Hadis Sahih Nabi – Selawat Ke Atas Nabi Yang Betul – Rumi Jawi & Terjemahan Bahasa Melayu

Hadis Riwayat Imam Bukhari dan Muslim – Selawat Ke Atas Nabi

Abu Muhammad, nama sebenarnya Kaab bin Ujrah berkata, “Pada suatu masa Nabi Muhammad datang menemui kami, lalu kami bertanya kepada baginda, ‘Wahai Rasulullah, kami sudah tahu cara mengucapkan salam kepada tuan, tetapi bagaimanakah cara membaca selawat untuk tuan?’

Nabi Muhammad menerangkan, ‘Saudara ucapkanlah Allahumma soli ala Muhammad, waala ali Muhammad, kama sollaita ‘ala ali Ibrahim, innaka hamidum-majid. Allahumma barik ala Muhammad, waala ali Muhammad, Rama barakta ala ali Ibrahim, innaka hamidum-majid.

(Ya Allah, berikanlah selawat untuk Muhammad, dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau memberikan selawat untuk keluarga Ibrahim. Sesungguhnya, Engkau-lah Tuhan yang Maha Terpuji dan Mulia. Ya Allah, berikanlah berkat kepada Muhammad, dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau memberikan berkat kepada keluarga Ibrahim. Sesungguhnya, Engkau-lah Tuhan yang Maha Terpuji dan Mulia.)'”

Hadis Riwayat Imam Muslim – Selawat Ke Atas Nabi Yang Betul

Abu Mas ud al-Badri melaporkan, “Sewaktu kami sedang berada dalam majlis Saad bin Ubadah, Nabi Muhammad datang menemui kami. Bashir bin Saad bertanya kepada baginda, ‘Allah menyuruh kami membacakan selawat untuk tuan, wahai Rasulullah. Bagaimanakah cara membacakan selawat itu?’

Nabi Muhammad diam sebentar, sehingga kami berasa alangkah baiknya tadi sekiranya Bashir tidak bertanyakan hal itu, tetapi kemudian baginda berkata, ‘Saudara ucapkanlah Allahumma solli ala Muhammad, waala ali Muhammad, kama sollaita ala ali Ibrahim. Wa barik ala Muhammad, waala ali Muhammad, kama barakta ala ali Ibrahim, innaka hamidum-majid.

(Ya Allah, berikanlah selawat untuk Muhammad, dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau memberikan selawat untuk keluarga Ibrahim. Dan berikanlah berkat kepada Muhammad, dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau memberikan berkat kepada keluarga Ibrahim. Sesungguhnya, Engkau-lah Tuhan yang Maha Terpuji dan Mulia.)

Manakala berkenaan salam itu, bacalah sebagaimana yang saudara sudah ketahui.”

Baca: 5 Selawat yang boleh Dibaca Sewaktu Maulid Nabi

Hadis Riwayat Imam Bukhari dan Muslim – Selawat Ke Atas Nabi Yang Betul

Abu Humaid as-Sa’idi melaporkan, “Seorang sahabat bertanya, ‘Wahai Rasulullah, bagaimanakah caranya membaca selawat untuk tuan?’

Nabi Muhammad menjawab, ‘Saudara ucapkanlah Allahumma solli ala Muhammad, waala azwajibi wa zurriyatihi, kama sollaita ala ali Ibrahim. Wa barik ala Muhammad, waala azwajibi wa zurriyatibi, kama barakta ala ali Ibrahim, innaka hamidum-majid.

(Ya Allah, berikanlah selawat untuk Muhammad, dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau memberikan selawat untuk keluarga Ibrahim. Ya Allah, berikanlah berkat kepada Muhammad, dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau memberikan berkat kepada keluarga Ibrahim. Sesungguhnya, Engkau-lah Tuhan yang Maha Terpuji dan Mulia.)'”