Koleksi 10 Surah Lazim Rumi PDF & Terjemahan

“Surah Lazim” merujuk kepada surah-surah yang sering dibaca dalam solat, seperti Surah Al-Fatihah, Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq, dan Surah An-Nas.

Surah-surah ini adalah sebahagian daripada bacaan rutin dalam solat lima waktu bagi umat Islam.

Pada masa yang sama, Surah-surah ini adalah sebahagian daripada pengajaran asas dalam agama Islam dan merupakan bacaan yang penting dalam kehidupan seorang Muslim.

Hatta, surah-surah ini biasanya dihafal oleh orang Muslim pada usia muda, kerana ianya agak pendek dan mudah untuk dipelajari. Berikut adalah beberapa manfaat membaca surah lazim:

  • Sumber rahmat dan keberkatan dari Allah.
  • Membantu meningkatkan iman dan keyakinan.
  • Memberikan panduan dan perlindungan dari kejahatan.
  • Membantu menenangkan jiwa dan minda.
  • Membaca surah lazim adalah cara mudah untuk berhubung dengan Allah swt dan untuk meraih pelbagai manfaat, fadhilat dan ganjaran yang dijanjian. (Insya-Allah)

10 Surah Lazim Rumi PDF & Terjemahan

Berikut merupakan antara surah lazim yang selalu / popular

Pertama: Surah Al Iklhas

Koleksi 10 Surah Lazim Rumi dan Terjemahannya

Surah Al Ikhlas Rumi

  • QUL HUWALLAAHU AHAD
  • ALLAAHUS-SAMAD
  • LAM YALID WA LAM YUULAD
  • WA LAM YAKUL LAHU KUFUAN AHAD

Muat Turun : Koleksi 10 Surah Lazim PDF – Rumi / Terjemahan

Surah Al Ikhlas Rumi - Kelebihan

Terjemahan Surah Al Ikhlas

Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa, Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat, Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan, Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.

Kedua: Surah Al-Falaq

Surah Al Falaq

Surah Al Falaq Rumi

  • QUL A’UUDZU BI RABBIL FALAQ
  • MIN SYARRI MAA KHALAQ
  • WA MIN SYARRI GHAASIQIN IDZAA WAQAB
  • WA MIN SYARRIN-NAFFAA-TSAATI FIL-UQAD
  • WA MIN SYARRI HAASIDIN IDZAA HASAD

Terjemahan Surah Al Falaq

Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia. Yang Menguasai sekalian manusia, Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia, Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, (Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia.

Baca: Pengajaran Surah Al Fil Rumi dan Kelebihan

Ketiga: Surah An-Nas

Koleksi 10 Surah Lazim Rumi dan Terjemahannya

Surah An Nas Rumi

  • QUL A’UUDZU BI RABBIN-NAAS
  • MALIKIN-NAAS
  • ILAAHIN-NAAS
  • MIN SYARRIL WASWAASIL KHANNAS
  • ALLADZII YUWASWISU FII SHU-DUURIN-NAAS
  • MINAL JINNATI WAN-NAAS.

Terjemahan Surah An Nas

Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia. Yang Menguasai sekalian manusia, Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia, Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, (Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia.

Keempat: Surah Al-Kafirun

Surah Al Kafirun Rumi, Maksud dan Kelebihan

Baca: Salam Subuh Quotes dan Ucapan Selamat Pagi

Surah Al Kafirun Rumi

  • QUL YAA AYYUHAL KAAFIRUUN
  • LAA A’BUDU MAA TA’BUDUUN
  • WA LAA ANTUM AABIDUUNA MAA A’BUD
  • WA LAA ANA AABIDUN MAA ABADTUM
  • WA LAA ANTUM ABIDUUNA MAA A’BUD
  • LAKUM DIINUKUM WA LIYADIIN
Surah Al Kafirun Rumi, Maksud dan Kelebihan

Terjemahan Surah Al Kafirun

Katakanlah (wahai Muhammad): “Hai orang-orang kafir! “Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. “Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. “Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. “Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. “Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku”.

Kelima: Surah Al-Kausar

Surah Al Kausar Rumi, Maksud dan Kelebihnya

Surah Al Kausar Rumi

1) INNAA A’TAYNAAKAL-KAUTSAR

2) FASHALLI LIRABBIKA WANHAR

3) INNA SYAANI-AKA HUWAL ABTAR

Terjemahan Surah Al Kausar

Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat).Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur). Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, Dia lah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya).

