Soal Jawab Azan: Apakah Kelebihan Berdoa Selepas Azan?

Firman Allah SWT dalam Surah Ghafir ayat 60, maksudnya: Berdoalah kepada-Ku nescaya Aku kabulkan. Berikut merupakan doa selepas azan yang diajar oleh Nabi Muhammad SAW

Baca: Doa Selepas Azan – Arab, Rumi dan Maksud

Ya Allah, Tuhan yang telah mensyariatkan seruan azan dan sembahyang yang akan didirikan. Kurniakanlah kedudukan yang tinggi dan terpuji yang Engkau telah janjikan kepada junjungan kami Nabi Muhammad dan kehormatan, Sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji.

Waktu antara azan dan iqamat merupakan antara waktu yang mustajab untuk kita berdoa. Ini adalah berdasarkan kepada sabda Nabi Muhammad SAW yang telah diriwayatkan oleh al Nasaie, maksudnya: Doa tidak ditolak antara azan dan iqamat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *