Niat, Doa, Rukun dan Cara Solat Jenazah Ringkas

Salah satu tanda kasih sayang dan kecintaan seseorang itu kepada si mati ialah solat ke atasnya.

Solat jenazah dituntut kepada kaum lelaki dan perempuan. Solat jenazah mempunyai kelebihan yang besar kepada yang melakukan solat dan kepada si mati yang disolatkan.

Firman Allah SWT, maksudnya: Dan bagi setiap umat (manusia) mempunyai ajal. Apabila sampai ajal maut seseorang maka manusia tidak berupaya menunda mahupun mempercepatkan, walau sesaat pun.

Surah al A’raf 7: 34

Solat jenazah merupakan solat atau doa yang dilakukan dalam Islam untuk mendoakan dan menghormati orang yang telah meninggal dunia.

Perkara Sunat Yang Dilakukan Terhadap Orang Yang Meninggal Dunia

Para ulamak berpendapat bahawa hukum menguruskan jenazah adalah fardu kifayah ke atas semua orang Islam jika terdapat kematian di kawasan mereka.

1.Memejamkan kedua-dua matanya dan mengikat kedua-dua rahanya dengan kain supaya mulutnya tidak terbuka.

Ketika Nabi Muhammad SAW masuk menemui Abu Salamah, dia berada dalam keadaan matanya terbuka, lalu Baginda menutupnya. – Hadis Riwayat Muslim

2.Melembutkan tulang-tulang sendinya dan dikembalikan setiap sendi ditempatnya.

3.Meletakkan sesuatu yang sederhana berat di atas perutnya supaya ia tidak kembung hingga menjadikannya kelihatan buruk.

4.Disunatkan menanggalkan seluruh pakaiannya dan menutupnya dengan kain nipis.

5.Meletakkan jenazah di tempat yang lebih tinggi daripada lantai, seperti di atas katil serta dihadapkannya ke arah kiblat.

Baca: Kelebihan, Niat dan Cara Solat Sunat Rawatib – Rumi

Kewajiban Orang Hidup Terhadap Jenazah

  1. Memandikan jenazah
  2. Mengkafankan jenazah
  3. Menyembahyangkan jenazah
  4. Mengebumikan jenazah

Kelebihan Solat Jenazah

Waktu solat jenazah adalah harus pada setiap waktu, dan tidak makruh pada waktu-waktu yang diharamkan solat kerana ia mempunyai sebab. Walaubagaimanapun, makruh jika sengaja memilih di dalam waktu-waktu tersebut. Yang tidak makruh adalah jika ianya berlaku secara tidak sengaja.

Daripada Abu Hurairah katanya Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: ‘Sesiapa yang menghadiri jenazah sehingga dia solat, maka baginya sati qirat, dan sesiapa yang menghadiri sehingga jenazah itu dikebumikan maka baginya dua qirat.’ Dikatakan, ‘Apa itu qirat?’ Jawab Baginda, ‘Seperti dua bukit yang besar.’ – Hadis Riwayat Bukhari

Hukum Solat Jenazah

Mazhab As Shafie meletakkan solat jenazah sebagai wajib fardu kifayah. Sekurang-kurangnya, bilangan bagi orang yang menunaikan solat jenazah adalah seorang. Namun, solat jenazah secara berjemaah adalah lebih afdal dan lebih ramai adalah lebih afdal.

Daripada Aisyah, Rasulullah bersabda, maksudnya: Tiada daripada satu mayat yang disolatkan ke atasnya satu umat dari kalangan orang Islam, bilangan mereka sampai 100 orang, semuanya mensyafaatkan baginya, kecuali mereka diberi syafaat pada orang lain. (Allah SWT menerima syafaat mereka untuk mayat). – Hadis Riwayat Muslim

Jenazah Rasulullah disolatkan oleh para Sahabat dan mereka melakukan sendiri-sendiri sebagaimana yang diriwayatkan oleh hadis.

