21 Hadis Nabi Tentang Puasa – Riwayat Imam Muslim

21 Hadis Nabi Tentang Puasa - Riwayat Imam Muslim

Hadis Nabi Tentang Keringanan Musafir

Dari Ibnu Abbas ra, katanya: “Pada tahun penaklukan Mekah, Rasulullah saw berangkat melakukan suatu perjalanan dalam bulan Ramadan dengan berpuasa. Setelah sampai di Kadid, beliau berbuka. Kata Ibnu Abbas, “Para sahabat mengikuti segala perbuatan baginda ketika itu.” – Hadis Riwayat Muslim

Dari Ibnu Abbas ra, katanya: “Rasulullah saw melakukan suatu perjalanan jauh dalam bulan Ramadan, sedangkan baginda puasa. Setelah sampai di Usfan, baginda minta bejana berisi minuman lalu diminumnya di siang hari itu supaya dilihat orang ramai. Selanjutnya baginda berbula hingga masuk kota Mekah.” Kata Ibnu Abbas ra, “Dalam perjalanan itu Rasulullah puasa dan berbuka. Maka siapa yang suka puasa boleh puasa dan siapa yang suka berbuka ia boleh tidak puasa.” – Hadis Riwayat Muslim

Dari Ibnu Abbas ra katanya: “Janganlah engkau mencela orang yang puasa dan orang yang tidak puasa dalam perjalanan. Kerana Rasulullah saw pernah puasa dan tidak puasa dalam perjalanan.” – Hadis Riwayat Muslim

Dari Abu Sa’id Al Khudri ra katanya: “Kami pernah pergi berperang bersama-sama Rasulullah saw dalam bulan Ramadan. Sebahagian kami ada yang puasa dan sebahagian lagi tidak puasa. Orang yang puasa tidak keberatan terhadap orang yang tidak puasa, dan sebaliknya orang yang tidak puasa tidak keberatan terhadap orang yang puasa. Mereka berpendapat, siapa yang kuat puasa sebaiknyalah dia puasa, dan siapa yang tidak kuat sebaiknyalah dia berbuka.” – Hadis Riwayat Muslim

Dari Hamzah bin Amru Al Aslami ra bahawa dia bertanya kepada Rasulullah saw, katanya: “Aku kuat puasa dalam perjalanan. Berdosakah jika aku puasa?” Jawab Rasulullah saw, “Berbuka puasa dalam perjalanan adalah suatu keringanan dari Allah. Maka kerana itu, siapa yang mempergunakan keringanan itu baik dan siapa yang lebih suka puasa tidak berdosa.” – Hadis Riwayat Muslim

21 Hadis Nabi Tentang Puasa - Riwayat Imam Muslim

Hadis Nabi Tentang Hari Yang Haram Puasa

Dari Abu Hurairah ra, katanya: “Rasulullah saw melarang puasa pada 2 macam hari. Iaitu pada hari raya aidiladha (10 Zulhijjah) dan pada hari raya aidilfitri (1 syawal)” – Hadis Riwayat Muslim

Dari Ziyad Ibnu Jubair ra, katanya ada seorang laki-laki bertanya kepada Ibnu Umar ra, katanya: ‘Aku bernazar akan puasa satu hari. Kebetulan harinya bertepatan dengan hari raya Adha atau Fitri. Bagaimana itu?” JAwab Ibnu Umar ra, ‘Allah memerintahkan supaya membayar nazar. Dan Rasulullah saw melarang puasa pada hari ini.” – Hadis Riwayat Muslim

Dari Muhammad bin Abbad bin Ja’far ra, katanya dia bertanya kepada Jabir bin Abdullah ra ketika tawaf di baitullah, tanyanya “Adakah Rasulullah saw melarang puasa pada hari Jumaat?” Jawabnya “Ya, ada. Demi Tuhan Bait ini”. – Hadis Riwayat Muslim

Dari Abu Hurairah ra katanya Rasulullah bersabda: “Jangnlah kamu puasa pada hari Jumaat, kecuali jika kamu puasa sebelum atau sesudahnya.” – Hadis Riwayat Muslim

Hadis Nabi tentang Qadha Puasa

Dari Abu Salamah ra katanya dia mendengar Aisyah ra bercerita: “Aku masih punya hutang puasa Ramadan. Tetapi aku belum membayarnya sehingga tiba bulan Syaaban barulah aku bayar, berhubungan dengan kesibukan aku bersama Rasulullah saw.” – Hadis Riwayat Muslim

Dari Aisyah ra katanya Rasulullah saw bersabda: “Siapa yang meninggal, sedangkan dia mempunyai hutang puasa, maka hendaklah dibayar oleh walinya.” – Hadis Riwayat Muslim

Dari Ibnu Abbas ra katanya: “Seorang wanita datang bertanya kepada Rasulullah saw, katanya: “Ibuku meninggal. Sedangkan dia punya hutang puasa selama sebulan. Bagaimana itu?” Jawab Rasulullah saw, “Bagaimana pendapatmu, andaikan dia mempunyai hutang kepada seseorang, adakah engkau bayar?” Jawab wanita itu, “Tentu, ya Rasulullah.” Sabda Rasulullah saw, “Hutang kepada Allah lebih pantas dibayar.” – Hadis Riwayat Muslim

Hadis Nabi Tentang 2 Kegembiraan Orang Puasa

Daripada Abu Hurairah R.A, bahawa Rasulullah SAW bersabda: Allah berfirman: “Semua amal perbuatan anak Adam (manusia) adalah untuknya melainkan puasa, kerana sesungguhnya ia adalah untuk-Ku dan Aku yang akan memberinya ganjaran (pahala). Puasa itu adalah merupakan perisai. Oleh itu, janganlah berkata keji dan jangan pula berteriak-teriak. Sekiranya ada seseorang mencelanya atau memeranginya, maka katakanlah,“Sesungguhnya aku berpuasa.” Demi Dia (Allah) yang jiwa Muhammad berada di tangan-Nya, bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah SWT daripada aroma minyak kasturi. Orang yang berpuasa itu memiliki dua kegembiraan, dia berasa gembira dengan dua perkara, iaitu apabila berbuka dia berasa gembira dan apabila bertemu Tuhannya, dia berasa gembira dengan puasanya. – Hadis Riwayat Muslim

“Bagi orang yang berpuasa, dia akan memperolehi dua kegembiraan. Pertama, kegembiraan ketika dia berbuka puasa dan kedua kegembiraan ketika dia bertemu Tuhannya.” – Hadis Riwayat Muslim

21 Hadis Nabi Tentang Puasa - Riwayat Imam Muslim

Hadis Nabi Tentang Pintu Syurga untuk Orang Puasa

Daripada Sahal bin Sa’d R.A, bahawa Nabi SAW bersabda:“Sesungguhnya dalam syurga terdapat sebuah pintu yang dikenali dengan nama al-Rayyan khusus untuk ahli puasa memasuki syurga melaluinya pada hari kiamat kelak. Selain mereka tidak dibenarkan masuk.” – Hadis Riwayat Muslim

Rasulullah saw bersabda: “Seluruh amal perbuatan Ibn Adam akan dilipatkan pahalanya. Satu kebaikan akan dibalas dengan sepuluh kebaikan bahkan dapat sampai tujuh ratus kali lipat. Allah berfirman: “Kecuali puasa, ia itu khusus bagiKu dan Aku lah yang akan membalasnya secara langsung. Ia meninggalkan syahwatnya, makanannya semata-mata karenaKu. Orang yang berpuasa itu akan memperoleh dua kebahagiaan: Kebahagiaan ketika berbuka dan kebahagiaan ketika ia berjumpa dengan Tuhannya kelak. Bau mulut orang yang berpuasa itu di sisi Allah, lebih wangi dari pada wanginya minyak kasturi” – Hadis Riwayat Muslim

Rasulullah saw bersabda: “Apabila salah seorang di antara kalian sedang berpuasa, maka janganlah ia berkata-kata kotor dan bertengkar. Apabila seseorang mencaci atau memaki kamu maka katakanlah: “Saya sedang berpuasa” – Hadis Riwayat Muslim

Hadis Nabi Tentang Puasa Sunat

Dari Abu Qatadah al Ansari ra, katanya Rasulullah saw ditanya orang tentang puasa hari Isnin. Jawab Baginda, “Hari Isnin itu hari kelahiranku dan hari Isnin itu al Quran diturunkan kepadaku,”

Dari Mu’adzah al Adawiyah ra, dia ditanya kepada Aisyah isteri Rasulullah saw, katanya: “Betulkah Rasulullah saw puasa 3 hari setiap bulan?” Jawab Aisyah, “Ya betul.” Aku bertanya pula kepadanya, “Hari apa sahajakah baginda puasa tiap-tiap bulan itu?” Jawab Aisyah ra, ‘Beliau tidak menentukan hari apa baginda puasa setiap bulan itu.”

Dari Abu Hurairah ra, katanya Rasulullah saw bersabda: “Seutama-utama puasa sesudah puasa Ramadan ialah puasa bulan Muharam dan sutama-utama solat sesudah solat fardu ialah solat malam.”

Dari Abu Ayyub al Anshari ra, katanya Rasulullah saw bersabda: “Siapa yang puasa bulan Ramadan, kemudian diiringinya dengan puasa 6 hari di bulan Syawal, maka yang demikian itu seolah-olah berpuasa sepanjang masa.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *