(Bergambar) 1001 Himpunan Panduan Solat Sunat dan Wajib

(Bergambar) 1001 Himpunan Panduan Solat Sunat dan Wajib

Hadis Kelebihan Solat Berjemaah

Abdullah bin Umar berkata, Rasulullah bersabda, maksudnya: Solat berkumpulan lebih baik daripada solat seorang diri. Kelebihan yang diperolehi adalah sebanyak 27 darjat. – Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

Abu Darda’ berkata, dia mendengar Rasulullah bersabda, maksudnya: Sekiranya dalam sebuah kampung ada 3 orang dan mereka tidak mendirikan solat berjemaah, sebenarnya mereka sudah dikalahkan oleh syaitan. Hendaklah saudara semua menunaikan solat secara berjemaah. Ini kerana kambing yang mengasingkan diri daripada kumpulannya lebih mudah dibaham oleh serigala. – Hadis Riwayat Abu Daud.

Koleksi Panduan Azan

Koleksi Panduan Solat Wajib dan Sunat

Koleksi Doa, Zikir dan Wirid

Hadis Kelebihan Menunggu Waktu Solat

Abu Hurairah melaporkan, Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, maksudnya: Malaikat sentiasa mendoakan seorang daripada saudara sekalian selagi beliau masih berada di tempat solatnya dan masih belum terbatal wuduknya. Malaikat itu mendoakan, ‘Ya Allah, ampunilah orang ini. Kasihanilah dia.’ – Hadis Riwayat Bukhari

Abu Hurairah melaporkan, Rasulullah bersabda: Seorang daripada saudara sekalian tetap dikira mendapat pahala yang sama seperti orang yang sedang solat, selagi mana dia duduk di tempat dia solat dengan tujuan menungggu solat yang lain. Dia tidak kembali ke rumahnya hanya kerana hendak menunggu solat yang selepas itu. – Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

(Bergambar) 1001 Himpunan Panduan Solat Sunat dan Wajib

Ayat al Quran dan Hadis Tentang Memelihara Solat Fardu yang Wajib

Peliharalah sembahyang-sembahyang yang wajib khususnya sembahyang asar. – Surah al-Baqarah ayat 238

Sekiranya orang kafir itu bertaubat, kemudian mereka mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat, lepaskanlah mereka. – Surah at Taubah ayat 5

Abdullah bin Mas’ud berkata: Saya bertanya kepada Rasulullah: ‘Yang manakah amalan paling utama?’ Baginda menjawab: ‘Solat tepat pada waktunya.’ Saya bertanya lagi: ‘Lagi, amalan apa?’ Baginda menjawab: ‘Berbakti kepada kedua ibu bapa.’ Saya bertanya lagi: ‘Lagi, amalan apa?’ Baginda menjawab: ‘Berjihad di jalan Allah’. – Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

Buraidah berkata, Nabi Muhammad SAW berkata: Perbezaan antara muslim dengan munafik adalah solat. Sesiapa yang meninggalakan solat termasuk golongan kafir. – Hadis Riwayat at Tirmidzi

Hadis Nabi tentang kewajipan melaksanakan solat dengan berpakaian

Daripada Ummu ‘Athiyah berkata, “Kami diperintahkan untuk mengajak keluar (wanita) haidh dan wanita yang sedang dikurung pada dua hari raya, sehingga mereka boleh menyaksikan jama’ah kaum Muslimin dan mendo’akan mereka, lalu menjauhkan wanita-wanita haidh daripada tempat solat mereka.” Seorang wanita bertanya, “Wahai Rasulullah, di antara kami ada yang tidak memiliki jilbab?” Beliau menjawab: “Hendaklah temannya meminjamkan jilbab miliknya kepadanya.” ‘Abdullah bin Raja’ berkata, ‘Imran telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Sirin telah menceritakan kepada kami Ummu ‘Athiyah telah menceritakan kepada kami, aku mendengar Nabi SAW bersabda seperti ini.” – Hadis Riwayat Bukhari

Hadis Nabi Tentang Tidur Dalam Masjid

Musaddad telah menceritakan kepada kami, katanya, Yahya telah menceritakan kepada kami, daripada Ubaidullah berkata, Nafi’ telah menceritakan kepadaku katanya, Abdullah bin Umar telah mengkhabarkan kepadaku bahawa beliau pernah tidur dalam masjid Nabi SAW, ketika itu dia seorang pemuda bujang yang belum mempunyai isteri. – – Hadis Riwayat Bukhari

Hadis Nabi Tentang Keutamaan Membangunkan Masjid

‘Amr bin ‘Uthman telah mengkhabarkan kepada kami katanya; telah menceritakan kepada kami Baqiyyah daripada Bahir daripada Khalid bin Ma’dan daripada Kathir bin Murrah daripada ‘Amr bin ‘Abasah bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa membangun masjid yang digunakan untuk berzikir kepada Allah, maka Allah Azza wa Jalla akan membangunkan sebuah rumah di syurga baginya.” – Hadis Riwayat Ibnu Majah

Hadis Nabi Tentang Berbangga-Bangga di Masjid

Suwaid bin Nashr telah mengkhabarkan kepada kami dengan katanya; telah memceritakan kepada kami ‘Abdullah bin Al-Mubarak daripada Hammad bin Salamah daripada Ayyub daripada Abu Qibalah daripada Anas bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Di antara tanda- tanda hari Kiamat adalah manusia bermegah-megahan dalam membangun masjid. – Hadis Riwayat Ibnu Majah

Hadis Nabi Tentang Keutamaan Solat di Masjid

Qutaibah telah menceritakan kepada kami katanya; Al-Laith telah menceritakan kepada kami daripada Nafi’ daripada Ibrahim bin ‘Abdullah bin Ma’bad bin ‘Abbas bahawasanya Maimunah – Isteri Nabi SAW berkata, “Barangsiapa solat di masjid Rasulullah SAW-sesungguhnya aku mendengar Rasulullah SAW bersabda- Solat di dalam masjid Rasulullah SAW lebih baik daripada seribu kali solat di masjid lain, kecuali masjid Ka’bah (Masjidil Haram).” – Hadis Riwayat Ibnu Majah

Hadis Nabi Tentang Keutamaan Datang ke Masjid

‘Amr bin ‘Ali telah menceritakan kepada kami katanya; Yahya telah menceritakan kepada kami dengan berkata; Ibnu Abu Dzi’b telah menceritakan kepada kami dengan berkata; Al Aswad bin Al-‘Alaa’ bin Jariyah Ats-Tsaqafi telah menceritakan kepada kami daripada Abu Salamah bin ‘Abdurrahman daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah SAW, beliau SAW bersabda “Ketika seseorang keluar daripada rumahnya menuju masjid, maka setiap langkah satu kakinya dicatat satu kebaikan dan daripada kakinya yang satu lagi sebagai penghapus satu kejahatan.” – Hadis Riwayat Ibnu Majah