Solat adalah perintah Allah SWT yang paling utama.
Perintah solat disampaikan secara langsung kepada Nabi Muhammad SAW tatkala Israk dan Mikraj. Solat yang wajib dikerjakan ada lima waktu iaitu Solat Subuh, Solat Zohor, Solat Asar, Solat Maghrib dan Solat Isyak.
Solat adalah ibadah pertama yang akan dinilai dan dihitung pada hari kiamat. Solat juga merupakan batas pemisah antara iman dan kufur iaitu antara orang beriman dan orang kafir.
“Batas antara seseorang dengan kekufuran adalah meninggalkan solat” – Hadis Riwayat Muslim.
Firman Allah SWT, Maksudnya: “Sesungguhnya orang yang beriman dan beramal soleh dan mengerjakan zakat, mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita.” – Surah al-Baqarah 2: 227
Panduan Mengerjakan Solat Isyak
Solat Isyak merupakan salah satu solat daripada lima (5) waktu solat yang wajib. Jumlah rakaat untuk solat Isyak ialah empat (4) rakaat. Jumlah rakaat ini sama bilangannya dengan solat Zuhur dan Asar.
Solat Isyak dilakukan oleh umat Islam pada waktu malam, selepas terbenamnya matahari dan sebelum waktu fajar. Ia merupakan salah satu daripada lima solat wajib yang merupakan kewajipan kepada setiap individu Muslim yang telah baligh dan waras.
Solat Isyak melibatkan empat rakaat – termasuk bacaan Surah Al-Fatihah dan bacaan tambahan dari al-Quran dalam setiap rakaat. Solat ini dianggap sebagai waktu yang paling sesuai untuk berdoa, merenung, dan memohon keampunan serta rahmat dari Allah SWT.
Amalan solat Isyak dihayati sebagai penghormatan kepada perintah Allah SWT dan sebagai ungkapan kesetiaan serta pengabdian kepada-Nya. Ia juga melambangkan ketaatan dan ketaqwaan seorang Muslim terhadap ajaran agama Islam. Solat Isyak juga dianggap sebagai cara untuk membersihkan diri dari dosa-dosa dalam usaha mendekatkan diri kepada Allah SWT.
1: Niat
Berdiri tegak menghadap kiblat dan mata memandang ke arah tempat sujud. Kemudian, baca lafaz niat Solat Isyak.
“Usolli fardol ‘isyai arba’a roka’atin adaan lillahi ta’ala”
Maksudnya: Sahaja aku solat fardu Isyak empat rakaat tunai kerana Allah taala
Berdiri tegak bagi yang berkuasa ketika solat fardu. Dan bagi yang tidak kuasa disebabkan sakit dan sebagainya boleh dengan duduk, berbaring, telentang atau dengan isyarat.
Baca: (Bergambar) Niat Solat Fardu 5 Waktu – Rumi
2: Takbiratul Ihram
Angkat kedua-dua tangan / takbir dengan mengucap ‘Allahuakbar’ dan berniat dalam hati:
Sahaja aku solat fardu Isyak empat rakaat tunai kerana Allah taala
3: Membaca Doa Iftitah (Hukumnya Sunat)
Ejaan Rumi Doa Iftitah: “Allaahu akbaru kabiirawwalhamdu lillaahi katsiiraa. Wa subhaanallaahi bukratawwa aashiila. Wajjahtu wajhiya lilladzii fatoros samaawaati wal ardha haniifam-muslimaa. Wamaa anaa minal musyrikiin. Inna solaatii wa nusukii wa mahyaaya wa mamaatii lillaahi Rabbil ‘aalamiin. Laa syariikalahu wa bidzaalika umirtu wa anaa minal muslimiin”
Baca: PDF Doa Dhuha Rumi, Terjemahan, Jawi
Maksud Doa Iftitah: Allah Maha Besar, segala puji bagi Allah. Maha Suci Allah pagi dan petang. Aku hadapkan mukaku kepada Tuhan yang menciptakan langit dan bumi, hal keadaannya bersih dalam Islam. Tidaklah aku dari golongan orang-orang yang mensyirikkan Tuhan. Sesungguhnya sembahyangku, ibadahku, hidup dan matiku bagi Allah, Tuhan yang memiliki alam keseluruhannya. Tidak ada bersekutu dengan-Nya sesuatu dan dengan demikian aku disuruh dan aku daripada golongan muslimin.
