Darah haid merupakan darah berwarna kehitaman, kental dan bau tidak menyenangkan yang keluar daripada kemaluan wanita pada waktu-waktu tertentu.
Nabi Muhammad saw menerangkan kepada Aisyah ra, maksudnya: Sesungguhnya (hadi) itu merupakan sesuatu yang telah ditakdirkan oleh Allah swt bagi puteri-puteri Adam (kaum wanita). - Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim
Darah nifas merupakan darah yang keluar kerana melahirkan. Hukum berkenaan dengannya adalah sama dengan hukum berkaitan darah haid.
Ulama sepakat bahawa apabila seseorang wanita itu mengetahui dirinya telah suci dari darah nifas, dia harus segera mandi, solat dan boleh bersetubuh dengan suaminya.
Ummu Salamah berkata, maksudnya: Wanita-wanita yang mengalami nifas pada masa Rasulullah menjalani masa nifasnya selama 40 hari atau 40 malam. - Hadis Riwayat Abu Daud, at-Tirmidzi, Ibu Majah
- 14 Nama Lain Bagi Surah Al-Fatihah Menurut Hadis
- 100 Kata-Kata Cinta Melayu – Pendek, Islamic, Romantis
- Bayar Zakat Fitrah Guna Duit Atau Beras? Bila Perlu Bayar?
- Ganti – Qada Puasa, Kafarah dan Cara Kira Fidyah
- Cara Iktikaf, Tadarus dan Tahajud pada Bulan Ramadan
Cara Mandi Setelah Haid atau Nifas
Mandi hadas besar setelah haid atau nifas sama dengan mandi besar kerana junub / mandi wajib.
Baca: Rukun dan Cara Mandi Wajib
Hanya ada beberapa perkara tambahan yang dianjurkan sahaja.
Ia adalah seperti yang berikut:
- Digalakkan memakai sabun atau seumpamanya.
Ini adalah berdasarkan perintah Rasulullah saw kepada Asma' ketika dia bertanya tentang cara mandi setelah haid, seorang di antara kalian hendaklah menyiapkan air dan sidr (bahan pewangi), lalu bersucilah dengannya sebaik mungkin. - Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim
- Digalakkan menguraikan ikatan rambut ketika mandi wajib setelah haid. Ia bagi memastikan air menyentuh akar rambut.
Aisyah ra meriwayatkan bahawa ketika dia hendak mandi setelah haid, Rasulullah saw berkata kepadanya: Uraikan (ikatan) rambutmu lalu mandilah. - Hadis Riwayat Ibnu Majah
- Sesudah mandi, digalakkan untuk mengambil kain yang telah dicalit dengan minyak wangi lalu digunakan untuk mengusap bekas darah sampai baunya hilang.
Aisyah ra meriwayatkan bahawa ketika Nabi saw ditanya tentang cara mandi setelah haid, Baginda menjelaskannya lalu berkata, 'lalu, ambillah sikat yang telah dicalit minyak wangi (kasturi) dan bersihkanlah dengannya. Wanita itu berkata,"bagaimana caranya?' Baginda berkata lagi, 'bersihkanlah dengannya.' Wanita itu masih juga belum mengerti,'bagaimana caranya?' Maka, aku menarik wanita itu dan berkata, 'gunakan sikat itu untuk membersihkan bekas darah.' - Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim
Bagi wanita yang sedang berkabung atas kematian suami, dia boleh untuk tidak mengerjakan semua tatacara melakukan mandi wajib.
Pelbagai Situasi Melibatkan Mandi Wajib Bagi Wanita
Mandi Wajib kerana Junub (bersetubuh) dan Keluar Darah Haid
Apabila seorang wanita melakukan persetubuhan lalu junub, kemudian dia mengalami haid sebelum mandi junub, maka dia tidak wajib mandi wajib. Dia boleh menggabungnya dengan mandi setelah haid berakhir dengan dua niat sekaligus (mandi kerana jubub dan darah haid). Pada masa sama, dia juga boleh membasuh kemaluannya saja atau mandi (dan ini dianjurkan), kemudian baru mandi wajib kerana haid setelah habis masa haidnya.
Mandi Wajib Tanpa Disertai Wudhuk
Apabila seorang wanita mandi junub tanpa disertai wudhuk, maka mandinya itu sudah terdapat wudhuk. Ertinya, dia tidak perlu wudhu lagi setelah mandi, kerana bersuci dari junub menghapus hadas kecil.
Aisyah ra meriwayatkan, Rasulullah pernah mandi lalu solat dua rakaat. Aku tidak melihat Baginda melakukan wudhuk setelah mandi. - Hadis Riwayat Abu Daud dan Ahmad.
Mandi Wajib Suami Isteri
Ulama sepakat bahawa wanita boleh mandi bersama suaminya kerana masing-masing boleh melihat aurat pasangannya, dan hukumnya tidak makruh.
Aisyah ra meriwayatkan, 'aku pernah mandi bersama Nabi & dari satu tempayan. Baginda mendahuluiku sehingga aku sempat berkata, 'sisakan airnya untukku, sisakan airnya untukku.' Ketika itu kami mandi junub. - Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim
Diriwayatkan oleh Ibnu Abbas RA, maksudnya: Rasulullah juga pernah mandi dengan menggunakan sisa air mandi Maimunah. - Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
Mandi Telanjang
Wanita boleh mandi telanjang sewaktu mandi sendirian atau di hadapan suami. Riwayat hadis oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim ada mengatakan bahawa Nabi Musa as dan Nabi Ayyub as pernah mandi telanjang. Mandi telanjang boleh dilakukan selagimana ia dilakukan di tempat tertutup.
Tidur Dalam Keadaan Junub
Boleh tidur dalam keadaan junub bila wudhuk terlebih dahulu.
Umar Bin Khatab ra pernah bertanya tentang junub di malam hari, beliau menjawab, 'wudhuklah dan basuhlah kemaluanmu, lalu tidurlah.' - Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim