Doa Ketika Masuk Kota Madinah

Menurut Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihya ‘Ulumuddin, ketika memasuki kota Madinah maka dianjurkan membaca doa berikut ini
اللَّهُمَّ هَذَا حَرَامُ رَسُولِكَ وَاجْعَلْهُ وِقَايَةً مِنَ النَّارِ َوأَمَنَةً مِنَ الْعَذَابِ وَسُوءَ الحِسَابِ
Allahumma haadzaa haraamu rasuulila waj’alhu waqaayatan minan naari wa amanatan minal ‘adzaabi wa suu’al hisaabi
Ya Allah, negeri ini adalah tanah haram Rasul-Mu. Maka jadikanlah ia bagiku penjaga dari neraka, aman dari seksa dan buruknya perhitungan di hari kemudian.
Doa Sebelum Meninggalkan Kota Madinah

اللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ وَلَا تَجْعَلْهُ آخِرَ الْعَهْدِ بِنَبِيِّكَ وَحُطَّ أَوْزَارِي وَزِيَارَتِهِ وَأَصْحِبْنِي فِي سَفَرِي السَّلاَمَةَ وَيَسِّرْ رُجُوعِي إِلَى أَهْلِي وَوَطَنِي سَالِمًا يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ
Allahumma shalli ‘alaa muhammadin wa ‘alaa aali muhammadin walaa taj’alhu aa khirul ‘ahdi binabiyyika wa huththa auzaarii biziyaaratihi wa ashhibnii fii safarii as-salaamata wa yassir rujuu’ii ilaa ahlii wawathanii saaliman yaa arhamarrahimiin
Ya Allah, limpahkanlah rahmat, selawat, dan salam kepada Nabi Muhammad dan keluarganya serta janganlah menjadikan kunjungan ini sebagai kunjungan akhir kedatanganku kepada Nabi-Mu. Hapusknalah segala dosaku dengan menziarahinya dan sertakan keselamatan dalam perjalananku ini menuju keluargaku dan tanah airku dengan selamat, wahai Tuhan yang Maha Pengasih dari segala pengasih.
Doa Masuk Masjid Nabawi (Masjid Nabi SAW)
Ya Tuhanku, masukkanlah aku dengan kebenaran, keluarkanlah aku dengan kebenaran dan jadikanlah bagiku kekuatan yang dapat membantuku.
Ya Allah, cucurilah selawatMu atas Nabi Muhammad dan keluarganya, dan ampunilah dosaku dan bukakanlah bagiku pintu-pintu rahmatMu dan masukkanlah aku ke dalamnya.
Nota: Setelah masuk ke dalam masjid, solat dua rakaat sunnat Tahiyatul Masjid.
- Bergambar: 140 Contoh Kata Kata Hikmah Untuk Pelajar Cemerlang
- 108 Himpunan Kata Kata Hikmah Islam – Maksud & Tentang Kehidupan
- 100 Kata Kata Hikmah Motivasi Tentang Kejayaan Dalam Islam
- 150 Islamic Quotes About Life, Heart Touching, Love from Quran
- 140 Islamic Quotes – Short, Heart Touching, Quran, Life and Love
Doa Semasa Dalam Raudhah & Salam Kepada Nabi SAW
Ya Allah, sesungguhnya inilah satu dari taman-taman syurga yang telah Engkau muliakan dan Engkau terangi dengan cahaya NabiMu dan kekasihMu Muhammad s.a.w maka himpunkanlah aku di dalam kumpulannya dan matikanlah aku atas kecintaan kepadanya dan sunnahnya. Dan berikanlah aku minum dari telaganya dan dari tangannya yang mulia dengan minuman yang memuaskan yang tidak akan haus lagi selepasnya.
Sesungguhnya Engkau amat berkuasa atas segala sesuatu. Juga selawat dan salam dari Allah atas penghulu kami Nabi Muhammad berserta keluarga dan para sahabatnya, demikianlah juga segala puji bagi Allah, Tuhan seluruh alam.
Berdiri di hadapannya dengan penuh hormat dan menundukkan kepala, sambil mengucapkan salam.
Salam sejahtera atasmu wahai Penghulu yang mulia, Rasul yang agung, yang pelembut dan penyayang serta rahmat Allah dan berkatNya atasmu, sejahtera atasmu wahai Nabi pilihan Allah.
Wahai kekasih Allah, aku menyaksikan tiada Tuhan melainkan Allah yang Esa yang tiada sekutu bagiNya, dan Tuan adalah hamba dan pesuruhNya, dan aku menyaksikan bahawa Tuan telah menyampaikan utusan, menunaikan amanah, menasihati umat dan telah berjuang pada jalan Allah dengan sebenar-benar perjuangan. Tuhan sahajalah yang membalas kepada Tuan dengan sebaik-baik balasan.
