18 Ucapan Selamat Menunaikan Haji – Hadis Kelebihan dan Kewajibannya

Firman Allah swt, maksudnya: “Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya. Sesiapa yang kufur (ingkarkan kewajipan ibadat haji itu), sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) daripada sekalian makhluk.” – surah Ali Imran, ayat 97

Ucapan Selamat Menunaikan Haji – Hadis Kelebihan dan Kewajibannya

Abdullah bin Umar berkata, Nabi Muhammad saw bersabda, “Islam itu terdiri daripada lima perkara iaitu mengaku tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, Nabi Muhammad itu utusan Allah, sembahyang lima waktu, memberi zakat, mengerjakan haji di Makkah, dan berpuasa pada bulan Ramadan.” – Hadis Riwayat Bukhari dan Imam Muslim.

Koleksi Ucapan Selamat Menunaikan Haji - Hadis Kelebihan dan Kewajibannya

Abu Hurairah berkata, “Nabi Muhammad saw menerangkan dalam khutbahnya, ‘Wahai manusia, Allah mewajibkan ibadat haji kepada saudara sekalian. Oleh itu, kerjakanlah ibadat haji tersebut.’

Kemudian ada seorang lelaki bertanya, ‘Wahai utusan Allah, adakah ibadat haji perlu dikerjakan setiap tahun?’

Nabi Muhammad mendiamkan diri sahaja sehingga lelaki berkenaan menanyakan perkara yang sama sebanyak tiga kali.

Nabi Muhammad pun menjawab, ‘Sekiranya saya berkata ya, tentu ibadat haji menjadi wajib setiap tahun dan sudah tentu saudara keberatan melakukannya.’

Kemudian baginda berkata lagi, ‘Janganlah banyak bertanyakan perkara-perkara yang tidak saya wajibkan kepada saudara, kerana kaum yang terdahulu sebelum saudara musnah disebaban mereka banyak bertanya dan sering melakukan perkara yang berlawanan dengan arahan nabi-nabi mereka. Oleh yang demikian, sekiranya saya menyuruh saudara sekalian melakukan sesuatu, laksanakanlah semua perintah saya itu mengikut kemampuan saudara. Dan sekiranya saya melarang saudara sekalian daripada melakukan sesuatu perkara, tinggalkanlah perkara itu.'”

– Hadis Riwayat Muslim.

Amalan-amalan yang Besar Ganjaran Pahala Di sisi Allah swt

Abu Hurairah berkata, “Nabi Muhammad saw ditanya, Apakah amalan yang paling besar pahalanya di sisi Allah?’ Nabi Muhammad saw menjawab, ‘Beriman kepada Allah dan Rasul-Nya. Kemudian baginda ditanya lagi, ‘Selepas itu?’ Baginda menjawab, ‘Berjuang pada jalan Allah. Dan ditanya lagi, ‘Kemudian apa pula selepas itu?’ Nabi Muhammad menjawab, ‘Haji yang mabrur.” – Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

Koleksi Ucapan Selamat Menunaikan Haji - Hadis Kelebihan dan Kewajibannya

Ganjaran Pahala Ibadah Gaji

Abu Hurairah berkata, dia mendengar Nabi Muhammad saw bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang mengerjakan ibadah haji dan tidak melakukan maksiat dan dosa-dosa besar ataupun kecil, dia dimaafkan daripada dosa-dosa seperti bayi yang baru dilahirkan oleh ibunya.” – Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

Abu Hurairah berkata, Nabi Muhammad bersabda, “Dari satu ibadat umrah sehinggalah satu ibadat umrah yang lain menebus dosa-dosa antara kedua-duanya dan tiada balasan bagi haji yang mabrur selain daripada syurga.” – Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

Haji Mabrur – Sebaik-baik Jihad Bagi Kaum Wanita

Saidatina Aisyah ra berkata, “Saya bertanya kepada Nabi Muhammad saw, ‘Wahai utusan Allah, kami mengetahui berjihad itu adalah amalan yang paling baik, bolehkah kami ikut serta berjihad?’ Nabi Muhammad menjawab, ‘Tidak boleh. Sebenarnya sebaik-baik jihad untuk kaum wanita adalah haji yang mabrur.” – Hadis Riwayat Bukhari.