4: Membaca Surah Al-Fatihah
Ejaan Rumi Surah Al Fatihah: Bismillahirahmanirahim. Alhamdulillah hirabbil alamin. Arrahmanirrahim. Maliki yaumiddin. Iyya kana’ budu iyya kanasta ‘in. Ihdinas sirotol mustaqim. Sirotollazina an’am ta’alaihim ghairil maghdu bi ‘alaihim waladhollin
Maksud Surah Al Fatihah: Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah,Tuhan semesta alam. Maha Pemurah,Maha Penyayang. Memiliki hari Pembalasan. Hanya kepada Engkaulah kami menyembah,dan hanya kepada Engkau kami memohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus, (iaitu) jalan orang –orang yang telah Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) mereka yang murka, dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.
5: Membaca apa-apa surah atau ayat Al Quran
Contohnya, membaca Surah An Nas
6: Rukuk
Dilakukan dengan thuma’ninah dimulai dengan bertakbir dengan lafaz Allahu Akhbar. Belakang badan perlu rata, pandangan dihalakan ke tempat sujud dan tangan diletakkan di kepala lutut dalam keadaan selesa.
Bacaan rukuk adalah seperti berikut (dibaca 3 kali)
Ejaan Rumi Bacaan Rukuk: “Subhaa na rabbiyal a’zimi wabihamdih” (diulang sebanyak 3 kali)
Maksud Bacaan Rukuk: Maha Suci Tuhanku Yang Maha Besar dengan segala sifat-Nya yang terpuji.
7: Bangun Iktidal
Dilakukan dengan thuma’ninah dengan melakukan bangun dari rukuk sambil mengucapkan
Ejaan Rumi Iktidal: Sami Allahu Liman Hamidah. Rabbana Lakal Hamdh
Maksud Bacaan Iktidal: Allah mendengar perkataan mereka yang memuji-Nya. Ya Tuhan Kami, untuk-Mu segala pujian.
8: Sujud untuk kali pertama
Bertadbir dengan lafaz Allahu Akhbar lalu turun sujud dan membaca:
Ejaan Rumi Bacaan Sujud: Subhana Rabbiyal A’laa WabiHamDih
Maksud Bacaan Sujud: Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dengan segala kepujiannya.
9: Duduk Antara Dua Sujud
Bangun dari sujud iaitu dalam keadaan duduk sambil menyebut Allahu Akbar tanpa perlu mengangkat tangan. Bacaan tatkala sedang dalam keadaan duduk antara dua sujud adalah seperti berikut:
Ejaan Rumi Bacaan Duduk Antara Dua Sujud: Rabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa ‘AaFinii Wa’fu AnNii
Maksud Bacaan Duduk Antara Dua Sujud: Wahai Tuhanku, ampunilah aku, rahmatilah aku, lindungilah aku dan angkatlah darjatku berilah aku rezeki, dan berilah petunjuk kepadaku, afiatkanlah aku dan ampunilah aku.
10: Sujud untuk kali kedua
Bertakbir dengan menyebut Allahu Akhbar lalu sujud sekali lagi. Kedudukan dan bacaannya adalah sama seperti sujud yang dilakukan pada kali pertama sebelumnya.
- Panduan Lengkap Solat Sunat Ihram: Persediaan Ibadah Umrah dan Haji
- Ucapan & Pantun Hari Raya Aidiladha 2024
- Hari Wukuf: Doa Pada Hari Arafah JAKIM
- Doa Untuk Orang Berangkat Haji Sesuai Sunnah: Mabrur
- Ucapan Haji Mabrur: Doa & Harapan Jemaah Haji Malaysia
1: Berdiri daripada sujud sambil bertadbir mengangkat tangan, menyebut ‘Allahu Akhbar’
2: Membaca Surah Al Fatihah
3: Membaca apa-apa surah atau ayat Al-Quran
Contohnya membaca Surah Al-Kautsar
4: Rukuk
Dilakukan dengan thuma’ninah dimulai dengan bertakbir dengan lafaz Allahu Akhbar . Belakang badan perlu rata, pandangan dihalakan ke tempat sujud dan tangan diletakkan di kepala lutut dalam keadaan selesa.
Bacaan rukuk adalah seperti berikut (dibaca 3 kali)
Ejaan Rumi Bacaan Rukuk: “Subhaa na rabbiyal a’zimi wabihamdih” (diulang sebanyak 3 kali)
Maksud Bacaan Rukuk: Maha Suci Tuhanku Yang Maha Besar dengan segala sifat-Nya yang terpuji.
5: Bangun Iktidal
Dilakukan dengan thuma’ninah dengan melakukan bangun dari rukuk sambil mengucapkan
6: Sujud untuk kali pertama
Bertadbir dengan lafaz Allahu Akhbar lalu turun sujud dan membaca:
Ejaan Rumi Bacaan Sujud: Subhana Rabbiyal A’laa WabiHamDih
Maksud Bacaan Sujud: Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dengan segala kepujiannya.
