Doa Iftitah Rumi (Download)

Umumnya, Doa Iftitah dibaca pada rakaat pertama sahaja iaitu dibaca setelah Takbiratul Ihram dan sebelum surah Al Fatihah. Namun, jika seorang lupa membaca doa Iftitah pada rakaat pertama maka boleh membacanya di rakaat kedua.

Hukum Membaca Doa Iftitah adalah SUNAT. Ia boleh dibaca ketika mendirikan solat fardu dan solat sunat. Ini sebagaimana yang dinyatakan oleh Imam al-Nawawi:

“Ketahuilah bahawa semua doa-doa ini (pelbagai versi doa iftitah dalam hadis) hukumnya sunat dalam solat wajib mahupun solat sunat.” (Lihat al-Azkar, 1/107).

Doa Iftitah ini merupakan doa pembuka yang disunnahkan untuk dibaca sebelum memulai solat. Doa ini menunjukkan keagungan dan kebesaran Allah, sambil juga menyatakan rasa syukur dan perlindungan kepada-Nya. Dengan membaca doa Iftitah, seorang Muslim mengakui kebesaran dan keagungan Allah serta memperkuat kekhusyukan tatkala mengerjakan solat.

Baca: Bergambar: 5 Hadis Kelebihan Surah Yasin

Doa Iftitah (Rumi)

Allaahu Akbaru Kabiiraw
Walhamdu Lillaahi KatSiiRaw
Wa SubHaaNallaaHi Bukrataw-Wa AsiiLa.

WajjahTu WajHiya LillaDzii FaThaRas-SaMaaWaaTi Wal Ardh
Haniifam-Muslimaw Wamaa Anaa Minal MusyRikiin.

Inna SolaaTii Wa Nusukii Wa MahYaaYa Wa MaMaaTii Lillaahi Robbil ‘AaLamiin.
Laa SyariiKaLahu Wa BiDzaaLika UmirTu Wa Anaa Minal Muslimiin

Doa Iftitah Rumi

Baca: Himpunan Doa Murah Rezeki

Terjemahan Doa Iftitah Dalam Bahasa Melayu

Allah Maha Besar, segala puji bagi Allah.

Maha Suci Allah pagi dan petang.

Aku hadapkan mukaku kepada Tuhan yang menciptakan langit dan bumi, hal keadaannya bersih dalam Islam.

Tidaklah aku dari golongan orang-orang yang mensyirikkan Tuhan.

Sesungguhnya sembahyangku, ibadahku, hidup dan matiku bagi Allah, Tuhan yang memiliki alam keseluruhannya.

Tidak ada bersekutu denganNya sesuatu dan dengan demikian aku disuruh dan aku dari golongan muslimin.

Doa Iftitah Rumi

Carian Berkaitan: Doa Iftitah Rumi