Saidatina Aisyah berkata, Nabi Muhammad saw bersabda, “Tiada hari yang paling baik selain hari Arafah kerana hari itulah Allah membebaskan ramai manusia daripada seksa api neraka.” – Hadis Riwayat Muslim.

Kelebihan Mengerjakan Umrah Pada Bulan Ramadhan

Abdullah bin Abbas berkata, Nabi Muhammad saw bersaba, maksudnya: “Pahala mengerjakan umrah dalam bulan Ramadan adalah sama seperti sekali mengerjakan haji ataupun seolah-olah mengerjakan haji bersama-sama saya.” – Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

Menunaikan Ibadah Haji dan Umrah Untuk Orang Lain

Abdullah bin Abbas melaporkan, “Ada seorang wanita datang berjumpa Nabi
Muhammad dan bertanya, Wahai utusan Allah, ibadat haji adalah diwajibkan oleh Allah kepada kami semua termasuklah kepada bapa saya yang lanjut usianya. Bapa saya terlalu uzur dan tidak terdaya dalam perjalanan. Bolehkah saya mengerjakan haji bagi pihak bapa saya?’ Nabi Muhammad menjawab, Ya, boleh.'” – Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

Koleksi Ucapan Selamat Menunaikan Haji - Hadis Kelebihan dan Kewajibannya

Lagit bin Amir berjumpa dengan Nabi Muhammad saw lalu bertanya kepada baginda, “Bapa saya sedang uzur dan tidak mampu mengerjakan ibadat haji ataupun umrah dan tidak terdaya dalam perjalanan. Jadi bagaimana?” Nabi Muhammad saw menjawab, “Kerjakanlah haji dan umrah bagi pihak bapa saudara.” – Hadis Riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi.

Saib bin Yazid melaporkan, “Saya mengerjakan haji bersama-sama Nabi Muhammad saw ketika berusia tujuh tahun. Ketika itu Nabi Muhammad mengerjakan haji Widak.” – Direkodkan oleh Bukhari.

Abdullah bin Abbas berkata, “Ketika Nabi Muhammad bertemu dengan serombongan kumpulan yang ingin mengerjakan ibadah haji di sebuah kawasan bernama Rauha, Nabi Muhammad saw bertanya, ‘Siapakah saudara saudari ini?’ Mereka menjawab, ‘Kami orang Islam.’

Kemudian mereka bertanya pula, ‘Siapakah tuan?’ Nabi Muhammad menjawab, ‘Saya adalah utusan Allah.’

Kemudian datang seorang perempuan sambil memperlihatkan anaknya yang masih kecil kepada Nabi Muhammad saw dan bertanya, ‘Adakah anak ini boleh mengerjakan haji dan mendapat pahala?” Nabi Muhammad menjawab, ‘Ya, boleh, dan puan juga dapat pahala.'”

– Hadis Riwayat Muslim.

Anas ra berkata, “Nabi Muhammad pergi mengerjakan ibadat haji dengan hanya menunggang seekor unta sambil membawa bersamanya barang-barang bekalan.” – Hadis Riwayat Bukhari.

Abdullah bin Abbas berkata, “Ukaz, Mijannah, dan Zulmajaz adalah antara pasar-pasar yang ada di Mekah, ketika Islam masih belum berkembang. Kebanyakan daripada penduduk di situ tidak berniaga pada musim haji kerana takut berdosa.

Kemudian Allah menurunkan ayat al-Quran surah al-Baqarah ayat 198, yang bermaksud, ‘Tidaklah menjadi salah, kamu mencari limpah kurnia daripada Tuhan kamu (dengan meneruskan perniagaan ketika mengerjakan haji)’.” – Hadis Riwayat Bukhari.