(Download) Doa Selepas Yasin pdf – Rumi

Surah Yasin, juga dikenali sebagai “Hati al-Quran,” adalah surah yang ke-36 dalam al-Quran. Ia adalah surah Makkiyah, bermakna ia diturunkan kepada Nabi Muhammad di Mekah.

Surah Yasin ini diamalkan oleh umat Islam di seluruh dunia, terutamanya pada masa kesulitan dan mohon dipermudah urusan, kerana ia dipercayai membawa makna kerohanian serta keberkatan yang besar.

Surah Yasin terkenal kerana impak kerohanian yang mendalam bagi mereka yang membaca dan menghayati isi kandungan yang ada pada ayat-ayatnya. Surah ini menekankan kesatuan Allah, kepentingan iman, dan konsep pertanggungjawaban pada hari Akhirat.

Umat Islam percaya bahawa membaca Surah Yasin mempunyai pelbagai manfaat. Ini termasuklah dalam ikhtiar mencari pengampunan atas dosa seseorang, meringankan kesulitan, dan mencari rahmat dan keberkatan dari Allah yang Maha Esa. Ia sering dibaca pada ketika kesedihan, penyakit, atau kesusahan sebagai ikhtiar untuk mencari ketenangan dan mencari rahmat serta belas kasihan Ilahi.

Secara keseluruhannya, Surah Yasin memegang tempat yang penting dalam hati umat Islam sebagai sumber keselesaan, panduan, dan ketenangan rohani serta sebagai peringatan tentang rahmat dan kuasa Allah swt.

Doa Selepas Yasin (Rumi) Versi Panjang

Alhamdulillahi Rabbil ‘Aalamin Hamdan YuwaaFi Ni’aMahu WaYuKaaFi’u MaziiDah, Ya Rabbana LakalHamdu Kama YamBaghii Lijalali WajHika Wa ‘AziiMi Sulthonik.

Allahumma Solli Wassalim ‘Alaa Sayyidina Muhammadin Wa ‘Alaa Aalihi Wasohbihi Ajma’in.

Allahumma Bihaqqi Yasinn.. Wal Qur-Aa-nil hakim, wabimanih tartahu BirriSaalati WannuBuwwati Wal Wilaayati Wal Hidaayati iLaa SirooTikal Mustaqim, Wa Bijamii’i Maa Jaa Abihi Minka Jibrill, TanZiiLal-Azii-Zirra-Him.

WabiHawasSil-HuruuFi Wal Asmaa’it-Tamm-Maati Wabima AzharTa Fil WujuuDi Likulli Maujuudin Minal Aayatil BayyinaaTi, WabiKho-Fiyyi LutFikal Mufarriji ‘An Kulli MahMum, al-Mukhollisi Likulli Madyun, Yaa Mujriyal BiHaaRi Wal ‘Uyunn, Ya Mann KhoZaa-inahu Bainal KaaF-Fi Wan-nun, Wa ‘Aalima Bimaa KaaNa Qabla An Yakun.

WaNas Alukallah-Humma An TasLuka Binaa JaaDData ridhooKa, Wa An Taj’aLaaNa AhLan WaMahallal-lisa’AaDaTika Wa RhgiNaaKa, Wa An Tuyassiro Lana Jamii’Al MuRooDaaTi Wal MathoLiBi, Wan Taj’Al RiDhooKa ‘AnNaa KhoiRo MuSooHiBinn LaNaa WaRoFiqq, Wa An TutLifaNaa Bil JalaaLati Wal Mahabbah, Wa An TamunNa ‘Aalayna Bisur’Atil-iJaaBah.

IsTajiBillah-Humma Du’Aa Anaa Wa Haqqiq FiiKa RaJaa Anaa, Wa AdHilNa Fii HirZi LutFikal-Masunn Bisirri Qaulika InnaMaa AmRuHuu iZaa AraaDa Syaii-An An YaQuuLa-Lahu Kun FayaKun, fa subḥānallażī biyadihī malakūtu kulli syai’iw wa ilaihi turja‘ūn, SubHaaNal-MuNafFisi ‘An Kulli Mahmumm, SubHaaNal-MuNafFisi ‘An Kulli MadYunn, SubHaaNaMan AmRuHuu, iZaa ARaaDa Syai-An An YaQuuLa-Lahu Kun FaYaKun.

