Kita sebagai manusia biasa pastinya tidak akan dapat lari daripada melakukan dosa sama ada dosa kecil mahupun dosa besar.
Dengan rahmat dan kasih sayang Allah swt, Dia memberikan ruang yang seluas-luasnya untuk hamba-Nya bertaubat atas segala dosa-dosa yang dilakukan.
Kerana sesungguhnya sifat Allah swt itu adalah Maha Pengasih, Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Firman Allah swt, maksudnya: Wahai orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah swt dengan sebenar-benar taubat. - Surah at-Tahrim, ayat 8
Allah swt turut memberikan harapan kepada hamba-Nya untuk tidak berputus asa daripada rahmat dan nikmat-Nya.
Firman Allah swt, maksudnya: Katakanlah wahai Muhammad, 'Wahai para hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah swt, kerana sesungguhnya Allah swt mengampunkan segala dosa. Sesungguhnya Dia jua yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. - Surah Az-Zumar, ayat 53
Perkataan TAUBAT itu bermaksud perbuatan meninggalkan maksiat atau dosa serta kembali kepada fitrah Allah swt.
Kita disunatkan untuk sentiasa bertaubat secara berterusan. Bertaubat daripada melakukan kesalahan adalah wajib dan perlu dilakukan dengan segera. Lebih afdal sekiranya taubat yang dilakukan diiringi dengan solat sunat 2 rakaat. Solat sunat taubat merupakan solat 2 rakaat yang dilakukan kerana bertaubat kepada Allah swt atas segala dosa yang dilakukan.
Saidina Abu Bakar berkata, Nabi Muhammad saw bersabda, maksudnya: Sesiapa yang melakukan dosa, kemudian dia berwuduk dan mendirikan solat 2 rakaat serta memohon keampunan kepada Allah, maka Allah akan mengampuninya.
- Bergambar – Koleksi Kad Ucapan Hari Lahir Islamik Lengkap
- 7 Perkara yang Disunatkan untuk Mandi Sunat
- (Lengkap) Bacaan Dalam Solat dan Terjemahan Bahasa Melayu
- Rukun dan Cara Mandi Wajib Berdasarkan Dalil Hadis Nabi
Syarat Taubat
- Ikhlas ingin bertaubat
- Berjanji untuk tidak akan mengulangi perbuatan atau dosa itu lagi
- Menyesali perbuatan yang dilakukan
- Mempunyai tekad serta kesungguhan dalam hati untuk tidak melakukan perbuatan atau dosa itu lagi
- Taubat sebelum ajal menjelma
Tata Cara Taubat
- Segera bertaubat tatkala menyedari telah melakukan kesalahan dan menyesali perbuatan yang dilakukan
- Segera meninggalkan perbuatan atau dosa atau maksiat tersebut serta bertekad untuk tidak mengulanginya lagi
- Digalakkan untuk melakukan solat sunat taubat 2 rakaat
- Sekiranya perbuatan tersebut melibatkan orang lain, perlu segera minta maaf dengan orang tersebut.
Niat Solat Sunat Taubat 2 Rakaat
Cara Menunaikan Solat Sunat 2 Rakaat
Berdiri tegak menghadap kiblat. Sunat melafazkan Niat dalam Bahasa Arab
Bacaan niat dalam bahasa arab adalah seperti pada gambar di atas.
Takbiratul Ihram
Angkat tangan bertakbir الله أكبر sambil berniat solat sunat Isyraq 2 rakaat (seperti diatas).
Terjemahan Niat: Sahaja aku solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah Taala
Membaca Surah al-Fatihah
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَٰلَمِينَ
ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ
مَٰلِكِ يَوْمِ ٱلدِّينِ
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
ٱهْدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ
صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا ٱلضَّآلِّينDengan nama
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
Membaca Surah al-Ikhlas
Rukuk
سُبْحَانَ رَبِّيَ الْعَظِيْمِ وَبِحَمْدِهِ
Maha Suci Tuhanku Yang Maha Agung, dan dengan pujian untuk-Nya.
