Rukun Umrah 1: Niat Ihram & Larangan Sewaktu Ihram

Sebelum berada dalam keadaan ihram, seseorang itu perlu berniat dengan sungguh-sungguh untuk melaksanakan ibadah haji atau umrah. Niat ini dapat dilakukan dalam hati dan tidak perlu diucapkan.

Ihram terdiri dari dua helai kain putih tanpa jahitan – satu dipakai sebagai selendang dan satu lagi sebagai sarung.

Rukun Umrah 1: Niat Ihram  & Senarai Larangan Sewaktu Ihram (Lelaki & Perempuan)

Lafaz Niat Ihram (Maksud): “Sahaja aku berniat umrah dan berihram dengannya kerana Allah Taala”

Perkara Sunat Yang Boleh Dilakukan Sebelum Berihram

Sebelum memakai pakaian ihram, jemaah hendaklah bersiap-siap melakukan perkara-perkara sunat. Antaranya ialah:-

  1. Memotong kuku
  2. Menanggalkan bulu ketiak / ari-ari
  3. Memperkemaskan misai, janggut dan rambut
  4. Mandi sunat ihram. Lafaz niat: Sahaja aku mandi sunat ihram kerana Allah Taala
  5. Memakai minyak rambut
  6. Memakai bau-bauan di tubuh sahaja tidak pada pakaian ihram. Bagi wanita guna bauan yang kurang kuat baunya atau sekurang-kurangnya memakai penghilang bau ketiak.
Rukun Umrah 1: Niat Ihram  & Senarai Larangan Sewaktu Ihram (Lelaki & Perempuan)

Selepas melakukan perkara-perkara sunat tersebut, jemaah wajib memakai pakaian ihram. Pakaian ihram sunat berwarna putih.

  1. Pakaian Ihram Untuk Lelaki – dua helai kain lepas. Sehelai dipakai untuk menutup auratnya antara pusat dan lutut dan sehelai lagi dibuat selendang untuk menutup bahagian atas badan.
  2. Pakaian Ihram Untuk Wanita – pakaian yang menutup seluruh badannya kecuali muka dan tapak tangan. Pastikan jemaah wanita memakai sarung lengan, stokin yang tebal dan kain tudung yang mempunyai alas dagu

Hukum berniat adalah rukun, sedangkan berniat di Miqat adalah wajib, maka sesiapa yang tidak menjatuhkan niat di Miqat, maka perlu membayar dam. Setiap Jemaah hendaklah pastikan yang mereka telah menukar ke pakaian ihram sebelum menjatuhkan niat. Sebaik sahaja berniat, disunnahkan bertalbiah dan wajib menjaga pantang larang ihram.

Selepas selesai memakai pakaian ihram dengan sempurna, jemaah disunatkan melakukan solat sunat ihram. Ia boleh dilakukan secara berjamaah mahupun sendirian.

Lafaz Niat Solat Sunat Ihram

الصلاة سنة الإحرام ركعتين لله تعالى

Rumi: Usolli sunnatal ihrami rak’ataini lillahi taala

Terjemahan: Sahaja aku solat sunat ihram dua rakaat kerana Allah Taala

12 Larangan Ihram Sewaku Umrah Lelaki dan Perempuan

  1. Memakai pakaian yang berkurung, termasuk kasut bagi lelaki.
  2. Menutup kepala atau sebahagiannya bagi lelaki.
  3. Menutup muka bagi wanita.
  4. Memakai sarung tangan bagi wanita dan lelaki.
  5. Menghilangkan, menggugurkan rambut atau mana-mana bulu di badan.
  6. Mengetip kuku.
  7. Menggunakan wangi-wangian.
  8. Melakukan aqad nikah.
  9. Persetubuhan, membatalkan Umrah.
  10. Melakukan perkara-perkara yang menaikkan syahwat seperti bersentuhan, berpeluk atau bercium.
  11. Memburu binatang darat yang boleh dimakan.
  12. Memotong, menebang atau mencabut tumbuh-tumbuhan di Tanah Haram.