Solat Istikharah ialah solat sunat sebanyak 2 rakaat yang boleh dilakukan pada waktu-waktu yang tidak makruh. Istikharah juga merupakan tabiat orang yang beriman dalam menghadapi urusan untuk membuat pilihan yang tepat.
Solat Istikharah merupakan solat sunat yang diamalkan oleh umat Islam apabila mereka berada dalam situasi memerlukan bimbingan dari Allah SWT ketika hendak membuat keputusan penting dalam kehidupan, seperti pernikahan, pekerjaan, atau keputusan lain yang penting.
Istikharah bermaksud memohon kepada Allah untuk memberikan petunjuk yang terbaik dalam memilih sesuatu yang dirasa baik untuk diri sendiri.
Solat sunat istikharah afdal dilakukan sebanyak 2 rakaat. Perkara ini sebagaimana yang telah disepakati oleh empat mazhab. Namun, diharuskan sekiranya seseorang hendak melakukan lebih daripada dua rakaat.
Baca: Niat Solat Asar dan Panduan Menunaikannya – Rumi & Jawi
Solat sunat ini boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja yang mahu sesuatu perkara yang harus sedangkan dia tidak mengetahui kebaikan perkara tersebut. Selepas solat Istikharah, sunat untuknya berdoa dengan doa yang ma’thur. Solat ini seeloknya dilakukan sebanyak 7 kali.
Sabda Nabi Muhammad SAW, Maksudnya: Antara kebahagiaan anak Adam adalah sentiasa beristikharah kepada Allah pada setiap urusannya. Antara perkara yang menyebabkan kecelakaannya adalah tidak beristikharah pada setiap urusan. – Hadis Riwayat At Tirmizi.
Anas melaporkan bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda,
Maksudnya: Apabila kamu bercadang melakukan sesuatu perkara, maka beristikharahlah kepada Allah sebanyak 7 kali. Kemudian, lihatlah apa yang terlintas dalam hati kamu. maka itulah yang ada kebaikannya.
Doa Ringkas Solat Istikharah – Jawi, Rumi dan Terjemahan Bahasa Melayu
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَخِيرُكَ بِعِلْمِكَ وَأَسْتَقْدِرُكَ بِقُدْرَتِكَ وَأَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ الْعَظِيمِ فَإِنَّكَ تَقْدِرُ وَلَا أَقْدِرُ وَتَعْلَمُ وَلَا أَعْلَمُ وَأَنْتَ عَلَّامُ الْغُيُوبِ اللَّهُمَّ إِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الْأَمْرَ خَيْرٌ لِي فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي أَوْ قَالَ عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِلِهِ فَاقْدُرْهُ لِي وَيَسِّرْهُ لِي ثُمَّ بَارِكْ لِي فِيهِ وَإِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الْأَمْرَ شَرٌّ لِي فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي أَوْ قَالَ فِي عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِلِهِ فَاصْرِفْهُ عَنِّي وَاصْرِفْنِي عَنْهُ وَاقْدُرْ لِيَ الْخَيْرَ حَيْثُ كَانَ ثُمَّ أَرْضِنِي
Allahumma inni astakhiruka bi ilmika wa astaqdiruka biqudratika wa as’aluka min fadlika al-‘azimi, fa innaka taqdiru wa la aqdiru, wa ta’lamu wa la a’lamu, wa anta ‘allamu l-ghuyub. Allahumma in kunta ta’lamu anna hadha-l-amra khayrun li fi dini wa ma’ashi wa’aqibati amri, faqdirhu li, wa yassirhu li, thumma barik li fihi. Wa in kunta ta’lamu anna hadha-lamra sharrun li fi dini wa ma’ashi wa’aqibati amri, fasrifhu anni, wasrifni anhu, waqdir liyal-khayra haythu kana, thumma ardini.
Wahai Allah, sesungguhnya aku meminta pilihan daripada ilmu-Mu, dan meminta kuasa daripada kuasa-Mu, dan aku memohon anugerah yang besar daripada-Mu. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa, sedangkan aku tidak mampu (melainkan dengan pertolongan-Mu). Engkau Maha Mengetahui, sedangkan aku tidak mengetahui, dan Engkau sahaja yang mengetahui segala yang ghaib. Wahai Allah, jika Engkau mengetahui bahawa perkara ini baik bagiku dalam agamaku, kehidupanku
3 Cara Solat Istikharah
- Yang paling masyhur dan disepakati di kalangan 4 mazhab iaitu solat sunat 2 rakaat dengan niat istikharah. Kemudian diikuti dengan doa yang ma’thur selepas itu.