Keenam: Surah Al-Asr

Maksud Surah Al Asr Rumi dan Kelebihannya

Surah Al Asr Rumi

  • WAL ASRI
  • INNAL INSAANA LAFII KHUSRIN
  • ILLAL-LADZIINA AAMANUU WA AMILUS-SHAALIHAATI, WA TA-WASHAW BIL-HAQQI WA TA WASHAW BIS-SHABRI.
Maksud Surah Al Asr Rumi dan Kelebihannya

Terjemahan Surah Al Asr

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Ketujuh: Surah An Nars

Maksud Surah An Nasr Rumi dan Kelebihannya

Surah An Nars Rumi

Idzaa jaa-a nashrullaahi wal fathu. Wa ra-aytan-naasa yad-khuluuna fii diinilaahi afwaajaa. Fasabbih bihamdi rabbika wastaghfirhu innahu kaana tawwaabaa.

Maksud Surah An Nasr Rumi dan Kelebihannya

Terjemahan Surah An Nars

Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai Negeri Makkah). Dan engkau lihat manusia masuk ugama Allah beramai-ramai. Maka, ucaplah tasbih dengan memuji Tuhanmu, dan mintalah ampun kepadanya, Sesungguhnya, Ia amat menerima taubat.

Kelapan: Surah Al-Fil

Pengajaran Surah Al Fil Rumi dan Kelebihan

Surah Al Fil Rumi

  • ALAM TARA KAYFA FA’ALA RABBUKA BI ASH-HAABIL FIIL
  • ALAM YAJ’AL KAYDAHUM FI TADHLIIL
  • WA ARSALA ALAYHIM THAY-RAN ABAABIIL
  • TARMIIHIM BI HIJAARATIN MIN SIJJIIL
  • FAJA’ALAHUM KA ASHFINMA-AKUUL.
Pengajaran Surah Al Fil Rumi dan Kelebihan

Terjemahan Surah Al Fil

Tidakkah engkau mengetahui bagaimana Tuhanmu telah melakukan kepada angkatan tentera (yang dipimpin oleh pembawa) Gajah, (yang hendak meruntuhkan Kaabah)? Bukankah Tuhanmu telah menjadikan rancangan jahat mereka dalam keadaan yang rugi dan memusnahkan mereka? Dan Ia telah menghantarkan kepada mereka (rombongan) burung berpasuk-pasukan, Yang melontar mereka dengan batu-batu dari sejenis tanah yang dibakar keras,Lalu Ia menjadikan mereka hancur berkecai seperti daun-daun kayu yang dimakan ulat.

Kesembilan: Surah Al-Maun

Surah Al Maun Rumi - Terjemahan dan Kelebihan

Surah Al Maun Rumi

  • ARA-AYTAL-LADZII YUKADZ-DZIBU BIDDIIN
  • FADZAALIKAL-LADZII YADU’UL-YATIM
  • WA LAA YAHUDHDHU ALAA THA’AAMIL MISKIIN
  • FAWAYLUN LIL-MUSHALLIIN
  • ALLADZIINAHUN AN SHA-LAATIHIM SAAHUUN
  • ALLADZIINAHUM YURAAUUN
Surah Al Maun Rumi - Terjemahan dan Kelebihan

Terjemahan Surah Al Maun

Tahukah engkau akan orang yang mendustakan agama (meliputi hari pembalasan)? Orang itu ialah yang menindas serta berlaku zalim kepada anak yatim, Dan ia tidak menggalakkan untuk memberi makanan yang berhak diterima oleh orang miskin. (Kalau orang yang demikian dikira dari bilangan orang-orang yang mendustakan agama), maka kecelakaan besar bagi orang-orang Ahli Sembahyang – (laitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya; (Juga bagi) orang-orang yang berkeadaan riak (bangga diri dalam ibadat dan bawaannya), Dan orang-orang yang tidak memberi sedikit pertolongan (kepada orang yang berhak mendapatnya).

Kesepuluh: Surah Al-Insyirah

Surah Insyirah Rumi serta Maksud Terjemahan

Surah Insyirah Rumi

Alam nashrah laka sadrak. Wawa dok naa’ anka wizrak. Allazi anqhadha dhahrak. Wa rafa na laka zikrak. Fa inna ma al usri yusraa. Inna na ma al usri yusraa. Faa iza faragta fansab. Waa ila rabbika fargab

Terjemahan Surah Insyirah

Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk)? Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam); Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)? Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)? Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain), Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).

Carian Berkaitan: Surah Lazim Rumi dan Terjemahannya