Panduan Solat Sunat Witir – Niat, Cara, Waktu dan Doa (Rumi)

Solat Sunat Witir termasuk dalam solat sunat yang digalakkan iaitu Sunat Muakkad. Solat sunat ini dikerjakan dalam jumlaah rakaat yang ganjil sama ada 1, 3, 5, 7, 9 atau 11 rakaat.

Saidina Aili ra berkata, maksudnya: 

Solat Witir tidak wajib seperti solat-solat fardhu. Walaubagaimanapun, Nabi Muhammad saw sentiasa mengerjakan solat sitir. Baginda mengatakan, 'Wahai ahli al-Quran, dirikanlah solat witir. Sesungguhnya Allah itu ganjil dan Dia suka sesuatu yang ganjil (solat witir)." - Hadis Riwayat Ahamd

Maksud Witir

Dari sudut bahasa, perkataan WITIR itu bermaksud ganjil atau tunggal. Dari segi istilah pula, ia merupakan solat sunat pada waktu malam yang dikerjakan selepas menunaikan solat fardhu Isyak

Hukum Solat Sunat Witir

Jumhur ulama berpendapat, solat witir termasuk dalam sunat muakkad iaitu ibadah sunat yang amat digalakkan. Manakala mazhab Hanafi pula menghukumkannya sebagai wajib berdasarkan kepada dalil berikut:

Daripada Saidina Ali ra, maksudnya: Solat witir tidaklah wajib seperti solat yang difardhukan kepada kamu, tetapi Rasulullah melakukannya. Dan baginda mengatakan bahwa Allah itu tunggal (witir) dan Dia sukakan solat witir. Oleh itu, lakukanlah solat witir wahai ahli al-Quran. - Hadis Riwayat at-Tirmidzi

Waktu Melakukan Solat Sunat Witir

Waktu difarhukan untuk menunaikan solat sunat witir ini adalah sepanjang malam selepas mengerjakan solat fardhu isyak. Ini adalah berdasarkan kepada dalil seperti berikut:

  1. Selepas Isyak Sehingga Subuh

Daripada Amru bin al-Ash daripada Abu Basrah al-Ghifari, Rasulullah saw bersabda, maksudnya: Allah menambah untuk kamu satu solat, iaitu solat witir. Oleh itu solatlah kamu di antara solat isyak sehingga solat subuh. – Hadis Riwayat Ahmad

  1. Selepas Isyak Sebelum Subuh

Daripada Abu Said ra, Rasulullah saw bersabda, maksudnya: Dirikanlah solat witir sebelum masuk waktu subuh. – Hadis Riwayat Ibnu Majah

Daripada Abdullah bin Umar, Rasulullah saw bersabda, maksudnya: Dahulukanlah subuh dengan solat witir – Hadis Riwayat at-Tirmidzi

  1. Solat Sunat Witir Sebelum Tidur

Kekasihku (Rasulullah) mewasiatkan 3 perkara kepadaku yang aku tidak akan tinggalkan. Dia menasihatkanku supaya berpuasa 3 hari pada setiap bulan, tidak tidur sebelum bersolat witir dan 2 rakaat dhuha ketika hadir atau musafir. – Hadis Riwayat Abu Daud

  1. Solat Sunat Witir pada Akhir Malam

Abu Hurairah berkata, Rasulullah saw bersabda, maksudnya: Sesiapa yang bimbang tidak dapat bangun pada akhir malam, hendaklah dia bersolat witir pada awal malam. Dan sesiapa yang hendak bangun pada akhir malam, bersolatlah pada akhir malam ini kerana solat pada akhir malam disaksikan oleh malaikat dan ia lebih baik. – Hadis Riwayat Muslim

Doa Qunut dalam Solat Sunat Witir (Jawi, Rumi dan Terjemahan Bahasa Melayu)