- Ulama Hanafi, Maliki dan al-Syafie berpendapat, harus dengan doa sahaja tanpa solat.
- Sebahagian ulama Hanafi dan al- Safie tidak menjelaskan tetapi berpendapat: Harus doa selepas mana-mana solat. Dan doa yang disertakan dengan niat adalah lebih utama.
- Panduan Lengkap Solat Sunat Ihram: Persediaan Ibadah Umrah dan Haji
- Ucapan & Pantun Hari Raya Aidiladha 2024
- Hari Wukuf: Doa Pada Hari Arafah JAKIM
- Doa Untuk Orang Berangkat Haji Sesuai Sunnah: Mabrur
- Ucapan Haji Mabrur: Doa & Harapan Jemaah Haji Malaysia
Waktu Makruh Untuk Menunaikan Solat Sunat Istikharah
- Selepas Solat Subuh
- Ketika matahari tepat di atas kepala
- Selepas solat asar
Waktu Terbaik Untuk Menunaikan Solat Istikharah
- Waktu malam sebelum mengerjakan solat sunat Witir
1.Berdiri tegak menghadap kiblat. Sunat melafazkan niat dalam bahasa Arab
Ejaan Rumi Niat Solat Sunat Istikharah: Usolli Sunnatal Istikharati Rak’ataini Lillahi Ta’ala
Maksud Terjemahan Niat Solat Sunat Istikharah: Sahaja aku solat sunat istikharah dua rakaat kerana Allah Taala.
2. Angkat tadbir sambiat berniat solat sunat istikharah dua rakaat kerana Allah. Niat solat sunat Istikharah serentak dengan takbiratulihram, ‘Allahu Akhbar’
3. Membaca Surah Al Fatihah
4. Membaca apa-apa surah. Contohnya seperti Surah Al Kafirun
5. Rukuk
6. Iktidal
7. Sujud Pertama
8. Duduk antara dua sujud
Baca: 50 Pantun Lawak Cinta Pecah Perut – Jenaka
9. Sujud kedua
10. Bangun untuk rakaat kedua
1.Membaca Surah Al Fatihah
2.Membaca apa-apa surah. Contohnya seperti Surah Al Ikhlas
3. Rukuk
4. Iktidal
5. Sujud Pertama
6. Duduk antara dua sujud
7. Sujud kedua
8.Duduk tawarruk dan membaca tahiyat akhir
9.Memberi salam
Alhamdulillah, Selesai Solat Sunat Istikharah. Berikut merupakan Doa selepas solat sunat Istikharah (berdasarkan kepada hadis Nabi Muhammad SAW sepertimana yang direkodkan oleh Ibnu Majah / Bukhari)
Doa Selepas Solat Sunat Istikharah – Rumi, Jawi dan Maksud Terjemahannya
، وَتَعْلَمُ وَلا أَعْلَمُ ، وَأَنْتَ عَلامُ الْغُيُوبِ. اللَّهُمَّ إِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الأَمْرَ (دسبوتكن اتو دنيتكن حاجتث دسيني) خَيْرٌ لِي فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي وَعَاجِلهِ وَآجِلِهِ ، فَاقْدُرْهُ لِي وَيَسِّرْهُ لِي ثُمَّ بَارِكْ لِي فِيهِ ، وَإِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الأَمْرَ شَرٌّ لِي فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي وَعَاجِلِهِ وَآجِلِهِ ، فَاصْرِفْهُ عَنِّي وَاصْرِفْنِي عَنْهُ ، وَاقْدُرْ لِي الْخَيْرَ حَيْثُ كَانَ ، ثُمَّ رَضِّنِي بِهِ.
Ertinya: “Ya Allah sesungguhnya aku memohon daripadaMu pilihan (kebaikan) dengan pengetahuanMu dan aku memohon agar Engkau menjadikan aku mampu (untuk melaksanakan urusan) dengan kekuasaanMu yang Agung. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkau Maha Mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah, jika Engkau mengetahui bahawa urusan ini (disebutkan atau diniatkan hajatnya di sini) baik bagiku di dalam agamaku, kehidupanku, kesudahan urusanku, segeranya dan kelambatannya, maka jadikanlah aku mampu untuk melaksanakannya dan mudahkanlah ia bagiku kemudian berkatilah aku di dalamnya. Jika Engkau mengetahui bahawa urusan ini buruk bagiku di dalam agamaku, kehidupanku, kesudahan urusanku, segeranya dan kelambatannya, maka palingkanlah ia daripadaku dan palingkanlah aku daripadanya dan jadikanlah kebaikan itu bagiku di mana-mana pun, kemudian jadikanlah aku redha terhadapnya.”
Carian Berkaitan: Cara Solat Istikharah