7: Duduk Antara Dua Sujud
Bangun dari sujud iaitu dalam keadaan duduk sambil menyebut Allahu Akbar tanpa perlu mengangkat tangan. Bacaan tatkala sedang dalam keadaan duduk antara dua sujud adalah seperti berikut:
Ejaan Rumi Bacaan Duduk Antara Dua Sujud: Rabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa ‘AaFinii Wa’fu AnNii
Maksud Bacaan Duduk Antara Dua Sujud: Wahai Tuhanku, ampunilah aku, rahmatilah aku, lindungilah aku dan angkatlah darjatku berilah aku rezeki, dan berilah petunjuk kepadaku, afiatkanlah aku dan ampunilah aku.
8: Sujud untuk kali kedua
Bertakbir dengan menyebut Allahu Akhbar lalu sujud sekali lagi. Kedudukan dan bacaannya adalah sama seperti sujud yang dilakukan pada kali pertama sebelumnya.
9. Duduk Tahiyat Awal
Bangun dari sujud iaitu dalam keadaan duduk sambil menyebut Allahu Akbar tanpa perlu mengangkat tangan. Duduk di atas kaki kiri dengan ibu jari kaki kanan ditegakkan. Telapak tangan kanan digenggam melainkan jari telunjuk kanan diluruskan.
Bacaan Tahiyat Awal adalah seperti berikut:
Ejaan Rumi Bacaan Tahiyat Awal:
Attahiyyatul Mubarakaatush sholawaatuth thayyibatu lillaah,
Assalaamu’alaika ayyuhan nabiyyu warahmatullaahi wabarakaatuh,
Assalaamu’alaina wa’alaa ‘ibaadillaahish shoolihiin.
Asyhadu allaa ilaaha illallaah,
Waasyhadu anna Muhammadan rasuulullaah.
Allahhumma sholli ‘alaa Saidina Muhammad
Wa ‘ala aalihi Saidina Muhammad
Maksud Bacaan Tahiyat Awal: Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.
1: Berdiri daripada sujud sambil bertadbir mengangkat tangan, menyebut ‘Allahu Akhbar’
2: Membaca Surah Al Fatihah
3: Rukuk
Dilakukan dengan thuma’ninah dimulai dengan bertakbir dengan lafaz Allahu Akhbar. Belakang badan perlu rata, pandangan dihalakan ke tempat sujud dan tangan diletakkan di kepala lutut dalam keadaan selesa.
Bacaan rukuk adalah seperti berikut (dibaca 3 kali)
Ejaan Rumi Bacaan Rukuk: “Subhaa na rabbiyal a’zimi wabihamdih” (diulang sebanyak 3 kali)
Maksud Bacaan Rukuk: Maha Suci Tuhanku Yang Maha Besar dengan segala sifat-Nya yang terpuji.
4: Bangun Iktidal
Dilakukan dengan thuma’ninah dengan melakukan bangun dari rukuk sambil mengucapkan
Ejaan Rumi Iktidal: Sami Allahu Liman Hamidah. Rabbana Lakal Hamdh
Maksud Bacaan Iktidal: Allah mendengar perkataan mereka yang memuji-Nya. Ya Tuhan Kami, untuk-Mu segala pujian.
5: Sujud untuk kali pertama
Bertadbir dengan menyebut Allahu Akbar lalu turun sujud dan membaca:
Ejaan Rumi Bacaan Sujud: Subhana Rabbiyal A’laa WabiHamDih
Maksud Bacaan Sujud: Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dengan segala kepujiannya.
6: Duduk Antara Dua Sujud
Bangun dari sujud iaitu dalam keadaan duduk sambil menyebut Allahu Akbar tanpa perlu mengangkat tangan. Bacaan tatkala sedang dalam keadaan duduk antara dua sujud adalah seperti berikut:
Ejaan Rumi Bacaan Duduk Antara Dua Sujud: Rabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa ‘AaFinii Wa’fu AnNii
Maksud Bacaan Duduk Antara Dua Sujud: Wahai Tuhanku, ampunilah aku, rahmatilah aku, lindungilah aku dan angkatlah darjatku berilah aku rezeki, dan berilah petunjuk kepadaku, afiatkanlah aku dan ampunilah aku.
7: Sujud untuk kali kedua
Bertakbir dengan menyebut ‘Allahu Akhbar’ lalu sujud sekali lagi. Kedudukan dan bacaannya adalah sama seperti sujud yang dilakukan pada kali pertama sebelumnya.
