
Hadis Pertama
Abdullah bin Umar dan Aisyah berkata, Nabi Muhammad pernah bersabda, maksudnya: Tidak henti-henti Jibril berpesan kepada saya supaya berbuat baik kepada jiran sehingga saya sangka seolah-olah Jibril mahu memasukkan jiran ke dalam golongan waris. – Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim
Hadis Kedua
Abu Zar berkata, Nabi Muhammad SAW bersabda kepadanya, maksudnya: Wahai Abu Za, apabila saudara memasak kuah, banyakkan airnya, kemudian hadiahkan kepada jiran-jiran saudara. – Hadis Riwayat Muslim

Koleksi Hadis Nabi Untuk Panduan Bersama
- 4 Hadis Nabi Tentang Hari Raya Korban – Aidiladha
- 22 Hadis Sahih Tentang Puasa Sunat (Bergambar)
- Hadis Nabi Tentang Haji Mabrur dan Umrah Mabrurah
- 21 Hadis Nabi Tentang Puasa – Riwayat Imam Muslim
- (Bergambar) 16 Hadis Sahih Imam Muslim Tentang Puasa
Hadis Ketiga
Abu Hurairah berkata, Nabi Muhammad bersabda: ‘Demi Allah, tidaklah beriman! Demi Allah, tidaklah beriman! Demi Allah, tidaklah beriman!’ Baginda ditanya, ‘Siapa, wahai Rasulullah?’ Baginda menjawab, ‘Orang yang jirannya tidak berasa selamat daripada kejahatannya.’ – Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim
Hadis Keempat
Rasulullah bersabda: Tidak masuk syurga, orang yang jirannya tidak selamat daripada kejahatannya. – Hadis Riwayat Muslim

Baca: Bergambar: Koleksi Ayat Quran & Hadis Kelebihan Selawat Ke Atas Nabi Muhammad
Hadis Kelima
Abu Hurairah berkata, Rasulullah bersabda: Wahai wanita-wanita Islam, jangan saling menghina antara jiran tetangga. Meskipun jiran puan-puan menghadiahkan sebhatang kaki kambing, jangan hina pemberian itu. – Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

Hadis Keenam
Abu Hurairah berkata, Nabi Muhammad bersabda: Sesiapa yang yakin kepada Allah dan hari akhirat, jangan dia menyakiti hati jirannya. Sesiapa yang yakin kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia memuliakan tetamunya. Sesiapa yang yakin kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia bercakap yang baik-baik ataupun diam sahaja. – Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim
Baca: 10 Zikir Selepas Solat Fardhu – Murah Rezeki
Hadis Ketujuh
Aisyah binti Abu Bakar berkata, “Saya bertanya kepada Rasulullah, ‘Wahai utusan Allah, saya mempunyai 2 orang jiran. Kepada jiran manakah saya patut beri hadiah?’ Baginda menjawab, ‘Kepada jiran yang pintunya paling dekat denganmu’.” – Hadis Riwayat Bukhari
Hadis Kelapan
Abdulllah bin Amru berkata, Nabi Muhammad bersabda: Di sisi Allah, sebaik-baik kawan adalah orang yang terbaik hubungannya dengan kawannya. Sebaik-baik jiran adalah orang yang terbaik pergaulannya dengan jirannya. – Hadis Riwayat at Tirmidzi