata bahawa Nabi Muhammad S.A.W bersabda, maksudnya : “Barangsiapa membaca dua ayat dari surah Al Baqarah, maka cukuplah baginya (dari hal-hal yang membencikan. Dan menurut sebahagian pendapat sama dengan bersembahyang malam)”. – Hadis Riwayat Bukhari & Muslim
Keenam: Syafaat di Padang Mahsyar
Dari Abu Umamah, dia berkata: “Aku pernah mendengar Rasulullah bersabda:” Bacalah Al Quran kerana Al Quran itu akan memberi syafaat kepada pembacanya di akhirat kelak. Dan bacalah Az Zahrawain iaitu Surah Al Baqarah dan Ali Imran, kerana kedua surah itu akan datang pada hari kiamat, seolah-olah keduanya bagai sekelompok awan, atau payung yang menaungi, atau dua kelompok burung yang mengembangkan sayapnya. Keduanya akan membela pembacanya di hari kiamat.” – Hadis Riwayat Ahmad
Baca: Koleksi Doa Ibu Bapa – Gambar Percuma
Ketujuh: Perlindungan Dari Sihir
Nabi SAW bersabda, maksudnya: “Bacalah Al Baqarah kerana membacanya akan mendatangkan berkah dan meninggalkanya bermaksud penyesalan. Dan para tukang sihir tidak akan sanggup menjangkaunya (si pembaca)” – Hadis Riwayat Muslim
Kelapan: Mohon Agar Doa Dimakbulkan
Ibnu Abbas r.a. bercerita: Pada suatu ketika malaikat jibril berada di sisi Nabi Muhammad s.a.w. , tiba-tiba terdengar suara dari atas, maka ia mengangkat kepalanya dan berkata: “Ini sebuah pintu di langit, pada hari ini dibuka dan turun seorang malaikat memberi salam dan berkata:
“Bergembiralah dengan dua cahaya penerangan yang diberikan oleh Allah s.w.t. kepadamu dan belum pernah diberikan kepada seseorang Nabi sebelum kamu iaitu: Fatihul kitab dan akhir Al Baqarah. Tiada engkau membaca suatu huruf daripadanya melainkan pasti permintaanmu diberi.” – Hadis Riwayat Muslim
Carian Berkaitan: Kelebihan Surah Al Baqarah