1: Berdiri daripada sujud sambil bertadbir mengangkat tangan, menyebut ‘Allahu Akhbar’
2: Membaca Surah Al Fatihah
3: Rukuk
Dilakukan dengan thuma’ninah dimulai dengan bertakbir dengan lafaz Allahu Akhbar. Belakang badan perlu rata, pandangan dihalakan ke tempat sujud dan tangan diletakkan di kepala lutut dalam keadaan selesa.
Bacaan rukuk adalah seperti berikut (dibaca 3 kali)
Ejaan Rumi Bacaan Rukuk: “Subhaa na rabbiyal a’zimi wabihamdih” (diulang sebanyak 3 kali)
Maksud Bacaan Rukuk: Maha Suci Tuhanku Yang Maha Besar dengan segala sifat-Nya yang terpuji.
4: Bangun Iktidal
Dilakukan dengan thuma’ninah dengan melakukan bangun dari rukuk sambil mengucapkan
5: Sujud untuk kali pertama
Bertadbir dengan lafaz Allahu Akhbar lalu turun sujud dan membaca:
Ejaan Rumi Bacaan Sujud: Subhana Rabbiyal A’laa WabiHamDih
Maksud Bacaan Sujud: Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dengan segala kepujiannya.
6: Duduk Antara Dua Sujud
Bangun dari sujud iaitu dalam keadaan duduk sambil menyebut Allahu Akbar tanpa perlu mengangkat tangan. Bacaan tatkala sedang dalam keadaan duduk antara dua sujud adalah seperti berikut:
Ejaan Rumi Bacaan Duduk Antara Dua Sujud: Rabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa ‘AaFinii Wa’fu AnNii
Maksud Bacaan Duduk Antara Dua Sujud: Wahai Tuhanku, ampunilah aku, rahmatilah aku, lindungilah aku dan angkatlah darjatku berilah aku rezeki, dan berilah petunjuk kepadaku, afiatkanlah aku dan ampunilah aku.
7: Sujud untuk kali kedua
Bertakbir dengan menyebut Allahu Akhbar lalu sujud sekali lagi. Kedudukan dan bacaannya adalah sama seperti sujud yang dilakukan pada kali pertama sebelumnya.
8. Duduk Tahiyat Akhir
Bangun dari sujud iaitu dalam keadaan duduk sambil menyebut Allahu Akbar tanpa perlu mengangkat tangan. Duduk di atas kaki kiri dengan ibu jari kaki kanan ditegakkan. Telapak tangan kanan digenggam melainkan jari telunjuk kanan diluruskan.
Sewaktu mengucapkan syahadat, disunatkan untuk menegakkan jari telunjuk kanan.
Bacaan Tahiyat Akhir adalah seperti berikut:
Ejaan Rumi Bacaan Tahiyat Akhir:
Attahiyatul mubarakatus solawatut taiyibatu lillah.
Assalamu’alaika aiyuhan nabiyu warahmatullayhi wabarakatuh.
Assalamu’alaina wa’la ‘ibadillahis salihin.
Asyahadu alla illaha illallah. Wa’asyhadu anna Muhammadar Rasulullah.
Allahumma solli’ala Muhammad wa’ala ali Muhammad.
Kama sollaita’ala Ibrahim wa’ala aliIbrahim.
Wabarik ‘ala Muhammad wa’ala ali Muhammad.
Kama barakta ‘ala Ibrahim wa’ala aliIbrahim. Fil ‘alamina innaka hamidummajid.
Maksud Bacaan Tahiyat Akhir: Segala kehormatan, keberkatan, segala doa (solat) dan kebaikan untuk Allah, keselamatan, rahmat Allah dan berkatNya tetap kepadamu ya Nabi. Keselamatan mudah-mudahan tetap kepada kami dan hamba-hamba Allah yang soleh. Aku mengaku tiada tuhan yang disembah melainkan Allah. Dan aku mengaku Nabi Muhammad SAW ialah pesuruh Allah. Ya Allah, berilah rahmat kepada Penghulu kami Nabi Muhammad dan keluarga Sayidina Muhammad. Sebagaimana Engkau merahmati Sayidina Nabi Ibrahim dan keluarga Sayidina Nabi Ibrahim. Berkatilah penghulu kami Sayidina Nabi Muhammad dan keluarga Penghulu kami Sayidina Muhammad. Sebagaimana Engkau memberkati Sayidinia Nabi Ibrahim dan keluarga Sayidina Nabi Ibrahim. Di alam semesta ini, Engkau sahajalah Yang Paling Terpuji dan Yang Paling Mulia.
9. Memberi Salam
Palingkan muka ke sebelah kanan, dan ucapkan salam
“Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh”
Palingkan muka ke sebelah kiri, dan ucapkan salam
“Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh”
Alhamdulillah, Selesai
Carian Berkaitan: Solat Isyak Solat Isyak