Iktidal
سَمِعَ اللهُ لِمَنْ حَمِدَهُ رَبَّنَا وَلَكَ الْحَمْدُ
Allah mendengar perkataan mereka yang memuji-Nya.Ya Tuhan Kami, untuk-Mu segala pujian
Sujud Pertama
سُبْحَانَ رَبِّىَ الْأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ
Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dengan segala kepujian-Nya
Duduk Antara Dua Sujud
رب اغْفِرلي وَارْحَمْنِى واجبرني وَارْفَعْنِي وَارْزُقْنِى وَاهْدِنِى وَعَافِنِى وَاعْفُ عَنِّى
Wahai Tuhanku, ampunilah aku, rahmatilah aku, lindungilah aku dan angkatlah darjatku berilah aku rezeki, dan berilah petunjuk kepadaku, afiatkanlah aku dan ampunilah aku
Sujud Kedua
سُبْحَانَ رَبِّىَ الْأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ
Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dengan segala kepujian-Nya
Qiam rakaat kedua, mengangkat Takbiratul ihram
Angkat tangan bertakbir الله أكبر (Allah Maha Besar)
Membaca Surah al-Fatihah
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَٰلَمِينَ
ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ
مَٰلِكِ يَوْمِ ٱلدِّينِ
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
ٱهْدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ
صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا ٱلضَّآلِّين
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
Membaca Surah an-Nas
Rukuk
سُبْحَانَ رَبِّيَ الْعَظِيْمِ وَبِحَمْدِهِ
Maha Suci Tuhanku Yang Maha Agung, dan dengan pujian untuk-Nya.
Iktidal
سَمِعَ اللهُ لِمَنْ حَمِدَهُ رَبَّنَا وَلَكَ الْحَمْدُ
Allah mendengar perkataan mereka yang memuji-Nya.Ya Tuhan Kami, untuk-Mu segala pujian
Sujud Pertama
سُبْحَانَ رَبِّىَ الْأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ
Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dengan segala kepujian-Nya
Duduk Antara Dua Sujud
رب اغْفِرلي وَارْحَمْنِى واجبرني وَارْفَعْنِي وَارْزُقْنِى وَاهْدِنِى وَعَافِنِى وَاعْفُ عَنِّى
Wahai Tuhanku, ampunilah aku, rahmatilah aku, lindungilah aku dan angkatlah darjatku berilah aku rezeki, dan berilah petunjuk kepadaku, afiatkanlah aku dan ampunilah aku
Sujud Kedua
سُبْحَانَ رَبِّىَ الْأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ
Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dengan segala kepujian-Nya
Duduk Antara Dua Sujud dan Membaca Tahiyat Akhir
اَلتَّحِيَّاتُ الْمُبَارَكَاتُ الصَّلَوَاتُ الطَّيِّبَاتُ ِللهِ، السَّلاَمُ عَلَيْكَ اَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ، السَّلاَمُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِاللهِ الصَّالِحِيْنَ، أَشْهَدُ اَنْ لآ إِلَهَ إِلاَّاللهُ وَاَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ اللهُ، اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى اِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ اِبْرَاهِيْمَ وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَرَكْتَ عَلَى اِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ اِبْرَاهِيْمَ فِى الْعَالَمِيْنَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْدٌ
Segala kehormatan, keberkatan, segala doa (solat) dan kebaikan untuk Allah, keselamatan, rahmat Allah dan berkatNya tetap kepadamu ya Nabi. Keselamatan mudah-mudahan tetap kepada kami dan hamba-hamba Allah yang soleh. Aku mengaku tiada tuhan yang disembah melainkan Allah. Dan aku mengaku Nabi Muhammad SAW ialah pesuruh Allah. Ya Allah, berilah rahmat kepada Penghulu kami Nabi Muhammad dan keluarga Sayidina Muhammad. Sebagaimana Engkau merahmati Sayidina Nabi Ibrahim dan keluarga Sayidina Nabi Ibrahim. Berkatilah penghulu kami Sayidina Nabi Muhammad dan keluarga Penghulu kami Sayidina Muhammad. Sebagaimana Engkau memberkati Sayidinia Nabi Ibrahim dan keluarga Sayidina Nabi Ibrahim. Di alam semesta ini, Engkau sahajalah Yang Paling Terpuji dan Yang Paling Mulia.
Memberi Salam
السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ
Semoga kamu dilimpahi kesejahteraan dan rahmat Allah