
1. Suci badan dari dua hadas besar dan kecil.
Maka orang yang berhadas besar atau kecil wajiblah dia bersuci apabila mahu mengerjakan sembahyang. Jika dia berhadas besar maka bersucinya ialah dengan melakukan mandi. Dan jika dia berhadas kecil maka bersucinya itu ialah dengan berwuduk.
Firman Allah SWT:
Maksudnya: Dan jika kamu sekelian dalam keadaan junub maka hendaklah kamu semua mandi.” – ( Al-Maidah : 6)
“Tidak menerima olih Allah akan sembahyang seorang kamu apabila dia telah berhadas sehinggalah dia mengambil wuduk.” – (Hadith Bukhari dan Muslim)
Orang yang tidak boleh bersuci dengan air diwajibkan dia bertayammum dengan debu tanah sebagai pengganti bersuci dengan air.
- Bergambar: 140 Contoh Kata Kata Hikmah Untuk Pelajar Cemerlang
- 108 Himpunan Kata Kata Hikmah Islam – Maksud & Tentang Kehidupan
- 100 Kata Kata Hikmah Motivasi Tentang Kejayaan Dalam Islam
- 150 Islamic Quotes About Life, Heart Touching, Love from Quran
- 140 Islamic Quotes – Short, Heart Touching, Quran, Life and Love
2. Suci dari najis sama ada di badannya, di tempat solatnya, dan di pakaiannya.
Bersuci merupakan salah satu syarat sah sembahyang. Sebelum solat, seseorang muslim itu wajib memastikan keadaan sekeliling, pakaian dan tubuh badan bersih daripada najis dan segala kotoran yang boleh membatalkan solat.
Dilakukan dalam keadaan suci daripada najis pada tubuh badan, pakaian dan tempat solat. Menurut Mazhab Syafi’e, pesakit yang tidak mampu menghilangkan najis pada tubuh badan, wajib menunaikan solat sekalipun bersama najis sebagai menghormati waktu.
Namun solat tersebut perlu diulang kembali setelah sembuh. Menurut satu pandangan masyhur Mazhab Maliki, pesakit yang tidak mampu menghilangkan najis pada tubuh badan wajib menunaikan solat sekalipun bersama najis dan solat tersebut sah serta tidak perlu diulang setelah sembuh.
“Jika datang darah haid, maka tinggalkanlah sembahyang dan jika telah berlalu haid itu, maka bersihkanlah (darah) dari dirimu dan kerjakanlah sembahyang.” – (Hadis Riwayat Bukhari)
Maksud: “Kebersihan itu sebahagian daripada iman.” (Hadis Riwayat Muslim)
3. Menutup aurat.
Dilakukan dalam keadaan menutup aurat iaitu di antara pusat dan lutut bagi lelaki dan seluruh tubuh badan kecuali muka dan dua tapak tangan serta belakangnya bagi wanita. Bahagian bawah dagu juga termasuk aurat bagi wanita. Pesakit yang tidak mampu menutup auratnya boleh solat mengikut keadaannya dan solat tersebut sah serta tidak perlu diulang.
Firman Allah SWT:
Maksudnya: “Wahai anak-anak Adam, pakailah pakaian kami yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan solat).” – Surah al-A’raf, ayat 31.
Sabda Nabi Muhammad SAW kepada Asma binti Abu Bakar, maksudnya: Wahai Asam, ‘seorang perempuan itu apabila telah baligh, dia tidak boleh lagi memperlihatkan padanya melainkan ini dan ini…’ Dan Baginda menunjukkan wajah dan dua pergelangan tangannya. – (Hadis Riwayat Abu Daud)
Baca: Niat Solat Maghrib dan Panduannya – Rumi
4. Menghadap Kiblat (kecuali yang uzur dan tidak terdaya)
Pesakit yang tidak mampu menghadap kiblat boleh solat ke arah lain mengikut keadaannya. Namun solat tersebut perlu diulang semula setelah sembuh menurut Mazhab Syafi’e.
Menurut pandangan Mazhab Hanafi, pesakit yang tidak mampu menghadap kiblat boleh solat ke arah lain mengikut keadaannya dan solat tersebut sah serta tidak perlu diulang.
Firman Allah SWT:
Maksudnya: Maka hadapkanlah mukamu ke arah Masjid al-Haram (Kaabah), dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya. – (Surah al-Baqarah: 150)
Rasulullah SAW bersabda kepada orang yang diajarnya cara-cara bersolat:
Maksudnya: “Apabila engkau hendak bersolat berwudhu’lah dengan sempurna, kemudian menghadaplah ke kiblat dan bertakbir.” – (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
5. Yakin masuk waktu solat.
Sumber: JAKIM & Mufti Wilayah, Mufti Wilayah
Dalil Syarat Sah Solat – Jakim & Mufti Wilayah Dalil Syarat Sah Solat – Jakim & Mufti Wilayah