Aku mencari segala bentuk rezeki. Tetapi, aku tidak menemukan rezeki yang lebih baik daripada SABAR.

SABAR ITU INDAH. Berusaha sabar dalam kesedihan. Berusaha sabar dalam kekecewaan. Berusaha sabar dalam kesakitan. Berusaha sabar dalam musibah. Berusaha sabar dalam ujian hidup. Memang benar. Sabar itu susah, sabar itu sakit, sabar itu buat kita tertekan. Akan tetapi, jika kita mampu menguasainya, maka sabar itu akan menjadi sebuah keindahan.
- Koleksi Contoh Ucapan Maaf Sebelum Pergi Haji
- Doa dan Ucapan Untuk Orang Pergi Haji Malaysia
- Download PDF Surah al Kahfi ayat 1 10 dan 100 110, Rumi, Terjemahan
- Pengajaran Surah al Humazah dan Terjemahan, Rumi
- 10 Amalan Murah Rezeki Menurut Hadis Nabi dan al-Quran
Sabar itu sangat indah buat hati yang gundah gulana. Setiap apa yang dibina, sakit pada mulanya. Namun, sekiranya kita bersabar, akan jadi manis akhirnya.
Sabar itu perlu dicari. Marah itu perlu disembunyi.
Ajar hati untuk sabar apabila diuji. Ajar perut untuk tidak makan ikut nafsu. Ajar diri untuk memaafkan semua orang yang pernah sakiti kita.

Sabar itu indah. Kerana kemenangan itu sesungguhnya akan datang bersama dengan kesabaran.
Wahai Tuhan kami, limpahkanlah kepada kami kesabaran dan matikanlah kami dalam Islam.
Baca: Surah At Takasur Rumi, PDF, Maksud dan Kelebihan

SABARLAH….ketentuan Allah itu pasti ada hikmahnya. Lambat atau cepat sahaja. Allah pasti tunjukkan mengapa bukan dia, mengapa bukan itu, mengapa bukan ini. Allah pasti akan beri peluang untuk kita nampak sendiri mengapa itu tidak baik untuk kita.
Pandanglah dengan mata hati. Allah itu Maha Baik. Allah tidak pernah leka. Yakinlah pada petunjuk-Nya. Tidak pernah DIA menarik sesuatu tanpa memberikan sesuatu yang lebih baik sebagai ganti.
Andai KESABARAN itu dibayar, mungkin aku sudah jadi jutawan.
Sabar itu bertahan. Bertahan untuk tidak menceritakan kesusahan kita pada sesiapapun kecuali Allah SWT.
Baca: Selamat Malam Sahabat Quotes Bahasa Melayu

Nak Tahu Tak? Kenapa orang selalu cakap SABAR ITU INDAH? Sebab ada satu ayat dalam SURAH AL-BAQARAH AYAT 155 mengatakan Allah kata dia akan bagi cubaan dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta dan jiwa… dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.
Hidup ini tidak seindah yang disangka. Tidak semudah yang diduga. Peritnya kadang tak terjangka. Apa pun, kita harus percaya, pasti ada hikmah disebalik setiap kejadian. Sesungguhnya, Allah SWT adalah sebaik-baik Perancang.