(Sahih) 10 Hadis Bersedekah – Kelebihan dan Kebaikannya

Berikut disertakan beberapa petikan hadis bersedekah. Semoga hadis yang dinyatakan ini dapat bermanfaat kepada kita semua dalam memahami akan kepentingan amalan bersedekah dalam Islam.

Pertama: Kasih Pada Harta Yang Diwariskan

Abdullah bin Masa’ud berkata, Nabi Muhammad SAW bertanya: ‘Siapakah antara saudara-saudara semua yang lebih kasih pada hartanya yang diwariskan kepada orang lain, berbanding dia kasih pada hartanya sendiri?’

Sahabat-sahabat baginda ada yang menjawab: ‘Wahai Rasulullah, bagi kami semua, kami lebih kasih pada harta kami sendiri.’

Kemudian Nabi Muhammad berkata lagi: ‘Sebenarnya, harta seseorang itu adalah apa yang sudah digunakan. Sedangkan harta orang yang mewarisinya adalah apa-apa yang ditinggalkan apabila dia mati’. – Hadis Riwayat Bukhari.

Koleksi Hadis Sahih Nabi Untuk Rujukan Bersama

Kedua: Sedekah Boleh Memadamkan Api Neraka

Adi bin Hitam berkata, Nabi Muhammad SAW bersabda, maksudnya: Takutlah saudara-saudara pada seksaan api neraka. Oleh itu bersedekahlah, walaupun dengan sepotong buah kurma. – Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

Ketiga: Mengharapkan Ganjaran Allah

Abu Hurairah berkata, Rasulullah bersabda, maksudnya: Allah menerangkan, ‘Belanjakanlah harta saudara, pasti saudara diberi harta oleh Tuhan’. – Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

Keempat: Amalan Terbaik

Abdullah bin Amru bin ‘As melaporkan, Ada seorang lelaki bertanya kepada Nabi Muhammad SAW, ‘Menurut Islam, amalan apakah yang terbaik?’ Baginda bersabda: ‘Saudara memberi orang lain makan dan mengucapkan salam kepada orang yang saudara kenali dan orang yang saudara tidak kenali. – Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

Baca: Bergambar – Hadith dan Kata Kata Merendah Diri

(Sahih) 10 Hadis Bersedekah - Kelebihan dan Kebaikannya

Kelima: Bersedekahlah

Abu Umamah melaporkan, Nabi Muhammad SAW bersabda, maksudnya: Hai manusia, percayalah sekiranya saudara-saudara sedekahkan apa yang berlebihan daripada saudara, itu adalah lebih baik untuk saudara. Sekiranya tidak, ia membawa keburukan kepada saudara. Tidak salah sekiranya saudara hidup dengan ala kadar sahaja. Mulakan pemberian kepada mereka yang menjadi tanggungan saudara. tangan yang memberi adalah lebih baik dariupada tangan yang menerima. – Hadis Riwayat Muslim

Keenam: Sedekah Tidak Mengurangkan Harta

Abu Hurairah melaporkan, Nabi Muhammad SAW bersabda, maksudnya: Sedekah tidak mengurangkan harta. Bagi orang yang bertambah sifat pemaafnya, Allah tambah kemuliaannya. Orang yang merendahkan dirinya kepada Allah, pasti Allah meninggikan darjatnya – Hadis Riwayat Muslim

(Sahih) 10 Hadis Bersedekah - Kelebihan dan Kebaikannya

Ketujuh: Rezeki Dalam Bentuk Harta dan Ilmu Pengetahuan

Abu Kabsyah melaporkan, dia mendengar Nabi Muhammad SAW bersabda, maksudnya: Ada 3 perkara yang saya bersumpah dengannya. Pertama, harta yang disedekahkan tidak berkurang. Kedua, sesiapa yang dianiaya, dan dia bersabar dalam deritanya, Allah jadikan dia lebih mulia. Ketiga, sesiapa yang membuka pintu permintaan, Allah bukakan pintu kemiskinan untuknya.

Dunia ini hanya untuk 4 jenis manusia. Pertama, orang yang Allah beri rezeki dalam bentuk harta dan ilmu pengetahuan, kemudian dia bertakwa kepada Tuhan, merapatkan hubungan tali kekeluargaan, dan tahu hak-hak Allah dalam apa yang dimilikinya, itu adalah tingkat manusia yang paling utama.

Kedua, orang yang diberi oleh Allah ilmu pengetahuan tetapi tidak diberi harta, dan dia menyimpan niat yang benar, dan dia berkata, ‘Sekiranya saya mempunyai harta, saya lakukan kebaikan sebagaimana yang dilakukan oleh si fulan.’ disebabkan niatnya yang benar itu, dia diberi pahala yang sama banyak dengan pahala orang yang dijadikan contoh olehnya.

Ketiga, orang yang diberi harta oleh Allah tetapi tidak diberi ilmu pengetahuan, kemudia dia menggunakan hartanya untuk perkara-perkara yang tidak diketahuinya, dan dia tidak pula bertakwa kepada Tuhannya, dan dia tidak suka merapatkan hubungan tali kekeluargaan, bahkan dia juga tidak tahu hak-hak Allah dalam apa yang menjadi miliknya, orang begini berada dalam kedudukan paling buruk.

Keempat, orang yang tidak diberi harta atau ilmu pengetahuan, dan dia berkata, ‘Andai kata saya mempunyai harta, saya lakukan perkara-perkara buruk macam si fulan,’ disebabkan niat buruknya itu, dia diberi dosa yang sama banyak dengan dosa orang yang dijadikan contoh. – Hadis Riwayat at Timidzi

Baca: Bergambar: 31 Kata Kata Semangat

Kelapan: Jangan Berkira-kira

Asma binti Abu Bakar melaporkan, Nabi Muhammad SAW bersabda, maksudnya: Berikan, dan jangan berkira-kira sebab sekiranya begitu, Allah berkira-kira dengan Puan. Dan jangan Puan kedekut, sebab sekiranya begitu, Allah kedekut kepada Puan. – Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

Kesembilan: Sedekah Dengan Cara Yang Baik

Abu Hurairah berkata, Rasulullah bersabda, maksudnya: Sesiapa yang bersedekah dengan sesuatu yang diperolehinya dengan cara-cara yang baik, walaupun benda itu sama nilainya dengan sebiji buah kurma, dan memang Allah cuma menerima apa yang baik sahaja, percayalah, sedekahnya itu diterima oleh Allah dengan tangan kanan-Nya. Kemudian Allah perkembangkan pahala si pemberi sedekah itu, umpama seorang daripada saudara semua memperkembangkan anak-anak kudanya sehingga penuh lembah gunung. – Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

Kesepuluh: Larangan Bersifat Bakhil

Jabir melaporkan, Nabi Muhammad SAW bersabda, maksudnya: Saudara semua hendaklah takut melakukan penganiayaan, sebab perbuatan menganiaya itu menyebabkan pelbagai kegelapan pada hari kiamat. Saudara semua hendaklah takut pada perbuatan bakhil, sebab sifat bakhil itu membinasakan umat sebelum saudara. Bakhil menyebabkan mereka menumpahkan darah sesama sendiri, dan menghalalkan apa yang diharamkan ke atas mereka. – Hadis Riwayat Muslim

Carian Berkaitan: Hadis Bersedekah – Kelebihan dan Kebaikannya