Daripada Bahz, bahawasanya dia menghadiri solat (jenazah) ke atas Rasulullah SAW. Para sahabat bertanya: ‘Bagaimana kami solat jenazah ke atas Baginda?’ Jawabnya, ‘Kamu hendaklah masuk, sekumpulan-sekumpulan.’ Katanya,’Mereka masuk dari pintu ini, lalu mereka solat ke atasnya, kemudian keluar dari pintu yang lain.’. – Hadis Riwayat Ahmad

Bahawa Rasulullah SAW wafat pada hari isnin dan dikebumikan pada hari selasa dan orang ramai solat jenazah sendiri-sendiri, mereka tidak diimamkan oleh seseorang pun – Hadis Riwayat Imam Malik

Baca: Koleksi Contoh Penghargaan Kerja Kursus

Para ulama ada menerangkan punca mengapa para sahabat solat ke atas jenazah Rasulullah sendiri-sendiri. Kata Imam Asy Syafie, Orang ramai solat ke atas (jenazah) Rasulullah SAW sekumpulan-sekumpulan tetapi mereka tidak diimamkan oleh seseorang pun. Ini disebabkan keagungan Rasulullah SAW dan mereka bersungguh-sungguh supaya tiada seseorang pun menjadi imam solat ke atas Baginda.

Solat Jenazah oleh Kaum Perempuan

Majlis Fatwa al-Azhar mengharuskan kaum wanita melakukan solat jenazah, sama ada bersendirian atau berjemaah kerana tiada dalil yang melarangnya.

Daripada Aisyah bahawasanya apabila Sa’d bin Abu Waqqas meninggal dunia, isteri-isteri Nabi Muhammad SAW mengutus supaya mereka (kaum lelaki) membawa jenzahnya ke dalam masjid supaya mereka melakukan solat jenazah ke atasnya. Maka mereka melakukannya lalu jenazahnya diberhentikan di bilik-bilik mereka untuk turut solat ke atasnya – Hadis Riwayat Muslim

Rasulullah SAW juga disolatkan oleh para sahabat lelaki dan wanita. Imam Mawardi berkata, Orang ramai masuk, lalu mereka solat ke atas Baginda sekumpulan-sekumpulan. Mereka tidak diimamkan oleh seseorang pun kerana Baginda adalah imam kepada umatnya semasa hidup dan setelah wafatnya. Yang pertama masuk untuk solat ke atas Baginda ialah bani Hashim, kemudian orang Muhajirin, kemudian Ansar, kemudian kaum lelaki yang lain, kemudian kaum wanita, kemudian kanak-kanak.

Apa yang dilarang bagi wanita ialah menghantar jenazah ke kubur.

Daripada Umm Atiyyah ra katanya: Kami ditegah daripada mengikuti jenazah, dan tidak dimestiakn ke atas kami. – Hadis Riwayat Bukhari

Rukun Solat Jenazah

  1. Niat beserta dengan takbiratulihram
  2. Berdiri bagi sesiapa yang mampu
  3. Bertakbir dengan 4 kali takbir termasuk takbiratulihram yang disertakan bersama niat
  4. Membaca Surah al Fatihah selepas takbiratulihram
  5. Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW selepas takbir kedua
  6. Berdoa untuk jenazah yang disembahyangkan selepas takbir yang ketiga dan keempat.
  7. Memberi salam

Solat jenazah kendaklah dilakukan selepas jenazah selesai dimandikan.

Cara Solat Jenazah (Ringkas)

1.Berniat dan takbiratulihram serentak dengan meniatkan dalam hati solat jenazah berdasarkan jenazah yang hendak disembahyangkan sama ada lelaki atau perempuan. Lafaz niat solat jenazah adalah seperti berikut:-

Niat, Doa, Rukun dan Cara Solat Jenazah Ringkas
Niat, Doa, Rukun dan Cara Solat Jenazah Ringkas

2.Berdiri bagi sesiapa yang mampu serta sunat meletakkan tangan di atas badan sepertimana yang dilakukan dalam solat biasa yang lain. Kemudian baca surah al Fatihah

Niat, Doa, Rukun dan Cara Solat Jenazah Ringkas

3. Takbir untuk kali kedua ‘Allahu Akhbar’ dengan mengangkat tangan ke telinga kemudian meletakkannya kembali ke badan. Membaca selawat ke atas Nabi Muhammad SAW

4. Takbir untuk kali ketiga ‘Allahu Akhbar’ dengan mengangkat tangan ke telinga kemudian meletakkannya kembali ke badan. Membaca doa untuk jenazah

Niat, Doa, Rukun dan Cara Solat Jenazah Ringkas

5.Takbir untuk kali ketiga ‘Allahu Akhbar’ dengan mengangkat tangan ke telinga kemudian meletakkannya kembali ke badan. Disunatkan untuk membaca doa untuk jenazah

Niat, Doa, Rukun dan Cara Solat Jenazah Ringkas

6.Memberi salam

Alhamdulillah, selesai

Carian Berkaitan: Niat, Doa, Rukun dan Cara Solat Jenazah Ringkas