Maksud Surah Al Alaq 1-5 – Diturunkan di Mekah

Surah al Alaq diturunkan di Mekah dengan mempunyai 19 ayat (mushaf kafi). Ia juga merupakan surah pertama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad saw.

Surah ini bermula dengan sumpah ke atas asas ilmu iaitu melalui pembacaan dan penulisan.

Kedua-dua sumber asas ilmu ini merupakan kekuatan dan kehebatan umat Islam bahawa sesungguhnya umat Nabi Muhammad saw ini merupakan umat berilmu dan membaca.

Maksud Surah Al Alaq 1-5 – Diturunkan di Mekah

Menurut Ibnu Katsir, Ayat al Quran pertama yang turun diwahyukan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw adalah ayat-ayat yang mulia lagi penuh berkat ini. Ayat-ayat ini merupakan rahmat pertama yang dengannya Allah swt menyayangi hamba-hamba-Nya sekaligus sebagai nikmat pertama yang diberikan kepada mereka.

Di dalam ayat-ayat ini juga menjelaskan peringatan Allah swt mengenai permulaan penciptaan manusia yang bermula dari segumpal darah. Sesungguhnya, di antara kemurahan Allah swt adalah Dia mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya. Dengan demikian, Allah telah memuliakannya dengan ilmu.

Maksud Surah Al Alaq 1-5 - Diturunkan di Mekah

Kadang-kala, ilmu berada di dalam akal fikiran. Pada masa sama, kadang-kala juga berada ia berada dalam bentuk lisan mahupun tulisan. Ketiga-tiganya iaitu sama ada secara akal, lisan, mahupun tulisan, kesemuanya memerlukan ilmu untuk memperolehinya.

Oleh kerana itulah, Allah swt berfirman di dalam wahyu pertama:

Iqra Wa Rabbukal-Akram. Alladzii Allama Bil-Qalam. Allamal Insaana Maalam Ya Lam

“Bacalah, dan Rabbmulah Yang Paling Pemurah, yang mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.”

Sesungguhnya, ikatlah ilmu itu dengan tulisan. Barangsiapa mengamalkan apa yang diketahuinya, maka Allah swt akan mewariskan kepadanya apa yang tidak diketahui sebelumnya.

Surah Al Alaq Rumi, PDF, Maksud & Kelebihan

Surah al alaq 1-5 Translation in English

  1. Recite in the name of your Lord who created –
  2. Created man from a clinging substance.
  3. Recite, and your Lord is the most Generous –
  4. Who taught by the pen –
  5. Taught man that which he knew not.

Maksud Surah Al Alaq 1-5 (Bahasa Melayu)

  1. Bacalah dengan (menyebut) Nama Rabbmu yang menciptakan, (QS. 96:1)
  2. Dia telah menciptakan manusia dengan segumpal darah. (QS.96:2)
  3. Bacalah, dan Rabbmulah Yang Paling Pemurah, (QS. 96:3)
  4. yang mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam. (QS. 96: 4)
  5. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.(QS. 96: 5)
Maksud Surah Al Alaq 1-5 - Diturunkan di Mekah