Membaca doa qunut dalam solat sunat witir adalah digalakkan dan hukumnya sunat

اَللّهُمَّ اهْدِنِىْ فِيْمَنْ هَدَيْتَ ,وَ عَافِنِى فِيْمَنْ عَافَيْتَ ,وَتَوَلَّنِىْ فِيْمَنْ تَوَلَّيْتَ
وَبَارِكْ لِىْ فِيْمَا اَعْطَيْتَ ,وَقِنِيْ شَرَّمَا قََضَيْتَ ،فَاِ نَّكَ تَقْضِىْ وَلاَ يُقْضَى عَلَيْكَ
وَاِ نَّهُ لاَ يَذِلُّ مَنْ وَالَيْتَ ,وَلاَ يَعِزُّ مَنْ عَادَيْتَ
تَبَارَكْتَ رَبَّنَا وَتَعَالَيْتَ ,فَلَكَ الْحَمْدُ عَلَى مَا قَضَيْتَ
وَاَسْتَغْفِرُكَ وَاَتُوْبُ اِلَيْكَ
وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدَنَا مُحَمَّدٍ النَّبِيِّ اْلاُمِّيِّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

Allah humah dini fiman hadait.
Ya Allah berikanlah aku hidayah sebagaimana mereka yang telah Engkau beri hidayah.

Wa’a fini fiman ‘afait.
Berikan kesihatan kepadaku sebagaimana mereka yang telah Engkau berikan kesihatan.

Watawallani fiman tawalait.
Dan peliharalah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau peliharakan.

Wabarikli fimaa a’tait.
Berilah keberkatan bagiku pada apa-apa yang telah Engkau kurniakan.

Waqinii (birohmatika) syarramaa qadhait.
Dan selamatkan aku (dengan rahmat Allah) dari bahaya yang telah Engkau tentukan.

Fainnaka taqdhi wala yuqdha ‘alaik.
Maka sesungguhnya, Engkaulah yang menghukum dan bukannya yang kena hukum.

Wainnahu layadziluman walait.
Dan sesungguhnya tidak hina orang yang Engkau pimpin.

Walaa ya’izzuman ‘adait.
Dan tidak mulia orang yang Engkau musuhi.

Tabaa rakta rabbana wata’alait.
Maha Suci Engkau wahai Tuhan kami dan Maha Tinggi

Falakalhamdu ‘ala maaqadzait.
Maka bagi Engkaulah segala pujian di atas apa yang Engkau hukumkan.

Wa Nastaghfiruka Wa Natubu Ilaik.
Dan kami memohon ampun dari-Mu dan kami bertaubat kepada-Mu.

Wasallallahu ‘ala Saidina Muhammadinin nabiyil ummiyi waala aalihi wasahbihi wasalam.
Dan semoga Allah mencurahkan rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarganya.

Bilangan Rakaat Solat Sunat Witir

  1. Kaedah Paling Ringkas: 1 rakaat + 1 salam
  2. Kaedah yang digalakkan: 3 rakaat + 2 salam
  3. Kaedah paling sempurna: 11 rakaat + 6 salam

Lafaz Niat Solat Sunat Witir (2 + 1 Rakaat) – Jawi Rumi dan Terjemahan Bahasa Melayu

Solat sunat witir dilakukan antara 1 rakaat, 3 rakaat, 5 rakaat, 7 rakaat, 9 rakaat ataupun 11 rakaat. Seandainya dikerjakan lebih daripada 1 rakaat, maka setiap 2 rakaat hendaklah diberi salam dan diakhir dengan solat 1 rakaat.

Bagi solat 1 rakaat, dibaca surah al-Fatihah, surah al-Ikhlas, surah al-Falaq dan Surah an-Nas. Manakala solat 3 rakaat, pada rakaat pertama dibaca surah al-Fatihah dan surah al-A’la. Pada rakaat kedua dibaca surah al-Fatihah dan surah al-Kafirun, dan pada rakaat ketiga dibaca surah al-Fatihah, surah al-Ikhlas, surah surah al-Falaq dan Surah an-Nas

Panduan Solat Sunat Witir 3 Rakaat dengan 2 Salam

2 RAKAAT PERTAMA

Berdiri Menghadap Kiblat

Berdiri tegak menghadap kiblat. Sunat untuk melafazkan niat dalam bahasa Arab (rujuk panduan niat untuk solat sunat witir 2 rakaat di atas).

