Surah ad Dhuha dan Terjemahan, Jawi, Rumi, in English

Surah ini dinamakan sebagai ad-Dhuha (waktu dhuha) kerana ia dimulakan dengan Allah swt bersumpah dengannya.

Ia merupakan antara surah yang awal diturunkan di Mekah iaitu selepas turunnya surah al-Fajr dan sebelum turunnya surah al-Insyirah.

Surah ini mengandungi 11 ayat dan merupakan surah yang ke -93 dalam susunan mushaf al-Quran. Hadis riwayat Bukhari dan Muslim ada menyatakan akan sebab turunnya surah ini. Daripada Jundub in Sufyan, dia berkata, maksudnya:

Nabi Muhammad saw mengadu sakit dan tidak solat malam selama 1 atau 2 malam. lalu ada seorang wanita (sesetengah riwayat mengatakan dia ialah isteri Abu Lahab, Ummu Jamil) yang datang dan berkata, 'Wahai Muhammad, syaitanmu benar-benar telah meninggalkanmu'. Lantas turunlah firman Allah swt dalam surah ad-Dhuha.

Secara ringkasnya, surah ini menjelaskan tentang pemeliharaan dan perlindungan Allah swt terhadap Nabi Muhammad saw.

Surah ad Dhuha Jawi

وَٱلضُّحَىٰ

وَٱلَّيۡلِ إِذَا سَجَىٰ

مَا وَدَّعَكَ رَبُّكَ وَمَا قَلَىٰ

وَلَلۡأٓخِرَةُ خَيۡرٞ لَّكَ مِنَ ٱلۡأُولَىٰ

وَلَسَوۡفَ يُعۡطِيكَ رَبُّكَ فَتَرۡضَىٰٓ

أَلَمۡ يَجِدۡكَ يَتِيمٗا فَـَٔاوَىٰ

وَوَجَدَكَ ضَآلّٗا فَهَدَىٰ

وَوَجَدَكَ عَآئِلٗا فَأَغۡنَىٰ

فَأَمَّا ٱلۡيَتِيمَ فَلَا تَقۡهَرۡ

وَأَمَّا ٱلسَّآئِلَ فَلَا تَنۡهَرۡ

وَأَمَّا بِنِعۡمَةِ رَبِّكَ فَحَدِّثۡ

Surah ad Dhuha Rumi

  1. Wad duhaa
  2. Wal laili iza sajaa
  3. Ma wad da’aka rabbuka wa ma qalaa
  4. Walal-aakhiratu khairul laka minal-oola
  5. Wa la sawfa y’uteeka rabbuka fatarda
  6. Alam ya jidka yateeman fa aawaa
  7. Wa wa jadaka daal lan fahada
  8. Wa wa jadaka ‘aa-ilan fa aghnaa
  9. Fa am mal yateema fala taqhar
  10. Wa am mas saa-ila fala tanhar
  11. Wa amma bi ni’mati rabbika fahad dith

Surah ad Dhuha dan Terjemahan Bahasa Melayu

  1. Demi waktu matahari sepenggalahan naik, (QS. 93: 1)
  2. dan demi malam apabila telah sunyi, (QS. 93:2)
  3. Rabbmu tidak meninggalkan-mu dan tiada (pula) benci kepadamu, (QS. 93: 3)
  4. dan sesungguhnya akhir itu lebih baik bagimu dari permulaan. (QS. 93: 4)
  5. Dan kelak pasti Rabbmu memberikan karunia-Nya kepadamu, lalu (hati) kamu menjadi puas. (QS. 93: 5)
  6. Bukankah Dia mendapatimu sebagai seorang yatim, lalu Dia melindungimu. (QS. 93: 6)
  7. Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang bingung, lalu Dia memberikan petunjuk. (QS. 93: 7)
  8. Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang kekurangan, lalu Dia memberikan kecukupan. (QS. 93: 8)
  9. Adapun terhadap anak yatim, maka janganlah kamu berlaku sewenang-wenang. (QS. 93: 9)
  10. Dan terhadap orang yang minta-minta maka janganlah kamu menghardiknya. (25. 93: 10)
  11. Dan terhadap nikmat Rabbmu maka hendaklah kamu menyebut-nyebutnya (dengan bersyukur). (QS. 93: 11)

Pengajaran Surah ad Dhuha Berdasarkan Kepada Ibnu Katsir

Ayat 1 – 3 : Wad duhaa. Wal laili iza sajaa. Ma wad da’aka rabbuka wa ma qalaa

Demi waktu matahari sepenggalahan naik, (QS. 93: 1) dan demi malam apabila telah sunyi, (QS. 93:2) Rabbmu tidak meninggalkan-mu dan tiada (pula) benci kepadamu, (QS. 93: 3)

Daripada Jundub in Sufyan, dia berkata, maksudnya:

Nabi Muhammad saw mengadu sakit dan tidak solat malam selama 1 atau 2 malam.

Lalu ada seorang wanita (sesetengah riwayat mengatakan dia ialah isteri Abu Lahab, Ummu Jamil) yang datang dan berkata, ‘Wahai Muhammad, syaitanmu benar-benar telah meninggalkanmu’.

