Surah Al Mulk merupakan surah yang ke-67 dalam Al Quran. Surah ini mengandungi 30 ayat dan termasuk dalam surah Makkiyah.
Perkataan Al Mulk secara harfiah bermaksud ‘Kerajaan’. Nama lain bagi surah ini adalah At Tabaarak yang bermaksud ‘Maha Suci’. Surah Al Mulk ayat ke-14 diyakini memiliki beberapa khasiat.
Bacaan ayat ini biasanya dijadikan bacaan dzikir atau wirid.
Secara ringkas, surah Al Mulk Ayat 14 ini menjelaskan tentang peringatan kepada orang musyrik yang tidak percaya akan luas dan terperincinya ilmu pengetahuan Allah SWT terhadap semua makhluk ciptaan-Nya. Allah SWT menegaskan bahawa Dia mengetahui semua yang ada di bumi mahupun di langit betapa pun jauh dan tersembunyinya serta semua perkataan manusia meskipun tersembunyi dalam hati.
اَلَا يَعْلَمُ مَنْ خَلَقَۗ وَهُوَ اللَّطِيْفُ الْخَبِيْرُ ࣖ
Rumi: alā ya‘lamu man khalaq, wa huwal-laṭīful-khabīr
Terjemahan: Tidakkah Allah yang menciptakan sekalian makhluk itu mengetahui (segala-galanya)? Sedang Ia Maha Halus urusan PentadbiranNya, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya!
- Surah Al Mulk Rumi, Versi PDF, Terjemahan dan Kelebihan
- Koleksi Bergambar Hadis Kelebihan Surah Al Mulk
- Panduan: Cara Solat Taubat dan Doa Solat Taubat
- Panduan: Cara Solat Hajat dan Doa Solat Hajat Mustajab
Antara Kelebihan Surah al Mulk Ayat 14 ini ialah
- Dipandang berwibawa
- Diluaskan rezeki dan jauh dari kefakiran
- Menolak bala dan malapetaka
- Dijauhkan dari seksa kubur
Dalil Hadis Nabi SAW Tentang Keutamaan dan khasiat Surah al Mulk
Memberi Syafaat kepada Pembacanya
Rasulullah SAW bersabda: ” Surah dalam Al-Quran yang jumlah ayat adalah 30, memberi syafaat kepada pembacanya sehingga ia diampuni dosa-dosanya. Surah itu adalah Al-Mulk.” – Hadis Riwayat at-Tirmidzi.
Menjadi Pembela di Alam Kubur
Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya orang yang membaca Surah Al Mulk setiap malam maka surah itu akan membelanya di kubur. Dan barangsiapa yang membacanya setiap malam maka dipisahkan dari seksa sesudah ia mati” – Hadis Riwayat Imam at-Quthubi
Amalan Rasulullah
Sesungguhnya Rasulullah tidak akan tidur sebelum membaca surah As-Sajdah dan Al Mulk – Hadis Riwyaat at-Tirmidzi