Surah Al Masad Rumi, Maksud dan Kelebihan

Surah Al Masad ini mempunyai 5 ayat dan diturunkan di Mekah (Ayat Makkiyyah).

Nama surah ini diambil daripada perkataan masad yang bererti sabut yang dipintal.

Selain itu, surah ini juga dipanggil sebagai Al-Lahab. Ini kerana, Abu Lahab dan isterinya menentang dakwah yang dibawa oleh Rasulullah SAW.

Surah yang ke-111 ini mengutuk tindakan dan nasib Abu Lahab, seorang bapa saudara Nabi Muhammad saw yang dengan keras menentang dakwah Islam. Surah ini berfungsi sebagai peringatan keras tentang akibat menolak iman dan menentang ajaran Islam. Ia menekankan hukuman tidak tertanggung yang menanti bagi mereka yang terus bersikap keras dalam ketidakpercayaan dan permusuhan agama Islam.urah Al Masad Rumi

Sehina-hina Abu Jahal, namanya tidak disebut dalam mana-mana surah. Dikatakan, setiap kali kita membaca surah ini, maka tempias ‘binasalah kedua-dua tangan Abu Lahab’ akan terus terkena padanya sehinggalah berlakunya hari kiamat kelak.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

تَبَّتْ يَدَا أَبِي لَهَبٍ وَتَبَّ
Binasalah kedua-dua tangan Abu lahab, dan binasalah ia bersama!

مَا أَغْنَى عَنْهُ مَالُهُ وَمَا كَسَبَ
Hartanya dan segala yang diusahakannya, tidak dapat menolongnya.

سَيَصْلَى نَارًا ذَاتَ لَهَبٍ
Ia akan menderita bakaran api neraka yang marak menjulang.

وَامْرَأَتُهُ حَمَّالَةَ الْحَطَبِ
Dan juga isterinya, seorang perempuan pemunggah kayu api. –

فِي جِيدِهَا حَبْلٌ مِنْ مَسَدٍ
Di lehernya sejenis tali, dari tali-tali yang dipintal.

Surah Al Masad Rumi, Maksud dan Kelebihan

Surah Al Masad Rumi

  • TABB BATT YADA ABI LAHABIW WATABB
  • MA ARGH NA AN’ HUMA LUHU WAMA KASABB
  • SAYOUS LA NA RON ZHA TALAHABB
  • WAM RO A TUHU HAMMA LATAL HATOBB
  • FI JI DIHA HABLUM MIM MASAD

Maksud Surah Al Masad

Binasalah kedua-dua tangan abu lahab, dan binasalah ia bersama! Hartanya dan Segala Yang diusahakannya, tidak dapat menolongnya. Ia akan menderita bakaran api neraka Yang marak menjulang. Dan juga isterinya, seorang perempuan pemunggah kayu api. Di lehernya sejenis tali, dari tali-tali Yang dipintal.

Manfaat atau Kelebihan Surah Al Masad

  • Penetapan akidah tentang kebangkitan dan balasan dengan menyebutkan sebagian gambarannya.
  • Peringatan dari kejadian mengerikan pada hari kiamat dan azab Allah yang ada padanya.
  • Penetapan akidah tentang penimbangan amal shaleh dan keburukan serta balasannya.
  • Penetapan bahwa manusia pada hari kiamat terbagi menjadi dua kelompok di neraka sesuai dengan perbuatan mereka. satu kelompok di Surga dan satu kelompok di neraka