Kemudian Allah swt menurunkan ayat: Wad duhaa. Wal laili iza sajaa. Ma wad da’aka rabbuka wa ma qalaa (Demi waktu matahari sepenggalahan naik, dan demi malam apabila telah sunyi, Rabbmu tidak meninggalkan-mu dan tiada (pula) benci kepadamu).

Hadis Riwayat Bukhari, Muslim, at-Tarmidzi dan an-Nasa’ie

Ayat 4: Walal-aakhiratu khairul laka minal-oola

dan sesungguhnya akhir itu lebih baik bagimu dari permulaan. (QS. 93: 4)

Alam akhirat itu lebih baik bagi dirimu daripada alam dunia ini. Rasulullah swt adalah orang yang paling zuhud di dunia ini, sekaligus sebagai manusia yang paling bijaksana menyingkapinya.

Daripada Abdullah bin Mas’ud, dia berkata: Rasulullah saw pernah berbaring di atas tikar hingga menimbulkan bekas pada lambungnya. Pada waktu baginda terbangun, aku mengusap lambung baginda dan aku katakan: ‘Wahai Rasulullah saw, perkenankanlah kami untuk membentangkan sesuatu di atas tikar tersebut untukmu.

Namun Rasulullah saw bersabda: Aku tidak mempunyai kepentingan atas dunia ini. Perumpamaanku dengan dunia ini tidak lain hanyalah seperti orang yang sedang naik kendaraan kemudian berteduh di bawah sebatang pohon, kemudian pergi dan meninggalkannya.

Hadis Riwayat at-Tirmidzi dan Ibnu Majah.

Ayat 5: Wa la sawfa y’uteeka rabbuka fatarda

Dan kelak pasti Rabbmu memberikan karunia-Nya kepadamu, lalu (hati) kamu menjadi puas. (QS. 93: 5)

Di akhirat kelak, Allah swt akan mengurniakan Rasulullah saw sehingga Dia meredhainya untuk memberi syafaat
kepada umatnya dan menerima apa-apa yang telah disediakan untuk baginda berupa kemulian.

Ayat 6: Alam ya jidka yateeman fa aawaa

Bukankah Dia mendapatimu sebagai seorang yatim, lalu Dia melindungimu. (QS. 93: 6)

Rasulullah saw merupakan anak yatim piatu

Ayat 7: Wa wa jadaka daal lan fahada

Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang bingung, lalu Dia memberikan petunjuk. (QS. 93: 7)

Ia bertepatan dengan firman Allah swt, maksudnya:

"Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu wabyu (al-Qur-an) dengan perintah Kami. Sebelumnya kamu tidaklah mengetahui apakah al-Kitab (al-Qur-an) dan tidak pula mengetahui apakah iman itu, tetapi Kami menjadikan al-Qur-an itu cabaya, yang Kami tunjuki dengannya siapa yang Kami kehendaki di antara bamba-hamba Kami." - Surah Asy-Syura: ayat 52

Dikisahkan oleh Imam al-Baghawi, ketika itu Nabi saw masih kecil, baginda pernah tersesat di jalanan gunung di Mekah. Akan tetapi baginda dapat pulang kembali. Pada waktu itu, baginda bersama bapa saudaranya ingin menuju ke Syam dengan menaiki naik unta pada malam hari. Iblis datang dan menjauhkan baginda dari melalui jalan yang sebenarnya. Namun, Jibril datang lalu meniup Iblis dengan sekali tiupan menyebabkan iblis terpelanting ke Habsyah. Kemudian Jibril mengarahkan binatang kendaraan Nabi saw ke jalannya.

Ayat 8: Wa wa jadaka ‘aa-ilan fa aghnaa

Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang kekurangan, lalu Dia memberikan kecukupan. (QS. 93: 8)

Nabi Muhammad sebagai seorang miskin yang banyak kekurangan, lalu Dia memberi baginda kecukupan sehingga tidak berharap kepada selain daripada-Nya.
Dengan demikian, Dia menggabungkan untuk baginda dua kedudukan iaitu sebagai seorang miskin yang sentiasa bersabar dan seorang kaya yang selalu bersyukur.

Ayat 9: Fa am mal yateema fala taqhar

Adapun terhadap anak yatim, maka janganlah kamu berlaku sewenang-wenang. (QS. 93: 9)

Iaitu, sebagaimana Nabi saw dahulu sebagai seorang anak yatim, lalu Allah swt memberikan perlindungan kepada baginda. Kerana itu, janganlah kita mengherdik, menghina mahupun berbuat kasar terhadap anak yatim. Jadilah orang yang bersikap baik serta lemah lembut terhadap anak yatim.

Ayat 10: Wa am mas saa-ila fala tanhar

Dan terhadap orang yang minta-minta maka janganlah kamu menghardiknya. (25. 93: 10)

Sebagaimana dahulu Nabi saw pernah tersesat, lalu Allah memberi petunjuk, maka janganlah kamu mengherdik orang yang meminta ilmu dan bimbingan.

Ayat 11: Wa amma bi ni’mati rabbika fahad dith

Dan terhadap nikmat Rabbmu maka hendaklah kamu menyebut-nyebutnya (dengan bersyukur). (QS. 93: 11)

Sebagaimana dahulu engkau seorang yang miskin lagi kekurangan, kemudian Allah membuatmu kaya, maka sebut-sebutlah nikmat-Nya yang telah dianugerahkan kepadamu.