Surah al kafirun bermana orang kafir (dalam bahasa Melayu) diturunkan di Mekah iaitu ayat Makkiyyah. Surah ini mengatakan bahawa Tuhan yang disembah oleh Nabi Muhammad SAW dan para pengikutnya bukanlah seperti apa yang disembah oleh orang-orang kafir.
Katakanlah ‘Wahai Orang Kafir’ – Allah menyuruh Nabi Muhammad SAW untuk memanggil mereka dengan gelaran Al-Kafirun iaitu seperti apa pada surah ini.

Surah Al Kafirun Maksud Dalam Bahasa Melayu
Katakanlah (wahai Muhammad): “Hai orang-orang kafir! “Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. “Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. “Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. “Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. “Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku”.
- Bergambar: 140 Contoh Kata Kata Hikmah Untuk Pelajar Cemerlang
- 108 Himpunan Kata Kata Hikmah Islam – Maksud & Tentang Kehidupan
- 100 Kata Kata Hikmah Motivasi Tentang Kejayaan Dalam Islam
- 150 Islamic Quotes About Life, Heart Touching, Love from Quran
- 140 Islamic Quotes – Short, Heart Touching, Quran, Life and Love
Surah Al Kafirun Rumi
1) QUL YAA AYYUHAL KAAFIRUUN
2) LAA A’BUDU MAA TA’BUDUUN
3) WA LAA ANTUM AABIDUUNA MAA A’BUD
4) WA LAA ANA AABIDUN MAA ABADTUM
5) WA LAA ANTUM ABIDUUNA MAA A’BUD
6) LAKUM DIINUKUM WA LIYADIIN

Kelebihan Surah Al Kahirun
Bertolak Ansur Dalam Beragama
Surah ini mengajar kita untuk bertolak ansur dalam mengamalkan ajaran agama masing-masing.
Al-Quran memerintahkan agar kita menghormati penganut agama lain. Bertepatan dengan potongan akhir ayat ini yang bermaksud ‘Untukmu agama mu dan untuk ku agama ku’.
Walaupun harus menghormati, tiada tolak ansur dalam hal yang berkaitan dengan keimanan dan ibadah. Sikap menghormati agama dan kepercayaan lain bukan bererti lemah atau mengiyakan kebenaran mereka.

Baca: Surah Al Ikhlas Rumi – PDF, Kelebihan dan Manfaatnya
Manfaat berdasarkan kepada Sunnah Nabi Muhammad SAW
Daripada Anas bin Malik, Rasulullah SAW bersabda, “Bukankah kamu hafal (Al Kafirun).?” Orang itu menjawab, “Benar.” Baginda menjawab, “(Ia senilai) seperempat al-Qur’an.” – Hadis Riwayat At-Tarmizi
Rasulullah SAW bersabda: “Surah ‘Qul ya ayyuhal kafirun’, sama dengan seperempat Al-Quran.” – Hadis Riwayat Al Hakim
Sabda Nabi Muhammad SAW: “Sesiapa yang membaca Surah Al Kafirun maka bandingannya seperti membaca 1/4 dari al quran, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa bencana yang mengejutkan.” – Hadis Riwayat At Tirmizi
Baca: Buka Rezeki – Zikir Selepas Solat Subuh
Dari Farwah bin Naufal, dari ayahnya ra. bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda: “Bacalah surah Al Kafirun, kemudian tidurlah setelah itu, kerana sesungguhnya itu adalah pembebas (pembersih) dari syirik.” – Hadis Riwayat Abu Dawud, Tirmidzi, An-Nasa’i, Ibnu Hibban, dan Al Hakim

Sabda Rasulullah SAW: “Apabila kamu hendak tidur di waktu malam maka hendaklah kamu membaca…(surah al-Kafirun) kemudian tidurlah bila selesai membacanya kerana ia adalah pembebasan daripada syirik.” – Hadis Riwayat al-Tirmidzi
Sabda Rasulullah: “Apabila kamu berbaring di tempat tidurmu maka bacalah: Qul Ya Ayyuhal Kafirun sampai habis maka sungguhnya ia kelepasan daripada syirik.” – Hadis Riwayat Imam An-Nasaai

Maksudnya: “Apabila datang kamu ke tempat tidurmu maka bacalah Qul Ya Ayyuhal Kafirun sehingga akhirnya maka ia pelepasan dari syirik.” – Hadis Riwyaat Imam At-Tabarani

Surah Al Kafirun Rumi, Maksud dan Kelebihan