Solat Sunat Witir merupakan salah satu solat lail atau malam yang jumlah rakaatnya ganjil. Waktu Solat Witir ini dilakukan ialah selepas Solat Isyak sehingga waktu Solat Subuh.
Solat ini dilakukan setelah selesai menunaikan solat lainnya, seperti solat sunat tarawih atau tahajjud, sebagai solat penutup dan pengakhiri solat malam pada waktu tersebut.
Dari Abi Sa’id bahawa Rasulullah bersabda, ertinya: “Kerjakanlah Solat Witir sebelum Subuh
Hadis Riwayat Jamaah kecuali Bukhari dan Abu Daud
Dari Aisyah berkata, ertinya: “Setiap malam Rasulullah SAW Solat Witir, kadang-kadang di permulaan malam, ditengah malam dan di akhir malam, witirnya berakhir sampai akhir waktu sahur.”
Hadis Riwayat Jamaah
Solat Witir waktunya antara Solat Isyak sehingga terbitnya fajar.
Hadis Riwayat Imam Lima kecuali Nasa’i
Baca: Ucapan Terima Kasih / Tahniah
Secara ringkasnya, solat witir ini memiliki banyak fadhilat dan kelebihan, antaranya ialah meningkatkan keimanan dan ketaqwaan, mendapatkan ganjaran pahala dan keberkatan, menzahirkan rasa syukur dan berserah diri terhadap Allah swt.
Kelebihan Solat Witir Menurut Hadis dan Al- Quran
#1 Lakukanlah Solat Sunat Witir
Rasulullah bersabda, ertinya: “Kerjakanlah Solat Witir sebab Allah itu witir dan mencintai witir” – Hadis Riwayat Ahmad
#2 Solat yang Disaksikan oleh Malaikat
Rasulullah bersabda, ertinya: “Barangsiapa yang khuatir tidak boleh bangun pada akhir malam maka hendaklah ia melaksanakan Solat Witir pada awal malam dan barangsiapa mungkin dapat bangun akhir malam maka hendaklah dia melaksanakannya di akhir malam. Maka sesungguhnya solat malam (witir) disaksikan Malaikat dan itu lebih utama” – Hadis Riwayat Muslim, Tirmizi dan Ibnu Majah.
#3 Meneguhkan Jiwa
Allah berfirman, maksudnya: “Sesungguhnya bangun malam (solat malam) sangat meneguhkan jiwa dan lebih menegaskan ucapan.” – Surah Al-Muzammil: 6
- Panduan Lengkap Solat Sunat Ihram: Persediaan Ibadah Umrah dan Haji
- Ucapan & Pantun Hari Raya Aidiladha 2024
- Hari Wukuf: Doa Pada Hari Arafah JAKIM
- Doa Untuk Orang Berangkat Haji Sesuai Sunnah: Mabrur
- Ucapan Haji Mabrur: Doa & Harapan Jemaah Haji Malaysia
#4 Mendekatkan Diri Kepada Allah
Rasulullah bersabda, ertinya: “Hendaklah kalian kerjakan qiamullail (witir) sebab itu adalah kebiasaan orang soleh sebelum kamu dan merupakan ibadah yang dapat mendekatkan diri kepada Allah dan juga menghapuskan perbuatan jelek dan mencegak perbuatan keji” – Hadis Riwayat Ibnu Khuzaimah.
Hukum Mengerjakan Solat Witir
Majoriti ulama berpendapat bahawa Solat Sunat Witir hukumnya sunat muakkad.
Rasulullah bersabda, ertinya: ” Sesungguhnya Allah itu witir (ganjil), Dia mencintai witir maka laksanakanlah Solat Witir wahai ahli Quran.” – Hadis Riwayat Abu Daud dan Tirmizi
Dari Ali r.a berkata, witir bukan satu kewajiba seperti pelaksanaan solat fardhu, tetapi witir itu adalah sunat yang dibiasakan oleh Rasulullah SAW” – Hadis Riwayat Ahmad dan Nasa’i
Rasulullah bersabda, ertinya: “Witir itu haq maka barang siapa suka witir 5 rakaat maka kerjakanlah, dan barang siapa suka witir 3 rakaat maka kerjakanlah dan barang siapa witir 1 rakaat maka kerjakanlah.” – Hadir Riwayat Imam Luma kecuali Tirmizi.
