Doa, Niat dan Cara Solat Tahajud Ringkas – Rumi

Solat tahajud merupakan solat sunat yang dilakukan pada waktu malam iaitu selepas Isyak setelah bangun daripada tidur. Ia juga dikenali sebagai Qiamullail. Ia melibatkan beberapa rakaat solat dengan bacaan doa-doa tertentu.

Melaksanakan solat tahajud juga dapat memperkuat hubungan dengan Allah swt, memperbaiki akhlak, dan menguatkan keyakinan terhadap kekuasaan yang Maha Esa. solat tahajud ringkas

Firman Allah SWT, maksudnya: Sebenarnya solat dan ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa), dan lebih tetap betul bacaannya. – Surah al-Muzzammil: 6

Hukum Solat Tahajud

Semua ulama bersepakat bahawa solat Qiamullail atau Tahajud hukumnya sunat muakkad. Walaupun begitu, para ulama serta orang-orang soleh amat menitikberatkannya serta tidak meninggalkannya dek kerana kelebihan dan fadhilatnya yang sanagt besar.

Dalil dan Pensyariatan yang menyuruh orang beriman supaya bangun pada waktu malam.

Firman Allah SWT, Maksudnya: Dan dari waktu malam hendaklah engkau bertahajud, sebagai solat tambahan bagimu, semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkan engkau di tempat yang terpuji. – Surah Al- Isra 17:79

Daripada Abu Hurairah ra, bahawasanya Rasulullah berkata, maksudnya: Baginda ditanya mengenai solat yang lebih utama selepas solat fardu, dan puasa yang lebih utama selepas puasa bulan Ramadan. Jawab Baginda ialah Solat pada waktu malam dan puasa yang paling afdal selepas puasa pada bulan Ramadan ialah puasa bulan Allah, bulan Muharram – Hadis Riwayat Muslim.

Firman Allah SWT, maksudnya: Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan sembahyah tahajud dan amal-amal soleh); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaan-Nya) serta Dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredaan-Nya); dan mereka selalu pula mendermakan sebagaian dari apa yang Kami beri kepada mereka. – Surah al-Sajdah: 16

Baca: (Bergambar) Cara, Doa dan Niat Solat Isyraq Rumi

Waktu paling baik untuk menunaikan Solat Tahajud

Daripada Abu Hurairah ra, bahawa Rasulullah bersabda, maksudnya” Allah SAW, Tuhan kita turun ke langit dunia setiap malam, ketika tinggal lagi satu pertiga malam yang akhir, kata-Nya: ‘Sesiapa yang berdoa kepada-Ku maka Aku akan perkenankan, sesiapa yang meminta kepada-Ku, Aku akanberikan kepadanya, dan sesiapa yang meminta ampun kepada Aku, Aku beri ampun kepadanya’ – Hadis Riwayat Bukhari.

Nabi Muhammad bersabda, maksudnya: Bahawasanya Allah menangguhkan sehingga apabila berlalu satu pertiga malam yang pertama Allah turun ke langit dunia dan berkata: Adakah terdapat orang yang meminta ampun, adakah terdapat orang yang bertaubat, adakah terdapat orang yang meminta dan adakah terdapat orang yang berdoa sehinggalah terbit fajar. – Hadis Riwayat Muslim

Cara Menunaikan Solat Sunat Tahajud Ringkas

1.Berdiri tegak menghadap kiblat. Lafaz dan niat solat sunat Tahajud

Doa, Niat dan Cara Solat Tahajud Ringkas - Rumi

2.Mengangkat takbiratulihram, ‘Allahu Akhbar’ sambil berniat ‘Sahaja aku solat Tahajud dua rakaat kerana Allah Taala’.

3.Membaca Surah Al Fatihah

(Bergambar) Cara, Doa dan Niat Solat Isyraq Rumi

4.Membaca apa-apa surah atau ayat Al Quran. Contohnya Surah An Nas

Doa, Niat dan Cara Solat Tahajud Ringkas - Rumi

5.Rukuk

Doa, Niat dan Cara Solat Tahajud Ringkas - Rumi

Baca: 10 Contoh Pantun Nasihat – Bergambar

6.Iktidal

7.Sujud pertama

8.Duduk antara dua sujud

9.Sujud Kedua

10.Qiam rakaat kedua, mengangkat takbiratulihram, ‘Allahu Akhbar’

1.Membaca Surah Al Fatihah

2.Membaca apa-apa surah atau ayat Al Quran. Contohnya Surah Al Kausar

3.Rukuk

Baca: 10 Contoh Pantun Nasihat – Bergambar

4.Iktidal

5.Sujud pertama

6.Duduk antara dua sujud

(Bergambar) Cara, Doa dan Niat Solat Isyraq Rumi

7.Sujud Kedua

8. Duduk tawarruk dan membaca tahiyat akhir

Doa, Niat dan Cara Solat Tahajud Ringkas - Rumi
Doa, Niat dan Cara Solat Tahajud Ringkas - Rumi

9.Mengucap salam

Doa, Niat dan Cara Solat Tahajud Ringkas - Rumi

Alhamdulillah. Selesai

Doa Solat Tahajud (Ringkas)

Rabbana aatina fid-dunya hasanatan wa fil ‘akhirati hasanatan waqina ‘adhaban-nar.

Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami daripada seksa api neraka.

Doa Selepas Solat Sunat Tahajud (Panjang)

Alhamdulillahillazi Ja’ala Yauma ‘Aafiyatan WaJaa Asy-syamsa Min Matla’ihaa, Allahummar Zuqni Khairo Haazal Yauma, Wadfa’ Annii Syarrohu. Allahumma Nawwir Qalbi Binuuri Hidaayatika Kama Nawwartal Ardho Binuuri Syamsika Abadan Abadaa Birahmatika Ya Arhamar-rohimin.

Maksudnya: Segala puji kembali pada Allah, yang telah menjadikan hari ini sejahtera dan telah terbit matahari dari tempat terbitnya. Ya Allah, berilah aku kebaikan hari ini dan jauhkan daripadaku keburukan hari ini. Ya Allah, terangilah hatiku dengan cahaya hidayahMu sebagaimana telah Engkau terangi bumi dengan cahaya matahariMu terus-menerus dengan rahmatMu, Ya Tuhan Yang Maha Pengasih.

Doa, Niat dan Cara Solat Tahajud Ringkas - Rumi
Doa, Niat dan Cara Solat Tahajud Ringkas - Rumi
Doa, Niat dan Cara Solat Tahajud Ringkas - Rumi

Carian Berkaitan: Doa, Niat dan Cara Solat Tahajud Ringkas – Rumi Doa