Takbiratul Ihram

Angkat tangan bertakbir الله أكبر sambil berniat solat sunat witir 2 rakaat.

Membaca Surah al-Fatihah

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَٰلَمِينَ
ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ
مَٰلِكِ يَوْمِ ٱلدِّينِ
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
ٱهْدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ
صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا ٱلضَّآلِّين

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

Membaca Surah al-A’la

Rukuk

سُبْحَانَ رَبِّيَ الْعَظِيْمِ وَبِحَمْدِهِ

Maha Suci Tuhanku Yang Maha Agung, dan dengan pujian untuk-Nya.

Iktidal

سَمِعَ اللهُ لِمَنْ حَمِدَهُ رَبَّنَا وَلَكَ الْحَمْدُ

Allah mendengar perkataan mereka yang memuji-Nya.Ya Tuhan Kami, untuk-Mu segala pujian

Sujud Pertama

سُبْحَانَ رَبِّىَ الْأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ

Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dengan segala kepujian-Nya

Duduk Antara Dua Sujud

رب اغْفِرلي وَارْحَمْنِى واجبرني وَارْفَعْنِي وَارْزُقْنِى وَاهْدِنِى وَعَافِنِى وَاعْفُ عَنِّى

Wahai Tuhanku, ampunilah aku, rahmatilah aku, lindungilah aku dan angkatlah darjatku berilah aku rezeki, dan berilah petunjuk kepadaku, afiatkanlah aku dan ampunilah aku

Sujud Kedua

سُبْحَانَ رَبِّىَ الْأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ

Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dengan segala kepujian-Nya

Kemudian, berdiri semula untuk rakaat kedua

Membaca Surah al-Kafirun

Duduk Antara Dua Sujud dan Membaca Tahiyat Akhir

اَلتَّحِيَّاتُ الْمُبَارَكَاتُ الصَّلَوَاتُ الطَّيِّبَاتُ ِللهِ، السَّلاَمُ عَلَيْكَ اَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ، السَّلاَمُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِاللهِ الصَّالِحِيْنَ، أَشْهَدُ اَنْ لآ إِلَهَ إِلاَّاللهُ وَاَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ اللهُ، اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى اِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ اِبْرَاهِيْمَ وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَرَكْتَ عَلَى اِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ اِبْرَاهِيْمَ فِى الْعَالَمِيْنَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْدٌ

Segala kehormatan, keberkatan, segala doa (solat) dan kebaikan untuk Allah, keselamatan, rahmat Allah dan berkatNya tetap kepadamu ya Nabi. Keselamatan mudah-mudahan tetap kepada kami dan hamba-hamba Allah yang soleh. Aku mengaku tiada tuhan yang disembah melainkan Allah. Dan aku mengaku Nabi Muhammad SAW ialah pesuruh Allah. Ya Allah, berilah rahmat kepada Penghulu kami Nabi Muhammad dan keluarga Sayidina Muhammad. Sebagaimana Engkau merahmati Sayidina Nabi Ibrahim dan keluarga Sayidina Nabi Ibrahim. Berkatilah penghulu kami Sayidina Nabi Muhammad dan keluarga Penghulu kami Sayidina Muhammad. Sebagaimana Engkau memberkati Sayidinia Nabi Ibrahim dan keluarga Sayidina Nabi Ibrahim. Di alam semesta ini, Engkau sahajalah Yang Paling Terpuji dan Yang Paling Mulia.

Memberi Salam

السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ

Semoga kamu dilimpahi kesejahteraan dan rahmat Allah

1 RAKAAT TERAKHIR

Berdiri Menghadap Kiblat

Berdiri tegak menghadap kiblat. Sunat untuk melafazkan niat dalam bahasa Arab (rujuk panduan niat untuk solat sunat witir 1 rakaat di atas).

