Aisyah berkata: “Rasulullah beriktikaf di dalam masjid pada sepuluh malam yang terakhir pada bulan Ramadan. Beliau menerangkan, ‘Saudara sekalian carilah dengan bersungguh-sungguh lailatul qadar itu pada sepuluh malam yang terakhir bulan Ramadan.” – Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
Ayat al Quran – Kelebihan Malam Lailatul Qadar
“Sesungguhnya Kami menurunkannya (al-Quran) pada malam kemuliaan (lailatul qadar).” – surah al-Qadr ayat 1
“Sesungguhnya Kami menurunkannya (al-Quran) pada suatu malam yang diberkati.” – surah ad-Dukhan ayat 3
- Kelebihan Ayat 3 Kul : Surah al-Ikhlas, al-Falaq dan An-Nas Menurut Hadis
- Surah al Baqarah Ayat 1-5 Rumi, PDF Jawi, Terjemahan Bahasa Melayu
- 17 Ayat – Ayat Ruqyah Syariah, Panduan Lengkap
Hadis Nabi Muhammad saw Kelebihan Malam Lailatul Qadar
Mengharapkan Redha Allah
Abu Hurairah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang bangun beribadah pada malam al-qadar kerana dorongan iman dan mengharapkan reda Allah, diampunkan dosa-dosanya yang lalu.” – Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
Abdullah bin Umar berkata: “Ada beberapa orang sahabat Nabi saw bermimpi berjumpa dengan malam al-qadar pada satu daripada tujuh hari terakhir bulan Ramadan. Rasulullah menerangkan, ‘Saya juga mendapat mimpi yang sama seperti mimpi saudara-saudara itu iaitu lailatul qadar itu berlaku pada satu malam daripada tujuh hari terakhir bulan Ramadan. Oleh itu, sesiapa yang berhajat mencari malam al-qadar itu, carilah pada tujuh malam yang terakhir bulan Ramadan.'” – Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
Baca: Niat Puasa Rejab dengan Qadha Puasa Ramadan Boleh Digabungkan
Malam Ganjil Pada Sepuluh Malam Terakhir
Saidatina Aisyah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda, maksudnya: “Saudara sekalian carilah dengan bersungguh-sungguh lailatul gadar itu pada malam ganjil pada sepuluh malam yang terakhir bulan Ramadan.” – Hadis Riwayat Bukhari.
Aisyah berkata: “Apabila tiba sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, Rasulullah saw menghidupkan malamnya dengan beribadah pada setiap malam. Baginda mengejutkan isterinya dengan bersungguh-sungguh untuk diajak beribadah. Baginda juga tidak tidur bersama-sama dengan para isterinya pada malam-malam berkenaan.” – Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
Aisyah berkata: “Rasulullah saw menggandakan ibadahnya pada malam bulan Ramadan berbanding malam-malam pada bulan yang lain. Beliau menambah lagi ibadahnya dengan lebih bersungguh-sunguh pada sepuluh malam terakhir berbanding malam-malam lainnya pada bulan Ramadan.” – Hadis Riwayat Muslim.
Doa Pada Malam Lailatul Qadar
Saidatina Aisyah berkata: “Saya bertanya kepada Rasulullah, ‘Wahai utusan Allah swt, apakah yang patut saya ucapkan sekiranya saya bertemu dengan malam al-qadar itu?’ Baginda menjawab, ‘Ucapkanlah kalimah yang bermaksud Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, suka memberi pengampunan. Dengan itu, ampunkanlah aku.’ – Hadis Riwayat at-Tirmidzi