Surah ini dinamakan sebagai al-Kautsar / al-Kauthar kerana merujuk kepada telaga yang dikurniakan oleh Allah swt kepada Nabi Muhammad saw serta penjagaan-Nya buat Baginda di hari akhirat kelak.
Surah ini mengandungi 3 ayat sahaja menjadikannya sebagai surah paling pendek dalam al-Quran. Nama lain bagi surah ini ialah An-Nahr.
Jumhur ulama mengatakan surah ini diturunkan di Mekah. iaitu sesudah turunnya surah al-Aadiyaat, sebelum surah al-Takathur.
Surah al Kautsar Rumi, Jawi dan Terjemahan Bahasa Melayu
Perkataan ‘Kautsar / Kauthar’ yang dimaksudkan ialah kurniaan kepada Rasulullah saw. Ulama berbeza pendapat mengenai kurniaan yang dimaksudkan.
- Pendapat Pertama: Mengatakan ianya merupakan sebatang sungai Syurga
- Pendapat Kedua: Telaga di dalam Syurga
- Pendapat Ketiga: Kenabian dan kitab
- Pendapat Keempat: Al-Quran
- Pendapat Kelima: Islam
Menurut Imam al-Qurtubi, pendapat yang paling tepat ialah pendapat kedua iaitu Kausar / Kauthar itu merupakan ‘telaga di dalam syurga’.
Surah al Kautsar Rumi
- Innaa A’taynaakal-Kautsar
- Fashalli Lirabbika Wanhar
- Inna Syaani-Aka Huwal Abtar
Surah al Kautsar Terjemahan Bahasa Melayu
- Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu nikmat yang banyak.
- Maka dirikanlah solat kerana Rabbmu; dan berkorbanlah
- Sesungguhnya orang-orang yang membencimu, dialah yang terputus
- Ringkasan Tafsir Surah Al Kafirun – Terjemahan Rumi, Kelebihan dan Pengajaran
- Al Bayan Sebagai Penjelas Ayat-Ayat Al-Quran, Pahami Contohnya
Ringkasan Tafsir Surah al-Kautsar : Kelebihan dan Pengajaran
Secara ringkasnya, surah ini menceritakan tentang pembalasan nikmat kesyukuran dan beribadah kepada Allah swt selaku Maha Pemberi Nikmat (Ayat 1 – 3). Surah ini menjelaskan tentang penggabungan 2 ibadah yang paling besar disisi Allah swt, iaitu
- Ibadah Badan: Solat
- Ibadah Harta: Korban
Surah ini memberikan berita gembiran kepada Nabi Muhammad saw bahawa Allah swt akan mengurniakan Baginda kebaikan yang banyak. Al-Kausar juga membawa maksud sesuatu yang banyak / banyak yang berlebihan.
Daripada Anas bin Malik, dia berkata: “Rasulullah saw mengantuk sejenak, lalu Baginda pun mengangkat kepalanya sambil tersenyum, baik Baginda yang berkata kepada mereka maupun mereka yang menanyakan kepada Baginda: ‘Mengapa engkau tertawa?’
Rasulullah saw menjawab: ‘Sesungguhnya sebentar lama tadi telah diturunkan satu surah kepadaku.’ Kemudian, Baginda membaca: (Bismillahirohmanirrohim. Innaa A’taynaakal-Kautsar) ‘Dengan menyebut Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu nikmat yang banyak,’ sampai akhir ayatnya.
Lalu Baginda bertanya: ‘Tahukah kalian, apakah al-Kautsar itu?’ Mereka menjawab: ‘Allah dan Rasul-Nya yang lebih tahu.’
Baginda menjelaskan: Ia adalah sungai yang diberikan Rabbku saw kelak di Syurga, padanya terdapat banyak kebaikan. Sungguh pada hari Kiamat umatku (Islam) akan hilir mudik ke sungai itu. Bejananya sebanyak jumlah bintang di langit. Lalu seseorang dari mereka tertahan, maka aku mengatakan: ‘Wahai Rabbku, sesungguhnya dia termasuk umatku.’ Tapi kemudian dikatakan: ‘Sesungguhnya engkau tidak mengetahui apa yang mereka ada-adakan sepeninggalmu.'”
Hadis Riwayat Imam Ahmad, Muslim, Abu Daud, dan an-Nasa’ie.
Ayat 2: Fashalli Lirabbika Wanhar (Maka dirikanlah solat kerana Rabbmu; dan berkorbanlah)
Maknanya ialah sebagaimana Kami telah memberimu kebaikan yang banyak di dunia dan akhirat. Di antaranya adalah sungal yang sifatnya telah dijelaskan sebelum ini. Oleh sebab itu, tulus ikhlaslah dalam menjalankan solat wajib dan sunnahmu serta dalam berkorban hanya bagi Rabbmu semata. Ibadahilah Dia semata, yang tiada sekutu bagi diri-Nya, dan berkorbanlah dengan menyebut Nama-Nya semata yang tidak ada sekutu bagi-Nya.
Ibnu Abbas, Atha, Mujahid, Ikrimah, dan al-Hasan mengatakan: “Yang dimaksud dengan hal itu adalah kurban fizikal atau yang semisalnya.”. Hal itu jelas berbeza dengan apa yang berlaku di kalangan orang-orang musyrik yang mereka sujud kepada selain Allah swt dan menyembelih binatang dengan menyebut selain nama Allah swt.
Ayat 3: Inna Syaani-Aka Huwal Abtar (Sesungguhnya orang-orang yang membencimu, dialah yang terputus)
Ibnu Abbas, Mujahid, Sa’id bin Jubair, dan Qatadah. Ayat ini turun berkenaan dengan al-Ash bin Wail mentafsirkan: sesungguhnya orang yang membenci engkau, wahai Muhammad, serta membenci apa yang engkau bawa, baik berupa petunjuk, kebenaran, bukti nyata, dan cahaya yang terang benderang adalah orang yang terputus, yang paling sedikit jumlahnya, dan paling hina.