Dan hendaklah kamu merendah diri kepada pengikut-pengikutmu daripada kalangan orang yang beriman. – Surah as-Syu’arak ayat 215
Negeri Akhirat itu, Kami sediakan untuk orang yang tidak sombong dan tidak melakukan kerosakan di muka bumi. Kesudahan yang baik adalah untuk orang bertakwa. – Surah al-Qasas ayat 83
Janganlah kamu berjalan atas bumi dengan sombong. – Surah al-Israk ayat 37
Ayat al Quran dan Hadis Sahih Tentang Merendah Diri dan Takbur
Janganlah kamu memalingkan wajah daripada manusia (kerana sombong) dan berjalan di bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang sombong dan membangga diri. – Surah Luqman ayat 18
Sesungguhnya Qarun adalah daripada kaum Nabi Musa, tetapi dia berlaku zalim terhadap mereka. Kami kurniakan kepadanya perbendaharaan harta dan kunci-kuncinya sungguh berat dipikul oleh sejumlah orang yang kuat sahaja. Kaumnya berkata kepadanya, ‘Janganlah kamu terlalu bermegah. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang bermegah-megah.’ – Surah al Qasas ayat 76
- (Gambar) 10 Hadis Tentang Kebersihan Sebagai Panduan
- Hak Jiran Tetangga – 8 Hadis Nabi Tentang Hidup Berjiran
- Koleksi Ayat al Quran dan Hadis Sahih Tentang Merendah Diri dan Takbur
- 9 Hadis Nabi: Hidup Sederhana dan Kelebihan Berlapar (Gambar)
- 15 Hadis Menuntut Ilmu & Adab Menuntut Ilmu Menurut Islam
Hadis Pertama
Iyad bin Himar berkata, Rasulullah bersabda, maksudnya: Allah memberi wahyu kepada saya supaya memerintahkan saudara-saudara bersifat merendah diri, sehingga seorang individu tidak lagi membanggakan dirinya kepada orang lain, dan tidak lagi menzalimi orang lain. – Hadis Riwayat Muslim
Hadis Kedua
Abu Hurairah berkata, Rasulullah bersabda, maksudnya: Sedekah tidak mengurangkan harta, Allah pasti menambah kemuliaan orang yang memberi maaf dan seseorang yang merendah diri kerana Allah, pasti Allah angkat martabatnya. – Hadis Riwayat Muslim
Baca: Koleksi Bergambar Hadis Kelebihan Surah Al Mulk
Hadis Ketiga
Salamah bin al-Akwa berkata, Nabi Muhammad SAW bersabda, maksudnya: Apabila seseorang itu selalu bersikap sombong, akhirnya dia dimasukkan ke dalam golongan orang yang bongkak. Dia ditimpa bahaya sama sebagaimana bahaya yang menimpa orang yang bongkak. – Hadis Riwayat at Tirmidzi
Hadis Keempat
Abu Hurairah ra berkata, Rasulullah bersabda, maksudnya: Ada 3 jenis manusia yang tidak diajak bercakap -cakap oleh Allah pada hari kiamat. Allah tidak menganggap mereka orang yang bersih daripada dosa. Allah juga tidak mahu memandang mereka, malah mereka mendapat seksa yang pedih. Mereka terdiri daripada orang tua yang berzina, pemimpin yang suka berbohong dan orang miskin yang sombong. – Hadis Riwayat Muslim
Baca: Hadis Nabi – 6 Zikir Hari Khamis Yang Boleh Diamalkan
Hadis Kelima
Harithah bin Wahab berkata, saya mendengar Rasulullah bersabda: Biarlah saya terangkan kepada saudara-saudara semua siapa yang masuk ke neraka. Mereka adalah orang yang keras kepala, suka mengumpulkan harta tetapi tidak suka membelanjakannya dan sombong. – Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.