Penerangan Tentang 6 Syarat Wajib Puasa Pada Bulan Ramadan

6 Syarat Wajib Puasa Pada Bulan Ramadan

Terdapat 6 Syarat wajib puasa. Iaitu

  1. Beragama Islam
  2. Baligh – tidak wajib bagi mereka yang belum cukup umur / dewasa. Umur akil baligh bagi lelaki adalah antara 12 – 15 tahun dan bagi perempuan pula adalah antara 9 – 12 tahun.
  3. Berakal – Orang gila tidak diwajibkan untuk berpuasa.
  4. Bermukim – Orang yang sedang bermusafir (dalam perjalanan) tidak diwajibkan untuk berpuasa. Namun, dia wajib untuk menggantikannya (qada’) mengikut bilangan hari yang ditinggalkan.
  5. Suci dari haid dan nifas
  6. Mampu berpuasa – Orang yang sakit tidak diwajibkan untuk berpuasa. Islam itu indah dan tidak menzalimi orang yang sakit. Namun, sekiranya muslim tersebut tetap ingin berpuasa, tidak ditegah selagimana tidak mendatangkan kemudaratan kepadanya.

Baca: Cara Sujud Tilawah – Surah, 14 Ayat dan Hukum

Penerangan Tentang 6 Syarat Wajib Puasa Pada Bulan Ramadan

Bolehkah Orang Kafir (Bukan Islam) Berpuasa?

Tidak wajib bagi mereka. Sekiranya kelak mereka memeluk Islam, tidak diwajibkan untuk mereka menggantikan (qada’) puasa yang telah lalu.

Cadangan Jadual Berpuasa Ramadan untuk Kanak-Kanak

Melentur buluh, biar daripada rebungnya. Kanak-kanak tidak wajib untuk melaksanakan ibadah puasa pada bulan ramadan atas sebab belum cukup umur (akil baligh). Namun, sebagai ibu bapa kita boleh mula mendidik dan melatih mereka untuk berpuasa. Berikut merupakan cadangan jadual berpuasa untuk anak:

  • Darjah 1: Puasa sehingga pukul 1 tengah hari
  • Darjah 2: Puasa sehingga pukul 2 petang
  • Darjah 3: Puasa sehingga pukul 3 petang
  • Darjah 4: Puasa sehingga pukul 4 petang

Apapun, ia juga bergandung kepada individu / tahap ketahanan masing-masing.

Ciri – Ciri Orang yang Telah Akil Baligh

LELAKI

  • Perubahan pada buah zakar dan testis
  • Tumbuh misai, janggut serta suara yang lebih garau
  • Tumbuh bulu pada ketiak dan kemaluan

PEREMPUAN

  • Perubahan pada faraj dan ovari
  • Payudara dan punggung yang membesar
  • Tumbuh bulu pada ketiak dan kemaluan

Nota: Mazhab al-Syafie dan Ahmad berpandangan had umur baligh seseorang itu adalah pada umur 15 tahun. Manakala, mazhab al-Maliki dan al-Hanafi berpendapat had umur baligh seseorang itu adalah pada umur 18 tahun.

Orang Gila Boleh Puasa ke?

Tidak wajib berpuasa untuk orang gila.

Rujukan: MKN