Koleksi Contoh Ucapan Maaf Sebelum Pergi Haji

Sebelum berangkat menunaikan ibadah haji, seorang Muslim selalunya akan mengucapkan berbagai ucapan, doa dan permohonan maaf kepada keluarga, teman, dan masyarakat sekitarnya.

Berikut adalah contoh ucapan maaf yang boleh diucapkan sebelum pergi haji:

Syukur Ya Allah. Terima kasih atas panggilan haji ini. InsyaAllah saya akan berangkat ke Tanah Suci bagi menunaikan ibadah Haji. Dari sudut hati yang paling dalam dan kerendahan hati, kami berdua ingin memohon maaf dari segala kesilapan, terlanjur bicara dan perbuatan. Minta halalkan segalanya. Doakan agar dikurniakan umur yang panjang, kesihatan yang baik serta dipermudahkan segala urusan sebelum, semasa dan selepas menunaikan haji sepanjang berada di Madinah, Mekah dan Arafah dan kembali ke Tanah Air dengan sihat dan selamat serta dikurniakan pengampunan dan Haji yang Mabrur

Ucapan Maaf Sebelum Pergi Haji

Dikesempatan ini, kami ingin memohon ampun maaf kepada semua jika ada salah dan silap, tersilap kata, tersinggung hati dan perasaan samada secara sedar mahupun tidak sedar. Mohon doakan semoga Allah permudahkan segala urusan sebelum, semasa dan selepas menunaikan haji, dikurniakan kesihatan yang baik, selamat pergi dan balik. Dan semoga ibadah haji kami mendapat haji yg mabrur dan diterima oleh Allah swt. Mohon dihalalkan segalanya. In Sya Allah ada rezeki kita jumpa lagi. Aamiin Aamiin Aamiin Ya Allah ya Mujib

Koleksi Contoh Ucapan Maaf Sebelum Pergi Haji

Ya Allah ya Tuhanku permudahkanlah urusan ibu kami jangan di persulitkan dan engkau akhirkan lah dengan kebaikan. Selamat menunaikan ibadah haji ibu kami. Semoga ibu kami selamat menunaikan ibadah dengan sempurna, diberi kan kesihatan baik dan sentiasa dalam lindungan Allah SWT. Selamat menunaikan ibadah di tanah suci dan semoga mendapat haji mabrur. Aamiin ya Rabbal Alamin

Selamat menunaikan ibadah haji kepada semua jemaah haji Malaysia pada tahun ini. Sama-sama kita doakan agar semua umat Islam yang akan menunaikan ibadah haji di tanah suci Mekah dikurniakan kesihatan dan keselamatan serta dipermudahkan untuk menyempurnakan haji dengan mabrur.

Bismillahirahmanirrahim, selamat menunaikan ibadah haji. Semoga Allah sentiasa memudahkan langkah sehingga dapat menjalankan ibadah ke tanah suci dengan khusyuk dan tiada halangan apapun, dan menjadi haji yang mabrur. Kami juga nitip doa semoga kami dan keluarga diberi kesempatan berkunjung ke Masjid Al Haram dan Masjid Nabawi. Aamiin Ya Rabb.

Alhamdulillah saya telah mendapat jemputan Allah untuk mengerjakan Ibadat Haji tahun ini. Kesempatan ini kami ingin memohon Ampun & Maaf seikhlas hati atas semua salah silap (sengaja/tidak sengaja), halalkan apa yg dimakan/diminum/diambil. Doakan saya selamat sampai ke destinasi, selamat menunaikan ibadah Haji dgn sempurna & dilindungi Allah sepanjang di mana saja kami berada. Juga doakan kesihatan kami baik, dan dipanjangkan umur selama menunaikan ibadah. Semoga saya serta semua Jemaah Haji Tahun ini mendapat Haji yang Mabrur.

Assalamualaikum. ln shaa Allah, saya akan menunaikan haji pada tahun ini. Justeru itu sy memohon ribuaan ampun & maaf jika ada terkasar bahasa, perbuatan yang menyinggung perasaan dan dosa yg kami lakukan sama ada kecil / besar dari hujung rambut hingga hujung jari. Juga minta halalkan makan & minum disepanjang persahabatan kita. Saya juga maafkan & halalkan apa jua perbuatan, makan & minum kalian. Doakan saya agar diberi kekuatan, kesihatan & kesabaran dlm menjalankan ibadah haji tahun ini. Ya Allah berikan apa yang terbaik untuk kami & seluruh jamaah yang mnjadi tetamu-Mu tahun ini.

Semoga Allah senantiasa memberi bekal ketaqwaan. Mengampuni segala dosa dan segala kesalahan. Dimudahkan serta dilindungi setiap masa walau dimanapun saudaraku berada.
Barakallahufikum.

Kami memohon ampun dan maaf jika terdapat salah silap, terkasar bahasa, terguris hati. Jika ada kami berhutang wang ringgit mohon maklumkan kepada kami. Doakan kami selamat sampai ke destinasi, selamat menunaikan ibadah haji dgn sempurna & dilindungi Allah sepanjang di mana sahaja kami berada. Doakan juga kami diberikan kesihatan yang baik dan dikurniakan Haji yang Mabrur.

Carian Berkaitan: Contoh Ucapan Maaf Sebelum Pergi Haji