Orang yang meninggalkan puasa pada bulan ramadan (sengaja atau tidak sengaja) wajib untuk menggantikan puasa tersebut selama mana dia tidad berpuasa.
Ia termasuklah wanita yang tidak boleh berpuasa kerana keluar darah haid atau nifas. Kita digalakkan untuk segera ganti puasa Ramadan seawal yang mungkin.
Ganti Puasa Ramadan Untuk Orang yang Telah Mati
Barangsiapa yang tertinggal puasa Ramadan dan tidak sempat menggantikannya kerana telah menemui ajal, maka waris boleh membantu menggantikan / qada puasa si mati itu.
Nabi Muhammad saw bersabda, maksudnya: Sesiapa yang mati dan baginya puasa yang masih belum berganti, maka walinyalah yang berpuasa baginya.
Hadis Riwayat Bukhari
Bersetubuh / Melakukan Hubungan Seks Pada Siang Hari Bulan Ramadan
Sekiranya melakukan hubungan seks pada siang hari bulan Ramadan, muslim tersebut perlu membayar denda yang disebut sebagai KAFARAH. Pada masa yang sama, puasanya pula perlu diganti. Namun, hanya kaum lelaki sahaja yang perlu membayar denda tersebut.
Kafarah ini perlu dilakukan secara berturut-turut. Terdapat juga pilihan kedua iaitu puasa selama 2 bulan berturut-turut. Namun, sekiranya tidak berkemampuan, maka pilihan ketiga iaitu memberi makan kepada 60 orang miskin.
Baca: 140 Islamic Quotes – Short, Heart Touching, Quran, Life and Love
Denda Kafarah
- Memerdekakan hamba; atau
- Berpuasa selama 2 bulan berturut-turut; atau
- Memberi makan kepada 60 orang miskin – bagi setiap orang miskin, diperuntukkan sebanyak 1 atau 2 cupak makanan seperti gandum, tamar, beras dll.
Pembayaran kafarah ini tidak tertakluk kepada berapa lama anda melakukan hubungan seks pada hari tersebut. Hitungannya ialah mengikut bilangan hari yang ditinggalkan puasa tersebut dek kerana melakukan persetubuhan.
Pembayaran fidyag adalah berdasarkan kepada firman Allah swt, maksudnya:
Maka ke atas orang yang (tidak) mampu berpuasa, iaitu fidyah dengan memberi makan kepada orang miskin
Surah al Baqarah, ayat 184
Bukan semua orang yang meninggalkan puasa perlu menggantikannya dengan fidyah. Ia hanya tertakluk kepada golongan tertentu sahaja. Pada masa sama, seseorang itu tetap perlu menggantikan atau qada puasa Ramadan yang telah ditinggalkan.
Perlu diingat, kafarah ini hanya mencakupi pada bulan Ramadan sahaja. Sekiranya ia dilakukan sewaktu berpuasa sunat, puasanya terbatal dan tidak perlu melakukan kafarah