Baca: Koleksi Hadis Kelebihan Hari Arafah dan Ibadah Korban
Bilangan Rakaat Solat Sunat Witir
Para ulama sepakat Solat Sunat Witir boleh ditunaikan maksimum 13 rakaat dan minimum 1 rakaat (Antara 1, 3, 5, 7, 9, 11 atau 13 rakaat). Kecuali mazhab Hanafi bahawa Solat Witir hanya 3 rakaat iaitu sama dengan Solat Maghrib).
Niat Solat Sunat Witir 1 Rakaat
Usolli Sunnatal Witri Rak’atan Lillahi Ta’ala. Maksudnya, Sahaja aku solat sunat witir satu rakaat kerana Allah Taala.
Niat Solat Sunat Witir 2 Rakaat
Usolli Sunnatal Witri Rak’ataini Lillahi Ta’ala – Maksudnya, Sahaja aku solat sunat witir dua rakaat kerana Allah Taala.
Cara Solat Witir 2 Rakaat
Rakaat Pertama
- Niat
- Membaca Surah Al-Fatihah
- Membaca Surah Al-A’la
- Rukuk
- Iktidal
- Sujud
- Duduk antara dua sujud
- Sujud kedua
- Bangun untuk rakaat kedua
Rakaat Kedua
- Membaca Surah Al-Fatihah
- Membaca Surah Al-Kafirun
- Rukuk
- Iktidal
- Sujud
- Duduk antara dua sujud
- Sujud kedua
- Duduk Tawarruk
- Membaca Tahiyat
- Mengucapkan Salam
Cara Solat Witir 1 Rakaat
- Niat
- Membaca Surah Al-Fatihah
- Membaca Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan Al-Nas
- Rukuk
- Iktidal
- Sujud
- Duduk antara dua sujud
- Sujud kedua
- Duduk tawarruk
- Membaca tahiyat
- Mengucap salam
Doa Selepas Solat Sunat Witir (Pendek) – Rumi
Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung dengan keredhaanMu daripada kemurkaan-Mu, aku berlindung dengan kemaafan-Mu daripada Balasan-Mu, dan aku berlindung dengan-Mu daripada tidak mampu memuji-Mu seperti Engkau memuji diri-Mu.
Doa Selepas Solat Sunat Witir (Panjang)
Dengan nama Allah, yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang.
Ya Allah! Sesungguhnya kami memohon daripada Engkau keimanan yang berkekalan. Kami memohon daripada Engkau hati yang khusyuk (teguh dan sebulat hati). Kami memohon daripada Engkau ilmu yang bermanfaat. Kami memohon daripada Engkau keyakinan yang benar. Kami memohon daripada Engkau amalan yang soleh (patut).
Kami memohon daripada Engkau agama yang berkualiti. Kami memohon daripada Engkau keampunan dan kesihatan. Kami memohon daripada Engkau kesihatan yang sepenuhnya. Kami memohon daripada Engkau rasa syukur ke atas kesihatan. Kami memohon daripada Engkau kekayaan. Ya Allah! Terimalah solat kami, puasa kami, solat malam kami, kekhusyu’an kami, kerendahan hati kami, ibadah kami. Sempurnakanlah kelalaian atau kekurangan kami.
Ya Allah! Ya Allah! Ya Allah!
Wahai Yang Paling Pengasih di antara yang mengasihani. Selawat dan salam sejahtera Allah ke atas junjungan kami Nabi Muhammad, ahli keluarga dan para sahabatnya. Maha Suci Tuhan yang Maha Mulia daripada sebarang kekurangan. Salam sejahtera ke atas para rasul dan segala puji hanya untuk Allah, Tuhan sekalian alam.
Carian Berkaitan: cara solat witir