Pengajaran Surah Al Fil Rumi dan Kelebihan

Surah Al Fil mempunyai 5 ayat dan ia diturunkan di Mekah (Ayat Makkiyyah). Surah ini menceritakan tentang serangan tentera bergajah yang diketuai oleh Abrahah.

Peristiwa serangan ini berlaku pada tahun kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Allah SWT telah menghantar pertolongan melalui burung ababil yang telah menghancurkan dan mematikan mereka semua.

Menurut sumber, kejadian kehancuran tentera bergajah ini berlaku di kawasan yang terletak di antara Mina dan Muzdalifah.

Baca: Selamat Malam Sahabat Quotes Bahasa Melayu

Surah Al Fil Rumi

1) ALAM TARA KAYFA FA’ALA RABBUKA BI ASH-HAABIL FIIL

2) ALAM YAJ’AL KAYDAHUM FI TADHLIIL

3) WA ARSALA ALAYHIM THAY-RAN ABAABIIL

4) TARMIIHIM BI HIJAARATIN MIN SIJJIIL

5) FAJA’ALAHUM KA ASHFINMA-AKUUL.

Terjemahan Surah Al Fil dalam Bahasa Melayu

Tidakkah engkau mengetahui bagaimana Tuhanmu telah melakukan kepada angkatan tentera (yang dipimpin oleh pembawa) Gajah, (yang hendak meruntuhkan Kaabah)? Bukankah Tuhanmu telah menjadikan rancangan jahat mereka dalam keadaan yang rugi dan memusnahkan mereka? Dan Ia telah menghantarkan kepada mereka (rombongan) burung berpasuk-pasukan, Yang melontar mereka dengan batu-batu dari sejenis tanah yang dibakar keras,Lalu Ia menjadikan mereka hancur berkecai seperti daun-daun kayu yang dimakan ulat.

Pengajaran Surah Al Fil Rumi dan Kelebihan

Kelebihan dan Pengajaran dari Surah Al Fil

Dibaca dalam solat sunat qabliah Subuh 2 rakaat selepas Fatihah, surah As-Syarh (Alam Nasyrah) dan Al-Fil dengan izin Allah tangan musuh tidak akan sampai pada kita dan terhindar dari penyakit buasir.

Ikhtiar bagi Penyakit Kanser

  • Selepas solat lima waktu, bacalah Surah al-Fatihah sekali, diikuti Surah Al-Ikhlas tiga kali, selawat ke atas Nabi tiga kali lalu teruskan membaca Surah al-Fil 21 kali.
  • Setiap kali baca Surah Al-Fil, hendaklah tiup dan hembuskan pada tempat penyakit kanser tersebut.
  • Setiap kali menghembuskan nafas itu, hendaklah ingat maksud dalam hati, supaya Allah hancur lenyapkan penyakit kanser tersebut..!

(Sebagaimana hancur dan lenyapnya pasukan tentera bergajah seperti dalam ayat terakhir Surah Al-Fil itu)

Pengajaran Surah Al Fil Rumi dan Kelebihan
Baca: Surah 3 Kul PDF – Rumi, Maksudnya dan Kelebihan

*** Lakukan 21 kali baca dan tiup. Buatlah selama 21 hari selepas solat lima waktu.

*** Dan sekiranya penyakit kanser itu berada dalam organ badan seperti di dalam usus, limpa, buah pinggang dan di dalam kepala, maka caranya seperti tersebut di atas itu juga.

*** Cuma tambahannya hendaklah tarik nafas perlahan-lahan seakan-akan kita memasukkan amalan surah itu ke dalam tubuh badan, terutamanya ke tempat kanser tersebut.

***Lakukan tarik nafas tersebut sehingga 21 kali juga selama 21 hari setiap lepas solat lima waktu.

Lakukan dengan penuh keyakinan dan sabar. Perlu diingat, yang menyembuhkan ialah Allah swt

Memang setiap orang tahu, “Setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati.” Ayat Al-Quran tersebut hanya sebagai asbab atau wasilah untuk mencapai maksud.

Carian Berkaitan: Pengajaran Surah Al Fil Rumi dan Kelebihan