Kemudian beredar kadar sehasta lalu memberi salam kepada Khalifah Abu Bakar Ass-shiddik r.a.:
Sejahtera atasmu wahai Khalifah Rasulullah wahai sahabatnya semasa di dalam gua. Sesungguhnya kamu telah membantu mengembangkan Islam, dan menghubungkan silaturrahim dan terus menegakkan kebenaran hingga akhir hayatmu.
Kemudian beredar lagi sehasta memberi salam kepada Khalifah Umar Al-khatab r.a.:
Sejahtera atasmu wahai orang yang bercakap dengan kebenaran. Sejahtera atasmu wahai orang yang dimuliakan Allah dengannya Islam, dan terhina segala musuh-musuh yang jahat.
Baca: (14) Koleksi Ayat Quran dan Hadis Nabi Tentang Malam Lailatul Qadar
Kemudian kembali ke Maqam Rasulullah s.a.w dan berdoa:
Segala puji bagi Allah, Tuhan Penguasa seluruh alam. Ya Allah, selawat dan salam atas Penghulu kami Muhammad serta keluarga dan sahabatnya.
Sejahtera atasmu wahai junjungan kami Rasulullah. Bahawasanya Allah telah menurunkan atasmu kitabNya yang benar, dan Dia berfirman di dalamnya: “Sekiranya mereka yang telah menganiaya diri mereka itu datang kepadamu dan memohon keampunan kepada Allah, dan Rasul juga meminta pengampunan untuk mereka, nescaya mereka dapati Allah itu Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.
Maka inilah aku datang memohon ampun dari dosaku kepada Allah dan memohon syafaat dengannya kepada Tuhanku, maka berilah aku syafaat kelak wahai pemberi syafaat kepada umat, dan selamatkanlah aku dari api neraka, wahai Nabi pembawa rahmat selawat dan salam atasmu dan atas sekalian para Nabi dan Rasul.
Baca: Hero Malaya – Ucapan Hari Lahir Untuk Ayah
Doa Ketika Ziarah Perkuburan Baqi (Umum)
Salam sejahtera ke atasmu wahai orang-orang mukmin yang tinggal di sini, sesungguhnya kami akan mengikuti kamu, kamu adalah orangorang yang terdahulu dari kami, dan kami adalah pengikut-pengikutmu. Mudah-mudahan Tuhan mengampunkan kami dan kamu, dan mengasihani merekah yang terdahulu dan terkemudian.
Ya Allah, janganlah Engkau kecewakan kami dari mendapat pahala amalan mereka dan janganlah Engkau fitnahkan kami selepas mereka. Ampunilah dosa kami dan mereka, dan ampunilah dosa Ahli Baqi.
Doa Ketika Ziarah Kawasan Perkuburan di Jabal Uhud (Bukit Uhud)
Disinilah terletaknya kubur para Syuhada Saiyidina Hamzah, Abdullah bin Jahasy, Mush’ab bin Umair r.a. dan ramai lagi tentera-tentera Islam yang gugur di dalam peperangan Uhud.
Salam sejahtera atasmu wahai Saiyidina Hamzah (bapa saudara Rasulullah), salam sejahtera atasmu wahai penghulu bagi para syuhada, salam sejahtera atasmu wahai singa Allah dan singa Rasulullah.
Salam sejahtera atasmu wahai Saiyidina Abdullah bin Jahsy. Salam sejahtera atasmu wahai Saiyidina Mush’ab bin Umair. Salam sejahtera atas mu wahai orang-orang yang gugur di dalam peperangan Uhud. Salam sejahtera atas kamu di atas kesabaran menghadapi musuh untuk menegakkan kebenaran Islam, iaitu sebaik-baik balasan yang akan kamu terima dari Allah.
Ya Allah, ya Tuhanku, gandakanlah pahala amalan mereka yang telah dilakukan untuk kesucian agama Islam dan penganutnya. Tinggikanlah pangkat dan darjat mereka dengan kemurahanMu, wahai Tuhan yang amat Pemurah.
Doa Ziarah Wada (Meninggalkan Madinah)
Ya Tuhanku, janganlah Engkau jadikan ziarah hambaMu di tempat yang mulia ini sebagai ziarah yang penghabisan, kurniakanlah kepada hamba peluang untuk menziarahi kembali tempat ini di dalam sihat, jika panjang umur hamba, insyaallah hamba akan datang lagi.
Jika sampai ajal hamba, maka hamba telah mengabadikan kepadaMu ‘syahadat dan perjanjian hamba’ dari hari ini sehingga hari kiamat, iaitu: ‘Hamba bersaksi tiada Tuhan melainkan Allah, Tuhan yang Esa yang tidak ada sekutu baginya, dan hamba bersaksi bahawa Nabi Muhammah itu hambaNya dan pesuruhNya.’
Maha suci Tuhan yang mempunyai keagungan dan kekuasaan, dari apa yang mereka sifatkan. Salam sejahtera ke atas sekalian Rasul serta segala puji-pujian tertentu bagi Allah, Tuhan yang memiliki seluruh alam.



