Doa dan Cara Solat Dhuha Ringkas – Rumi

Solat Dhuha mempunyai banyak kelebihannya yang tersendiri. Ia dilakukan pada waktu matahari baru terbit. Solat sunat ini dianggap sebagai ganti kepada sedekah yang perlu dilakukan oleh setiap sendi yang ada pada tubuh badan manusia. Cara Solat Dhuha

Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: Setiap sendi pada tubuh badan kamu perlu bersedekah. Kesemuanya itu dapat diganti dengan mengerjakan solat sunat dhuha dua rakaat. – Hadis Riwayat Abu Zar

Solat Sunat Dhuha adalah salah satu solat sunat yang dianjurkan oleh Nabi Muhammad SAW. Solat ini dilakukan pada pagi hari setelah matahari naik sekitar satu hasta (sekitar 20 minit setelah matahari terbit) hingga sebelum masuk waktu zuhur.

Solat Sunat Dhuha dilakukan minimum 2 rakaat hingga maksimum 12 rakaat. Biasanya dilakukan dalam gandaan dua, misalnya 2, 4, 6, 8, 10, atau 12 rakaat.

Daripada Abu Hurairah ra katanya: Kekasihku Nabi Muhammad SAW berwasiat kepadaku dengan tiga perkara, puasa tiga hari dari setiap bulan, dua rakaat dhuha dan aku solat witir sebelum aku tidur. – Hadis Riwayat Bukhari

Daripada Aisyah ra: Rasululllah SAW solat dhuha empat rakaat, dan Baginda menambah mengikut apa yang Baginda suka. – Hadis Riwayat Muslim

Daripada Ummu Hani binti Abi Talib: Sesungguhnya Rasulullah SAW pada hari pembukaan Makkah, sesungguhnya Baginda solat sunat dhuha lapan rakaat, dan Baginda memberi salam setiap selepas dua rakaat. – hadis Riwayat Baihaqi

Dalil Hadis Nabi Kelebihan Solat Sunat Dhuha

Daripada An-Nawas bin Sam’an, katanya aku mendengar Rasulullah mengatakan, Allah menjelaskan, maksudnya: Wahai anak Adam, jangan kamu tidak berupaya mengerjakan empat rakaat dhuha pada awal siang. Sekiranya engkau laksanakannya, nescaya Aku pelihara kamu pada petang hari itu – Hadis Riwayat Abu Daud dan at Tirmizi.

Daripada Uqbah bin Amir, Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: Sesiapa yang bermusafir ketika matahari sedang naik, berwuduk dengan sempurna, kemudian menunaikan solat dua rakaat, nescaya diampunkan segala dosanya. Dia menjadi bersih daripada dosa seperti budak yang baru dilahirkan ibunya. – Hadis Riwayat Abu Ya’la

Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: Setiap manusia dilengkapi dengan 360 tulang sendi. Dia mesti mengeluarkan sedekah bagi setiap sendi. Sahabat bertanya, ‘Siapakah yang mampu berbuat demikian wahai Rasulullah?’ Baginda menjawab, ‘Orang yang menghapuskan kahak dengan mengambusnya dengan tanah di dalam masjid ataupun saudara membuang sesuatu yang menggangu orang di jalan. Sekiranya kamu tidak mampu melaksanakan perkara itu, maka tunaikan solat dua rakaat dhuha. Ia dapat melunaskan semua sedekah itu.’ – Hadis Riwayat Ahmad dan Abu Daud

Rasulullah bersabda, maksudnya: Setiap pagi, semua anggota sendi kamu menampilkan amal sedekah. Bagi melunaskan kewajipan itu, ketahuilah bahawa setiap tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, setiap takbir adalah sedekah, amar makruf adalah sedekah, nahi mungkar adalah sedekah. Namun, semua itu tertunai dengan mengerjakan dua rakaat solat sunat dhuha. – Hadis Riwayat muslim

Waktu Solat Dhuha

Waktu solat sunar dhuha bermula ketika matahari berada pada ketinggian 3 meter atau 22.5 darjah, iaitu pada pukul 8.15 pagi hingga masuk waktu zuhur. Waktu paling afdal ialah pada ketika matahari berada pada ketinggian 45 darjah iaitu 1/4 daripada waktu siang.

Bilangan Rakaat Solat Dhuha

Solat dhuha ini dilakukan sekurang-kurangnya sebanyak 2 rakaat dan sebanyak-banyak 12 rakaat.

Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: Sekiranya kamu bersolat dhuha dua rakaat, kamu tidak ditulis sebagai orang yang lupa. Sekiranya kamu bersolat empat rakaat, kamu pasti ditulis sebagai orang yang baik. Sekiranya kamu bersolat enam rakaat, kamu pasti ditulis sebagai orang yang beribadah. Sekiranya kamu bersolat lapan rakaat, kamu pasti ditulis sebagai orang yang berjaya. Sekiranya kamu bersolat sepuluh rakaat, kamu tidak ditulis sebagai orang yang berdosa pada hari itu. Sekiranya kamu bersolaty dua belas rakaat, maka Allah akan membina sebuah rumah untuk kamu di dalam syurga. – Hadis Riwayat al-Baihaqi

Baca: Niat, Doa, Rukun dan Cara Solat Jenazah Ringkas

Cara Solat Dhuha Ringkas (2 Rakaat)

1.Berdiri tegak menghadap kiblat. Lafaz dan niat Solat Sunat Dhuha yang ingin didirikan.

Doa dan Cara Solat Dhuha Ringkas - Rumi

2.Mengangkat takbiratulihram, ‘Allahu Akhbar’ sambil berniat ‘Sahaja aku solat sunat dhuha 2 rakaat kerana Allah ta’ala

3.Membaca Surah Al Fatihah

(Bergambar) Cara, Doa dan Niat Solat Isyraq Rumi

4.Membaca Surah Al Syam atau Surah Al Kafirun

Doa dan Cara Solat Dhuha Ringkas - Rumi

5.Rukuk

Doa, Niat dan Cara Solat Tahajud Ringkas - Rumi

Baca: 10 Contoh Pantun Nasihat – Bergambar

6.Iktidal

Dalil, Niat dan Cara Solat Sunat Rawatib - Rumi

7.Sujud pertama

Dalil, Niat dan Cara Solat Sunat Rawatib - Rumi

8.Duduk antara dua sujud

Dalil, Niat dan Cara Solat Sunat Rawatib - Rumi

9.Sujud Kedua

Dalil, Niat dan Cara Solat Sunat Rawatib - Rumi

10.Qiam rakaat kedua, mengangkat takbiratulihram, ‘Allahu Akhbar’

1.Membaca Surah Al Fatihah

Dalil, Niat dan Cara Solat Sunat Rawatib - Rumi

2.Membaca Surah Ad Dhuha atau Surah al Ikhlas

Doa dan Cara Solat Dhuha Ringkas - Rumi
Doa dan Cara Solat Dhuha Ringkas - Rumi

3.Rukuk

Dalil, Niat dan Cara Solat Sunat Rawatib - Rumi

Baca: 10 Contoh Pantun Nasihat – Bergambar

4.Iktidal

Solat Sebelum Subuh

5.Sujud pertama

Dalil, Niat dan Cara Solat Sunat Rawatib - Rumi

6.Duduk antara dua sujud

(Bergambar) Cara, Doa dan Niat Solat Isyraq Rumi

7.Sujud Kedua

Solat Sebelum Subuh

8. Duduk tawarruk dan membaca tahiyat akhir

Doa, Niat dan Cara Solat Tahajud Ringkas - Rumi
Solat Sebelum Subuh

9.Memberikan salam

Palingkan muka ke sebelah kanan, dan ucapkan salam

“Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh”

Palingkan muka ke sebelah kiri, dan ucapkan salam

“Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh”

Solat Sebelum Subuh

Kepada mereka yang ingin melaksanakan Solat Sunat Dhuha lebih daripada dua rakaat, hendaklah dia terus bangun untuk menambah dua rakaat lagi setelah selesai solat dua rakaat yang pertama dan seterusnya.

Doa Selepas Solat Sunat Dhuha

Cara Solat Dhuha Doa
Cara Solat Dhuha doa

Solat Sunat Dhuha merupakan ibadah sunat yang dianjurkan untuk mendapatkan pahala dan juga sebagai bentuk rasa syukur kepada Allah SWT. Dengan melakukan solat sunat Dhuha, ia dapat memberikan ketenangan hati dan meningkatkan keberkatan serta keredhaan dalam kehidupan sehari-hari.

Cara Solat Dhuha Cara Solat Dhuha