Hadis Kelebihan 10 Hari Pertama Zulhijjah

Hadis Kelebihan 10 Hari Pertama Zulhijjah

Zulhijjah merupakan bulan terakhir di dalam kalendar Islam – Takwim Hijrah.

Ibadat Haji dilakukan di bulan ini dan Hari Raya Korban atau Hari Raya Aidiladha disambut pada setiap 10 Zulhijjah.

Baca: Contoh Bergambar – Waalaikumussalam Selamat Pagi

Hari Tasyrik iaitu hari ke-11,12, dan 13 Zulhijjah adalah diharamkan berpuasa bagi umat Islam kerana hari-hari tersebut merupakan “Hari Makan Minum”.

Bagi mereka yang sedang melakukan ibadah Haji dan sedang berwukuf di Arafah, hari ke-9 Zulhijjah juga adalah dilarang melakukan ibadah puasa.

Ibny Abbas berkata, Rasulullah SAW bersabda: ” Tiada hari-hari yang amalan soleh paling disukai oleh Allah SWT untuk dilakukan melainkan hari-hari ini – Baginda memaksudkan 10 hari terawal Zulhijjah-.” Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, walaupun jihad di jalan Allah tidak dapat menandinginya?” Baginda bersabda, :Walaupun jihad di jalan Allah tidak dapat menandinginya, melainkan seorang lelaki yang keluar berjihad berama hartanya, kemudian dia langsung tidak kembali.” – Hadis Riwayat al-Bukhari.

Baca: Koleksi Hadis Nabi Tentang Mimpi – Jumpa Nabi

Ibnu Umar ra, daripada Nabi Muhammad SAW, Baginda bersabda: “Tiada hari-hari yang lebih agung dan disukai oleh Allah untuk beramal soleh selain 10 hari ini. Maka, perbanyakkanlah tahlil, takbir dan tahmid padanya.” – Hadis Riwayat al-Imam Ahmad.

Abu Sa’id al-Khudri berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda ketika haji Wada dalam khutbahnya pada hari raya korban: “Ingatlah, sesungguhnya semulia-mulia hari ialah hari kamu ini (Arafah). Ingatlah, sesungguhnya semulia-mulia bulan ialah bulan kamu ini (Zulhijah). Ingatlah, sesungguhnya semulia-mulia tempat ialah tempat kamu ini (Makkah).” – Hadis Riwayat Imam Ahmad

Sesungguhnya Allah SWT bersumpah dengan 10 malam terawal Zulhijah dengan berfirman, ertinya: “Demi waktu fajar, dan 10 malam (serta hari terawal Zulhijah).” – Surah al-Fajr 89: 1-2