Panduan Solat Sunat Dhuha – Niat, Cara dan Doa (Rumi)

Solat Sunat Dhuha mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Perkataan DHUHA membawa maksud MATAHARI atau CAHAYA MATAHARI.

Manakala dari segi istilah pula, SOLAT DHUHA ini merupakan solat yang dilakukan pada waktu matahari baru terbit.

Solat ini dianggap sebagai pengganti kepada sedekah yang perlu dilakukan oleh setiap sendi yang ada pada tubuh badan manusia.

Nabi Muhammad saw bersabda, maksudnya: Setiap sendi pada tubuh kamu perlu bersedekah. Kesemuanya itu dapat diganti dengan mengerjakan solat sunat dhuha 2 rakaat. - Hadis Riwayat Abu Zar

Waktu Solat Sunat Dhuha

Solat sunat dhuha dilakukan bermula ketika matahari berada pada ketinggian 3 meter atau 22 setengah darjah atau sekitar pukul 8.15 pagi hingga masuk waktu zuhur.

Manakala waktu yang paling afdal ialah pada ketika matahari berada pada ketinggian 45 darjah iaitu 1/4 daripada waktu siang (sekitar pukul 10.00 pagi)

Solat sunat dhuha ini dilaksanakan sekurang-kurangnya 2 rakaat dan sebanyak-banyaknya sehingga 12 rakaat.

Panduan Solat Sunat Dhuha - Niat, Cara dan Doa (Rumi)

Kelebihan Solat Sunat Dhuha Mengikut Rakaat

Sekiranya kamu bersolat dhuha 2 rakaat, kamu tidak ditulis sebagai orang yang lupa. Sekiranya kami bersolat 4 rakaat, kamu pasti ditulis sebagai orang yang baik. Sekiranya kamu bersolat 6 rakaat, kamu pasti ditulis sebagai orang yang beribadah. Sekiranya kami bersolat 8 rakaat, kamu pasti ditulis sebagai orang yang berjaya. Sekiranya kamu bersolat 10 rakaat, kamu tidak ditulis sebagai orang yang berdosa pada hari itu. Sekiranya kamu bersolat 12 rakaat, maka Allah swt akan membina sebuah rumah untuk kamu di dalam syurga. - Hadis Riwayat al-Baihaqi

Bacaan Surah dan Bilangan Rakaat Solat Sunat Dhuha

Solat sunat dhuha didirikan secara dua rakaat satu salam ataupun didirikan kesemua rakaat sekaligus

Bacaan solat 2 rakaat – Pada rakaat pertama dibaca al-Fatihah diikuti surah Asy-Syams dan surah al-Kafirun. Pada rakaat kedua dibaca surah al-Fatihah, diikuti surah adh-Dhuha dan surah al-Ikhlas.

Bagi solat yang lebih daripada 2 rakaat, pada rakaat pertama dibaca surah al-Fatihah dan surah al-Kafirun. Manakala pada rakaat keduanya pula dibacakan surah al-Fatihah dan surah al-Ikhlas. Bacaan ini diulangi sehingga habis kesemua rakaat.

Lafaz Niat Solat Sunat Dhuha

Doa Selepas Solat Sunat Dhuha – Rumi, Jawi dan Terjemahan Bahasa Melayu

اَللَّهُمَّ إِنَّ الضَّحَاءَ ضَحَاءُكَ، وَالْبَهَاءَ بَهَاءُكَ، وَالْجَمَالَ جَمَالُكَ، وَالْقُوَّةَ قُوَّتُكَ، وَالْقُدْرَةَ قُدْرَتُكَ، وَالْعِصْمَةَ عِصْمَتُكَ، اَللَّهُمَّ إِنْ كَانَ رِزْقِيْ فِي السَّمَاءِ فَأَنْزِلْهُ، وَإِنْ كَانَ فِيْ الأَرْضِ فَأَخْرِجْهُ، وَإِنْ كَانَ مُعَسِّرًا فَيَسِّرْهُ، وَإِنْ كَانَ حَرَامًا فَطَهِّرْهُ، وَإِنْ كَانَ بَعِيْداً فَقَرِّبْهُ، بِحَقِّ ضُحُائِكَ وَبَهَائِكَ وَجَمَالِكَ وَقُوَّتِكَ وَقُدْرَتِكَ آتِنِي مَا آتَيْتُ عِبَادِكَ الصَّالِحِيْنَ. وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَآلِهِ وَصَحْبِهِ اَجْمَعِيْنَ،

Ya Allah, sesungguhnya waktu Duha itu ialah waktu Duha-Mu, kecerahan itu ialah kecerahan-Mu, keindahan itu ialah keindahan-Mu, kekuatan itu ialah kekuatan-Mu, kekuasaan itu ialah kekuasaan-Mu dan perlindungan itu ialah perlindungan-Mu. Ya Allah, jika rezekiku ada di langit maka turunkanlah, jika ada di dalam perut bumi maka keluarkanlah, jika ia sukar maka permudahkanlah, jika ia haram maka sucikanlah, jika ia jauh maka dekatkanlah. Berkat waktu Duha-Mu, kecerahan-Mu, keindahan-Mu, kekuatan-Mu dan kekuasaan-Mu, berikanlah kepada kami segala apa (kebaikan) yang telah Engkau berikan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh. Rahmat Allah ke atas junjungan kita Nabi Muhammad, keluarga dan sahabatnya sekalian. Dan segala puji bagi Allah Tuhan seru sekalian alam.
  • Allahumma Innadh Dhuha-A Dhuha-Uka
  • Wal Bahaa-A Bahaa-Uka
  • Wal Jamaala Jamaaluka
  • Wal Quwwata Quwwatuka
  • Wal Qudrata Qudratuka
  • Wal Ishmata Ishmatuka
  • Allahuma Inkaana Rizqi Fis Samma-I Fa Anzilhu
  • Wa Inkaana Fil Ardhi Fa-Akhrijhu
  • Wa Inkaana Mu’asiran Fayassirhu
  • Wa Inkaana Haraaman Fathahhirhu
  • Wa Inkaana Ba’idan Fa Qaribhu
  • Bihaqqiduhaa-Ika Wa Bahaaika
  • Wa Jamaalika Wa Quwwatika Wa Qudratika
  • Aatini Maa Ataita Ibadikash Shalihin