Surah Al Maun Rumi – Terjemahan dan Kelebihan

Surah Al Maun yang juga merupakan surah yang ke-107 dalam al-Quran diturunkan di Mekak (Ayat Makkiyyah).

Ia mengandungi 7 ayat dan namanya diambil bersempena dengan perkataan Al-Ma’un yang ada pada ayat terakhir surah ini. Ia bermaksud ‘barang-barang yang berguna’.

Terdapat 5 intisari Surah Al Maun ini iaitu:-

  • Memaparkan sifat manusia yang dipandang sebagai mendustakan agama
  • Ancaman terhadap orang yang solat dalam keadaan lalai
  • Ancaman kepada golongan sombong dan riak.
  • Zalim terhadap anak yatim
  • Tidak mahu bersedekah kepada yang mereka yang memerlukan

Surah Al Maun Rumi – Terjemahan dan Kelebihan

Surah Al-Maun menyoroti akan pentingnya perilaku sosial yang baik. Ia juga menegaskan tentang pentingnya membantu sesama insan, terutama anak yatim dan orang miskin.

Surah ini mengecam mereka yang menolak kebenaran dan menolak untuk memberikan bantuan kepada yang memerlukan. Surah ini turut menyerukan umat Muslim untuk berbuat baik dan saling bantu membantu sesama manusia.

Membaca, memahami, dan merenungkan pesan dari Surah Al-Ma’un dapat membantu umat Muslim untuk meningkatkan kesedaran sosial dan mempraktikkan nilai-nilai kasih sayang dan belas kasihan dalam kehidupan seharian.

Baca: Surah Al Mulk Rumi, Versi PDF, Terjemahan dan Kelebihan

Kelebihan Surah Al Maun Jika Dibaca / Diamalkan Selalu

  • Galakan untuk bersedekah kepada sesiapa sahaja yang memerlukan pertolongan. Sikap bantu-membantu terutamanya di kalangan masyarakat adalah asas perpaduan umat sejagat.
  • Anak-anak yatim perlu dibantu dan dikasihani kerana mereka adalah golongan yang kematian bapa mereka sebelum usia baligh.
  • Penetapan Akidah kebangkitan, perhitungan, dan balasan.
  • Kepentingan menjaga enjaga solat dan memelihara waktunya
  • Ikhlas dalam melakukan semua amalan ibadah
  • Peringatan dari sifat-sifat orang munafiq
Surah Al Maun Rumi - Terjemahan dan Kelebihan

Surah Al Maun Rumi

1) ARA-AYTAL-LADZII YUKADZ-DZIBU BIDDIIN

2) FADZAALIKAL-LADZII YADU’UL-YATIM

3) WA LAA YAHUDHDHU ALAA THA’AAMIL MISKIIN

4) FAWAYLUN LIL-MUSHALLIIN

5) ALLADZIINAHUN AN SHA-LAATIHIM SAAHUUN

6) ALLADZIINAHUM YURAAUUN

Baca: Bergambar: Amalan Zikir Ringkas Selepas Solat

Surah Al Maun Rumi - Terjemahan dan Kelebihan

Terjemahan Surah Al Maun dalam Bahasa Melayu

Tahukah engkau akan orang yang mendustakan agama (meliputi hari pembalasan)? Orang itu ialah yang menindas serta berlaku zalim kepada anak yatim, Dan ia tidak menggalakkan untuk memberi makanan yang berhak diterima oleh orang miskin. (Kalau orang yang demikian dikira dari bilangan orang-orang yang mendustakan agama), maka kecelakaan besar bagi orang-orang Ahli Sembahyang – (laitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya; (Juga bagi) orang-orang yang berkeadaan riak (bangga diri dalam ibadat dan bawaannya), Dan orang-orang yang tidak memberi sedikit pertolongan (kepada orang yang berhak mendapatnya).

Carian Berkaitan: Surah Al Maun Rumi – Terjemahan dan Kelebihan