Surah Taha Ayat 1 5 Rumi & Terjemahan – Kisah dan Kelebihan

Mengamalkan bacaan surah Taha ayat 1-5 sebagai penawar dan pelembut bagi hati yang keras adalah diharuskan berdasarkan dalil yang mengharuskan berdoa dan jampi menggunakan ayat al-Quran dan nama Allah.

Kebaikan dan Kelebihan Surah Taha

Di samping itu boleh juga kisah Saidina Umar al-Khattab yang memeluk Islam ketika mendengar dan membaca surah Taha dijadikan iktibar dan pedoman sebagai pengajaran dan bukti mukjizat al-Quran.

Namun tidak ditemui dalil dan nas khusus daripada al-Quran dan hadis yang menyatakan bahawa surah Taha ayat 1-5 merupakan ayat pelembut hati. Wallahu’alam

Surah Taha Ayat 1 – 5

طه ١

مَآ أَنزَلْنَا عَلَيْكَ ٱلْقُرْءَانَ لِتَشْقَىٰٓ ٢

إِلَّا تَذْكِرَةًۭ لِّمَن يَخْشَىٰ ٣

تَنزِيلًۭا مِّمَّنْ خَلَقَ ٱلْأَرْضَ وَٱلسَّمَـٰوَٰتِ ٱلْعُلَى ٤

ٱلرَّحْمَـٰنُ عَلَى ٱلْعَرْشِ ٱسْتَوَىٰ ٥

(Bergambar) Kisah dan Kelebihan Surah Taha Ayat 1 5, Rumi & Terjemahan

Surah Taha Ayat 1 – 5 Rumi

Taa’ Haa. (1)
Ma anzalna AAalayka alqur-analitashqa (2)
Illa tathkiratan liman yakhsha (3)
Tanzeelan mimman khalaqa al-arda wassamawatialAAula (4)
Arrahmanu AAalaalAAarshi istawa (5)

Terjemahan Maksud Surah Taha Dalam Bahasa Melayu

  1. Taa. Haa.
  2. Kami tidak menurunkan A-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan.
  3. Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut yang melanggar perintah Allah.
  4. Al-Quran diturunkan dari tuhan yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi.
  5. Iaitu Allah Ar-Rahmaan,yang bersemayam diatas ‘Arasy.

Kisah Surah Taha dan Pengislaman Saidina Umar al-Khattab

Kisah ini seperti yang dinukilkan oleh Imam al-Qurtubi di dalam kitabnya, kisah yang diriwayatkan oleh al-Daraqutni di dalam sunannya yang diriwayatkan daripada Anas bin Malik yang menceritakan bahawa Saidina Umar keluar bersama pedangnya dengan tujuan untuk membunuh Rasulullah SAW.

Ketika dalam perjalanan, beliau diberitahu saudara perempuannya telah menjadi pengikut Baginda Nabi SAW. Lantas beliau terus meluru ke rumah saudaranya, apabila sampai di rumah tersebut beliau terdengar suara Khabbab membaca surah Taha. Lalu beliau meminta mushaf yang ditulis di dalamnya surah tersebut kemudian dia membacanya.

Kemudian saudara perempuannya memberikan mushaf yang terkandung di dalamnya surah Taha ayat 1 hingga 20 tersebut kepada Saidina Umar lalu dibacanya. Setelah itu, beliau berkata:

“Alangkah cantik dan mulianya kata-kata ini.”

Kemudian beliau meminta Khabbab memberitahunya tempat untuk berjumpa Baginda Nabi SAW. Setelah itu beliau terus pergi ke rumah tempat Nabi SAW dan sahabatnya berkumpul yang terletak di Bukit Safa untuk berjumpa Baginda Nabi SAW.

Setelah beliau berdepan dengan Baginda SAW, lalu Baginda bertanya kepadanya:

“Apakah yang membawa kamu datang ke sini wahai Ibnu al-Khattab? Demi Allah Aku melihat ia tidak akan berakhir sehinggalah Allah menurunkan kepada kamu malapetaka.”

Baca: Bergambar : Contoh Ucapan Selamat Malam Sayang

Lalu Saidina Umar al-Khattab berkata:

“Wahai Rasulullah, aku datang bertemu kamu untuk beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta apa yang telah diwahyukan daripada Allah.”

Setelah mendengar ikrar keimanan Saidina Umar al-Khattab RA maka Rasulullah SAW bertakbir kegembiraan dan disebabkan itu sahabat-sahabat Nabi SAW mengetahui bahawa Saidina Umar al-Khattab memeluk Islam.

Kisah ini menggambarkan bahawa selepas Saidina Umar al-Khattab RA membaca surah Taha, lalu hatinya terpaut dengan keindahan ayat suci tersebut kemudian terus meminta izin untuk berjumpa Nabi SAW dan memeluk Islam. Firman Allah SWT:

“Ketahuilah dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia.”

Surah al-Ra’d, ayat 28

Baca: 6 Hadis Nabi Tentang Kelebihan Solat Subuh dan Asar