Ya MuFarriJal Hummum, Ya MuFarriJu Farrij, Ya MuFarriJu Farrij, Farrij ‘AnNaa HuMuuMaNaa Ya Hayyu Ya Qayyum, Ya DzalJalali Wal Iqramm.

Wasollallahu ‘Alaa Sayyidina Muhammadin, Wa ‘ALaa Aalihi Wasohbihi Wassalam, Walhamdulillahi Robbil-‘AaLaMinn.

(Klik) Muat Turun – Doa Selepas Yasin PDF (Rumi dan Terjemahan)

Terjemahan Doa Selepas Yasin (Versi Panjang)

Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam, pujian yang memadai dan menyamai akan pertambahan segala nikmatNya.

Wahai Tuhan kami, untukMu segala puji sebagaimana layak kebesaran dan kehebatan kekuasaanMu.

Ya Allah, kami pohon selawat dan salamMu ke atas penghulu kami Nabi Muhammad dan ke atas keluarga serta sahabat Baginda semuanya.

Ya Allah, dengan keberkatan Surah Yasin dan kitab Al-Quran yang penuh hikmat dan sesiapa yang Engkau pilih untuk membawa risalah, kenabian, penolong dan petunjuk hingga Sirat al-MustaqimMu.

Dengan kitab Al-Quran yang dibawa oleh Malaikat Jibril, dan dengan kekuatan huruf-huruf dan nama-nama yang sempurna yang Engkau miliki dan dengan apa yang Engkau perjelaskan dalam Al-Quran tentang kewujudan setiap tanda-tanda yang menunjukkan (kewujudanNya), dan dengan limpah kurniaMu dapat menghilangkan keluh kesah dan dapat menyelesaikan beban hutang.

Wahai Tuhan yang mengendalikan pergerakan laut dan matahari, Wahai Tuhan yang menjadikan khazanahNya di antara huruf kaf dan nun, Tuhan yang Maha Mengetahui sebelum dan selepas sesuatu keadaan.

Kami memohon kepadaMu Ya Allah agar membuka ruang keredhaanMu, jadikanlah kami bersatu padu memuji dan memuja kekayaanMu agar Engkau permudahkan segala kehendak dan permintaan kami.

Engkau jadikanlah keredhaanMu sebagai teman hidup kami dan dengan limpah kebesaranMu Engkau tunaikan permintaan kami secepat mungkin, perkenanlah doa kami Ya Allah dan benarkanlah harapan kami disisiMu dan masukkanlah kami ke dalam rahsia firmanMu.

Sesungguhnya pekerjaanMu apabila mengkehendaki sesuatu hanya dengan berkata: JADI, maka jadilah ia.

Maha Suci Tuhan yang menguasai setiap sesuatu dan kepadaNyalah Kembali semuanya.

Maha Suci Tuhan yang dapat menghapuskan segala dukacita, Maha Suci Tuhan yang dapat menghilangkan kesusahan dan Maha Suci Tuhan yang dapat menyelesaikan beban hutang dan Maha Suci Tuhan yang kerjaNya apabila mengkehendaki sesuatu hanya dengan berkata: JADILAH, maka jadilah.

Wahai Tuhan yang menghilangkan dukacita, hilangkan, hilangkan. Ya Tuhan yang menghilangkan dukacita. Wahai yang menghilangkan, hilangkanlah, Wahai yang menghilangkan, hilangkanlah, hilangkanlah dari kami dukacita.

Wahai Tuhan Yang Hidup, Yang Kekal dan Yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan.

Dan Allah telah beri rahmat dan kesejahteraan ke atas penghulu kami Nabi Muhammad, keluarga dan sahabatnya. Dan segala pujian bagi Allah Tuhan semesta alam.

Baca: 50 Kata Kata Cinta Islami, Sedih, Terungkap Indah

Gambar – Doa Selepas Yasin (Rumi)

(Download) Doa Selepas Yasin pdf - Rumi
(Download) Doa Selepas Yasin pdf - Rumi
(Download) Doa Selepas Yasin pdf - Rumi
(Download) Doa Selepas Yasin pdf - Rumi