Surah Al Insyirah Dalam Bahasa Melayu, Terjemahan, Rumi dan Tafsir Ayat

Surah As-Syarh / al-Syarh / Asy-Syarh (kelapangan) juga dinamakan sebagai surah al-Insyirah dan surah Alam Nasyrah. Surah ini mempunyai 8 ayat dan diturunkan di Mekah iaiatu sebelum surah al-Asr dan selepas surah ad-Dhuha.

Surah ini mengingatkan tentang nikmat kelapangan jiwa yang dikurniakan oleh Allah swt terhadap Nabi Muhammad saw. Nikmat kelapangan jiwa inilah nikmat terbesar yang dikurniakan oleh-Nya selepas nikmat iman.

Surah Al Insyirah Dalam Bahasa Melayu, Terjemahan, Rumi dan Tafsir Ayat

Melalui nikmat ini, seseorang itu akan besar bahagia, hati yang lapang, tidak berasa sedih, tidak berasa susah, atau tidak berasa risau akan apa jua perkara yang akan berlaku pada masa hadapannya.

Ringkasnya, surah ini menjelaskan tentang galakan agar bersyukur terhadap segala nikmat kurniaan daripada Allah swt. Dia telah menjanjikan bahawa selepas kesulitan, akan ada kemudahan. Kerana, apa jua yang menimpa hamba-Nya idak akan berlaku melainkan dengan hikmah disebaliknya yang akan membawa kebaikan untuknya.

Read Surah Ash-Sharh Transliteration, Translation And Benefits

Surah Al Insyirah Dalam Bahasa Melayu, Terjemahan, Rumi dan Tafsir Ayat

Surah Al Insyirah Jawi / Arab

أَلَمۡ نَشۡرَحۡ لَكَ صَدۡرَكَ

وَوَضَعۡنَا عَنكَ وِزۡرَكَ

ٱلَّذِيٓ أَنقَضَ ظَهۡرَكَ

وَرَفَعۡنَا لَكَ ذِكۡرَكَ

فَإِنَّ مَعَ ٱلۡعُسۡرِ يُسۡرًا

إِنَّ مَعَ ٱلۡعُسۡرِ يُسۡرٗا

فَإِذَا فَرَغۡتَ فَٱنصَبۡ

وَإِلَىٰ رَبِّكَ فَٱرۡغَب

Surah Al Insyirah Dalam Bahasa Melayu, Terjemahan, Rumi dan Tafsir Ayat

Surah Al Insyirah Rumi

  1. Alam nashrah laka sadrak
  2. Wa wa d’ana ‘anka wizrak
  3. Allazee anqada zahrak
  4. Wa raf ‘ana laka zikrak
  5. Fa inna ma’al usri yusra
  6. Inna ma’al ‘usri yusra
  7. Fa iza faragh ta fansab
  8. Wa ilaa rabbika far ghab

Terjemahan Surah Al Insyirah Dalam Bahasa Melayu

  1. Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu? (QS. 94: 1)
  2. dan Kami telah menghilangkan darimu bebanmu, (QS. 94: 2)
  3. yang memberatkan punggungmu? (QS. 94: 3)
  4. Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu. (QS. 94: 4)
  5. Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. (QS. 94: 5)
  6. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. (QS. 94: 6)
  7. Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain, (QS. 94: 7)
  8. dan hanya kepada Rabbmulah hendaknya kamu berharap. (QS. 94: 8)

Ringkasan Tafsir Ayat Surah al Insyirah

Ayat 1: Alam nashrah laka sadrak

Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu? (QS. 94: 1)

Kami telah menerangi dadamu dengan cahaya Kami. Kami pun menjadikan dadamu lapang, lebar, dan luas.

Sebagaimana Allah telah melapangkan dada Rasulullah saw, maka sungguh Dia pun menjadikan syariat-Nya begitu lapang dan luas. Selain itu, syariat-Nya itu dibuat penuh toleransi dan memiliki banyak kemudahan. Di samping tidak mengandung kesulitan, beban, dan kesempitan.

Ayat 2: Wa wa d’ana ‘anka wizrak

dan Kami telah menghilangkan darimu bebanmu, (QS. 94: 2)

Sebagaimana firman Allah swt, maksudnya: “Supaya Allah memberi ampunan kepadamu akan dosa yang telah engkau perbuat dahulu dan yang akan datang.” – Surah Al-Fath [48], ayat2

Ayat 3: Allazee anqada zahrak

yang memberatkan punggungmu? (QS. 94: 3)

Iaitu yang bebannya telah memberatkanmu.

Ayat 4: Wa raf ‘ana laka zikrak

Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu. (QS. 94: 4)

Qatadah menjelaskan “Allah meninggikan sebutan Nabi Muhammad saw di dunia dan di akhirat. Tidak ada seorang khatib, orang yang mengucapkan syahadah, atau juga orang yang shalat, melainkan dia menyebutkan kesaksian:

“Aku bersaksi bahawa tidak ada Tuhan yang berhak untuk disembah dengan benar selain Allah dan Muhammad adalah Rasul Allah.”

Ayat 5 dan 6: Fa inna ma’al usri yusra. Inna ma’al ‘usri yusra

Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. (QS. 94: 5) Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. (QS. 94: 6)

Allah memberitahu bahawa bersama kesultan terdapat kemudahan. Kemudian, Allah mempertegas perkara ini.

Daripada al-Hasan, dia berkata: "Nabi saw pernah keluar rumah pada suatu hari dalam keadaan senang dan rasa gembira, dan baginda juga tengah tertawa lalu bersabda: 'Satu kesulitan itu tidak akan pernah mengalahkan dua kemudahan, satu kesulitan itu tidak akan pernah mengalahkan dua kemudahan, karena bersama kesulitan itu pasti terdapat kemudahan; sesungguhnya bersama kesulitan itu terdapat kemudahan.' - Hadis Riwayat Ibnu Jarir

Ayat 7 dan 8: Fa iza faragh ta fansab. Wa ilaa rabbika far ghab

Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain, (QS. 94: 7) dan hanya kepada Rabbmulah hendaknya kamu berharap. (QS. 94: 8)

Menurut Ibnu Katsir, jika engkau telah selesai mengurus berbagai kepentingan dunia dan semua kesibukannya serta sudah memutus semua jaringan atau hal-hal terkait dengannya, maka bersungguh-sungguhlah untuk menjalankan ibadah serta jangan ragu melangkah kepadanya dengan semangat membara, dengan hati yang kosong lagi tulus, serta dengan niat tulus ikhas hanya kerana Allah swt.