Takbiratul Ihram

Angkat tangan bertakbir الله أكبر sambil berniat solat sunat witir 1 rakaat.

Membaca Surah al-Fatihah

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَٰلَمِينَ
ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ
مَٰلِكِ يَوْمِ ٱلدِّينِ
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
ٱهْدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ
صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا ٱلضَّآلِّين

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

Membaca 3 Qul

Surah al-Ikhlas

Surah al-Falaq

Surah an-Nas

Rukuk

سُبْحَانَ رَبِّيَ الْعَظِيْمِ وَبِحَمْدِهِ

Maha Suci Tuhanku Yang Maha Agung, dan dengan pujian untuk-Nya.

Iktidal

سَمِعَ اللهُ لِمَنْ حَمِدَهُ رَبَّنَا وَلَكَ الْحَمْدُ

Allah mendengar perkataan mereka yang memuji-Nya.Ya Tuhan Kami, untuk-Mu segala pujian

Sujud Pertama

سُبْحَانَ رَبِّىَ الْأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ

Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dengan segala kepujian-Nya

Duduk Antara Dua Sujud

رب اغْفِرلي وَارْحَمْنِى واجبرني وَارْفَعْنِي وَارْزُقْنِى وَاهْدِنِى وَعَافِنِى وَاعْفُ عَنِّى

Wahai Tuhanku, ampunilah aku, rahmatilah aku, lindungilah aku dan angkatlah darjatku berilah aku rezeki, dan berilah petunjuk kepadaku, afiatkanlah aku dan ampunilah aku

Sujud Kedua

سُبْحَانَ رَبِّىَ الْأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ

Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dengan segala kepujian-Nya

Duduk Antara Dua Sujud dan Membaca Tahiyat Akhir

اَلتَّحِيَّاتُ الْمُبَارَكَاتُ الصَّلَوَاتُ الطَّيِّبَاتُ ِللهِ، السَّلاَمُ عَلَيْكَ اَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ، السَّلاَمُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِاللهِ الصَّالِحِيْنَ، أَشْهَدُ اَنْ لآ إِلَهَ إِلاَّاللهُ وَاَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ اللهُ، اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى اِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ اِبْرَاهِيْمَ وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَرَكْتَ عَلَى اِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ اِبْرَاهِيْمَ فِى الْعَالَمِيْنَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْدٌ

Segala kehormatan, keberkatan, segala doa (solat) dan kebaikan untuk Allah, keselamatan, rahmat Allah dan berkatNya tetap kepadamu ya Nabi. Keselamatan mudah-mudahan tetap kepada kami dan hamba-hamba Allah yang soleh. Aku mengaku tiada tuhan yang disembah melainkan Allah. Dan aku mengaku Nabi Muhammad SAW ialah pesuruh Allah. Ya Allah, berilah rahmat kepada Penghulu kami Nabi Muhammad dan keluarga Sayidina Muhammad. Sebagaimana Engkau merahmati Sayidina Nabi Ibrahim dan keluarga Sayidina Nabi Ibrahim. Berkatilah penghulu kami Sayidina Nabi Muhammad dan keluarga Penghulu kami Sayidina Muhammad. Sebagaimana Engkau memberkati Sayidinia Nabi Ibrahim dan keluarga Sayidina Nabi Ibrahim. Di alam semesta ini, Engkau sahajalah Yang Paling Terpuji dan Yang Paling Mulia.

Memberi Salam

السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ

Semoga kamu dilimpahi kesejahteraan dan rahmat Allah

DOA SELEPAS SOLAT SUNAT WITIR (RUMI)

Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan keredhaan-Mu, daripada kemurkaan-Mu, dan aku berlindung dengan kemaafan-Mu daripada balasan-Mu, dan aku berlindung dengan-Mu seperti puji-Mu sendiri ke atas diri-Mu. Maka segala pujian dan sanjungan sehingga Engkau redhai.

Aminnn Ya Robbal Alamin