Orang yang melakukan ibadah puasa dengan ikhlas adalah sangat mulia disisi Allah swt. Selain daripada pahala yang berlipat kali ganda (hanya Dia yang mengetahui), Allah swt turut menyediakan pintu khusus menuju ke syurga untuk muslim yang berpuasa yang dinamakan sebagai al-Rayyan.
Sahl bin Saad ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda, maksudnya: Sesungguhnya di syurga terdapat sebuah pintu yang dipanggil ar-Rayyan. Orang yang berpuasa akan masuk melaluinya pada hari kiamat. Tidak ada seorangpun dapat memasukinya melainkan orang yang puasa. Akan dipanggil: Di mana orang-orang yang berpuasa. Maka mereka (yang berpuasa) akan bangun, tidak ada yang melalui pintu itu selain mereka. Apabila mereka sudah masuk, maka pintu ditutup. Dan tiada seorang pun dapat memasukinya lagi.
Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim
Selain itu juga bau mulut orang yang berpuasa adalah lebih wangi di sisi Allah.
Nabi Muhammad saw bersabda, maksudnya: Perubahan bau mulut orang yang berpuasa adalah lebih wangi di sisi Allah pada hari Kiamat kelak berbanding wangian kasturi.
Hadis Riwayat Muslim
Bersama ini disenaraikan artikel-artikel berkaitan ibadah puasa untuk panduan dan rujukan bersama. Semoga bermanfaat.
- Bayar Zakat Fitrah Guna Duit Atau Beras? Bila Perlu Bayar?
- Ganti – Qada Puasa, Kafarah dan Cara Kira Fidyah
- Cara Iktikaf, Tadarus dan Tahajud pada Bulan Ramadan
- Apa itu Moreh? Kelebihan Menjamu Orang Berbuka Puasa
- Cara Teka Malam Lailatul Qadar – Tanda-Tanda dan Doa
- Solat Terawih – Dalil, Bacaan Surah, Rakaat dan Kelebihan
- Hukum Lewat Makan Sahur dan Doa Berbuka Puasa
- Rukun Puasa, Niat & 10 Perkara yang Membatalkan Puasa
- Penerangan Tentang 6 Syarat Wajib Puasa Pada Bulan Ramadan
- Puasa Tapi Tak Solat – Kelebihan Berpuasa Ramadan di Mekah
- 30 Hadis Ramadan : 1 Hari 1 Hadis Kelebihan Berpuasa
- 4 Ibadah Puasa Sunat Terbaik Yang Boleh Dilakukan, Terbaik Selepas Ramadan
- 22 Hadis Sahih Tentang Puasa Sunat (Bergambar)
- 14 Hadis Sahih Nabi Tentang Puasa di Bulan Ramadan (Bergambar)
- (14) Koleksi Ayat Quran dan Hadis Nabi Tentang Malam Lailatul Qadar
- 21 Hadis Nabi Tentang Puasa – Riwayat Imam Muslim
- (Bergambar) 16 Hadis Sahih Puasa – Imam Muslim
- 22 Hadis Pendek Tentang Puasa – Hadis Sahih Nabi oleh Bukhari