Lafaz Talbiyah Rumi (Bergambar) Beserta Maksud Bahasa Melayu

Lafaz Talbiyah Rumi

Lafaz Talbiyah merupakan doa yang dibaca oleh para jemaah haji tatkala memulakan ibadah haji.

Doa ini dianggap sebagai sebahagian penting dari ritual haji dan umrah dan sering dibaca beberapa kali selama perjalanan.

Talbiyah dapat dibaca dalam bahasa apa pun, tetapi versi yang paling umum adalah dalam bahasa Arab.

Membaca lafaz talbiyah ini hukumnya sunat – bermula daripada niat ihram hingga permulaan tawaf (bagi yang mengerjakan umrah) dan hingga bermula melontar jamrah al-Kubra atau bermula tawaf atau bercukur mengikut amalan mana yang dilakukan terlebih dahulu (bagi yang mengerjakan haji).

Lafaz Talbiyah – Rumi, Jawi dan Terjemahan Bahasa Melayu

Lafaz Talbiyah Rumi (Bergambar) Beserta Maksud Bahasa Melayu

لَبَّيْكَ اللّٰهُمَّ لَبَّيْكَ. لَبَّيْكَ لَا شَرِيْكَ لَكَ لَبَّيْكَ. اِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَاْلملْكَ لَا شَرِيْكَ لَكَ

Labbaika Allahumma labbaik, labbaika la syarikalaka labbaika, innal hamda wan ni’mata laka wal mulka la syarika laka.

Maksudnya:“Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu ya Allah. Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu. Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu. Tuhan yang tiada sekutu bagi-Mu. Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu. Sesungguhnya segala puji dan nikmat dan kerajaan adalah kepunyaan-Mu, tiada sekutu bagi-Mu.”

Tempat Mustajab Berdoa di Sekitar Masjidil Haram

Berikut dikongsikan tempat – tempat yang mustajab berdoa di sekitar Masjidil Haram semasa melaksanakan Ibadah Haji dan Umrah.

  1. Sepanjang masa Tawaf di Baitullah/Kaabah
  2. Multazam (antara Hajar Aswad dan Pintu Kaabah)
  3. Dalam Kaabah
  4. Hijr Ismail
  5. Bukit Safa dan Bukit Marwah 
  6. Mas’a (Tempat Sai’e) 
  7. Belakang Maqam Ibrahim 
  8. Telaga Zam-zam
Lafaz Talbiyah Rumi (Bergambar) Beserta Maksud Bahasa Melayu
Lafaz Talbiyah Rumi (Bergambar) Beserta Maksud Bahasa Melayu

Carian Berkaitan: Lafaz Talbiyah Rumi (Bergambar) Beserta Maksud Bahasa Melayu